Sunday, June 30, 2013

0 Wordless Sunday!!


Thursday, June 27, 2013

0 Magic of the Night - Floria 2012



Assalamualaikum...

Aku tengok entri2 yang lepas takde plak rasa entri pasal Floria pada tahun 2012...tak salah aku temanya Bougainvilla iaitu bunga kertas...macam mana plak boleh takde entri 2012 ni pun aku tak sure...sama ada terlupa ataupun memang terlupa...boleyyy?? Hahaha! Takpe Sabtu yang lepas aku dah selamat menjelajahi acara tahunan di Putrajaya iaitu Floria 2013 dengan temanya kali berkaitan dengan bunga Orkid _ Khazanah Tropika katanya....so sesapa yang belum berkesempatan tuk pergi dipersilakan...lagipun aku rasa jerebu dah berkurangan setakat ni di Putrajaya....







Masa aku pergi Sabtu lepas di waktu petang lebih kurang pukul 4...cuaca pun tak berjerebu sangat....STOP! STOP! apasal aku cite pasal Floria 2013 nie...itu aku kena buat entri lain pasal Floria  2013 nie...haha!...ini entri khas yang tertunggak pasal Perarakan Bot Berhias ketika Floria 2012...tahun lepas punya cerita...untuk Floria 2013 pun ada Perarakan Bot Berhias ni pada waktu malam!!...Untuk Floria 2013 aku tak berkesempatan untuk menyaksikan Magic of The Night disebabkan ada game bola JDT lawan LIONS XII kat Astro 801... :)...Informasi tentang Floria 2013 korang boleh check kat bawah nie...



P/S : Selamat BerFLORIA 2013...sehingga Ahad ni 30/6/2013

Wednesday, June 26, 2013

0 Luaskan Kuasamu (Johor Vs Sabah - 24/06/2013)




Assalamualaikum….

Terciptalah sejarah pada hari Isnin lepas...sejak berbelas tahun kat Pasir Gudang nie maka akhirnya sampai juga tertengok juga game bola nie…antara Johor*bukan JDT* dan Sabah di Stadium Perbadanan Pasir Gudang setelah diajak oleh Angah…gigih tu bertolak awal dari BP pukul 6 petang..tak tau nak review apa dari segi teknikaliti permainan… Cuma aku nampak fizikal pemain Sabah lagi besar dari fizikal pemain Johor…pemain Johor kecik2 je…kalau lari tu banyak gila langkahnya compare dengan pemain Sabah…Game berkesudahan Johor 6 – Sabah 1…




Sebenarnya ini bukan game bola pertama yang aku tengok…sejarah tercipta sebab ini first time tengok game bola di Malaysia…sebenarnya first game bola yang aku tengok dalam sejarah hidup aku adalah di Stadium Jalan Besar, Singapura…di antara Harimau Malaya dan Singapura… hebat tu tengok kat luar negara!!...*korang mampu* itu pun dengan sengajanya tertengok sebab ade tiket...ok yang ini nanti aku story mory kat different entri...panjang ceritanya...!






P/S : Luaskan Kuasamu Fever!

Sunday, June 23, 2013

0 Wordless Sunday!!


Thursday, June 20, 2013

0 Floria 2013, 22-30 Jun 2013, Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya

FLORIA, Festival Bunga & Taman Putrajaya akan kembali menceriakan Putrajaya selama 9 hari mulai 22 Jun 2013.  Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.  Kini, FLORIA menjadi ikon acara tahunan yang unggul dengan mencatatkan rekod gemilang menerusi kunjungan melebihi 1 juta pengunjung, penyertaan dari 16 peserta antarabangsa dan lebih daripada 100,000 pokok bunga kertas yang telah dipamerkan dalam 82 lot taman pada tahun lepas.  Pada tahun ini, bunga orkid yang popular kembali pada Floria 2013 dengan tema Orkid- Khazanah Tropika.
ENGLISH TRANSLATION
FLORIA, Putrajaya Flower & Garden Festival is set to stir up a storm once again over 9 days from 22nd June 2013. The annual flower show is now an iconic event for Putrajaya - being its biggest event thus far with more than a million visitors recorded at last year’s event that featured 16 international participants and more than 100,000 bougainvillea plants of varied species and cultivar showcased in 82 landscaped garden plots. This year, the ever popular Orchid makes a comeback at FLORIA 2013 themed Orchid – Tropical Treasure.
Info lanjut: Sila layari http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/


P/S : Jerebu sekarang nie...nampaknya kena pakai penutup mulut nie!!

Sunday, June 16, 2013

0 Selamat Hari Bapa 2013!(Bapa Borek, Anak Rintik)



Sempena Hari Bapa nie...mari kita belajar peribahasa Melayu yang ada mengaitkan tentang bapa...bapa borek anak rintik...ape ke benda maksud borek dan maksuk rintik tu...Disebabkan aku pun taklah berapa cerdik sangat*humble kan penulis blog nie..orangnya baik tau...hehehe*...so aku tanyalah Mr Google dan jawapannnya aku dapat di blog ni...kalau propa sama2 lah kita kena propa ok...so korang dah tau ape maksud borek dan rintik tu kan!!!... Bermanfaat tak blog ni?? *Poyo*

http://kohong.blogspot.com/2011/10/bapa-borek-anak-rintik.html
Borek bermaksud bintik-bintik putih yang sering didapati pada ayam atau kuda. Begitu juga dengan rintik yang maksudnya titik-titik pada dasar yang lain warnanya. Jadi maknanya, kalau bapa kuda (contohnya) badannya berborek, berbintik-bintik, maka anaknya biasanya akan ada rintik atau titik-titik pada dasarnya. Itu pengamatan orang dulu-dulu. Aku rasa dari situ timbulnya peribahasa ni.

AYAH
Oleh Ratih Anjelia Ningrum

Disetiap tetes keringatmu
Di derai lelah nafas mu
Si penuhi kasih sayang yang luar biasa
Demi aku kau rela si sengat matahari
Hujan pun tak dapat membatasi mu 
untuk aku anakmu...
Si setiap doamu kau haturkan segenap harapan

Ayah...
kan ku jaga setiap nasehatmu
Di setiapnafas ku 
Di relung hati akan ku hangatkan nmamu
Akan ku kobarkan semua impianmu
Hanya untuk menikmati senyumu 
Di ufuk senjamu 
Ayah

P/S: Jaden lagi handsome dari bapak dia...Hahaha..Download je lah movie After Earth!!

0 Wordless Sunday!!


Saturday, June 15, 2013

0 Aeon Gift Voucher RM30!


Singgah ke Jusco Tebrau before on the balik ke kampong semata-mata nak redeem gift voucher yang bernilai RM30…sebelum tu memang aku dapat surat tuk redeem Gift Voucher nie…ok laa tu…tolak points dalam 4000 dan balance tinggal 600 points je…ape je yang boleh dapat ngan RM30 kat Jusco nie…memang ada value/price barang yang below RM30 tapi takde kaitannya aku nak beli…Contoh…rega sebatang pen memang la below RM10…tapi ape ke bendanya ko nak beli pen banyak2…so memang tak relevan laaa dalam ini punya cerita dan lebih kurang macam tu laa nak dijadikan perbandingan...hahaha!

Best no tu...1111..

P/S : Barang kalau naik harga mesti cepat.....Gaji kalau nak naik mak aiiii!!

Wednesday, June 12, 2013

2 Spicy Chicken McWrap by McDonald


Assalamualaikum..

Sempena bulan Ramadan Al Mubarak yang akan kunjung tiba nie*lebih kurang sebulan je lagi*…aku akan banyakkan entri makan2…kalau dah bulan puasa takdelah mendanya nak terlebih makan plak...sebab orang Malaysia suka bab makan2 nie*sambil jari tunjuk kat diri sendiri*…tak kiralah makanan yang menyihatkan atau tidak…yang penting makanan tu sedap…harga makanan kira nombor 2*orang  Malaysia boleh dikatakan takde masalah bab ni*



Makanan kali ni dibawakan oleh McDonald sebab tengok iklan kat dalam suratkhabar macam menarik la plak…especially yang spicy part dan dibungkus dengan 10 inci roti tortilla…tapi bagi aku rasanya biasa2 je…sedap lagi Zinger Burger KFC…ayam yang aku dapat dalam McWrap ni terlalu crispy…naik lenguh jugak gusi aku mengunyahnya…tapi mungkin kat McDonald ni laaa aku dapat ayam dia macam tu…kena check kat McDonald lain sama ada ayam dia pun too crispy but overall is ok and tortilla bread  pun ok gak…

P/S : Boleh cuba..!

Monday, June 10, 2013

0 10 Model Kereta Turun Harga




KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).
;
Berita penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga

Sunday, June 9, 2013

2 French Open 2013 Men's Final



Sejarah tercipta...akhirnya pemain yang aku sokong, Rafael Nadal telah menjadi pemain tenis lelaki pertama yang memenangi French Open terbanyak iaitu sebanyak 8 kali dengan mengalahkan David Ferrer di kejohanan akhir Terbuka Perancis 2013 dengan 6-3, 6-2, 6-3. Jumlah keseluruhan Grand Slam yang dimenangi 12 ketinggalan 5 titles sahaja di belakang the Great Roger Federer(17 kejuaraan Grand Slam setakat ni)...lately ni Roger macam dah jarang menang...huhu...tapi aku suka tengok Roger main...cool je...macam takde pressure langsung!

P/S : Bagi aku Roger boleh menang beberapa lagi Grand Slam...Nadal pun aku rasa boleh catch up..! Tak minat sangat si Djokovic main...

0 Wordless Sunday!!


Saturday, June 8, 2013

2 French Open Women Final 2013 : Serena William Beat Maria Sharapova(6-4,6-4)



Berkesempatan untuk menonton 2 set terakhir di game kedua antara Serena William(pemain No 1 dunia) dan Maria Sharapova(pemain No 2 dunia) di Astro tadi...cemas la jugak tengok sebab memang nak si Serena William ni menang...orang USA kan...I like USA maaa...memula dulu memang aku ingat kakak dia si Venus William yang akan bersinar sebab kakak dia yang mula2 sekali memenangi kejuaraan Grand Slam...

Dalam French Open Final nie aku tengok diakhir permainan memang patut si Serena William...servis je dah boleh dapat ace...match point pun ace...kesian aku tengok Maria Sharapova tengok je bola ace tu...dalam 16 pertemuan 14 kali si Maria Sharapova ni kalah kat Serena William dan kali terakhir pada tahun 2004..kat bawah ni senarai nama pemenang2 di French Open untuk rujukan ...

Info and image are taken from Yahoo!

2013 Serena Williams (U.S.) beat Maria Sharapova (Russia) 6-4 6-4
2012 Maria Sharapova (Russia) beat Sara Errani (Italy) 6-3 6-2
2011 Li Na (China) beat Francesca Schiavone (Italy) 6-4 7-6
2010 Francesca Schiavone (Italy) beat Samantha Stosur (Australia) 6-4 7-6(2)
2009 Svetlana Kuznetsova (Russia) beat Dinara Safina (Russia) 6-4 6-2
2008 Ana Ivanovic (Serbia) beat Dinara Safina (Russia) 6-4 6-3
2007 Justine Henin (Belgium) beat Ana Ivanovic (Serbia) 6-1 6-2
2006 Justine Henin (Belgium) beat Svetlana Kuznetsova (Russia) 6-4 6-4
2005 Justine Henin (Belgium) beat Mary Pierce (France) 6-1 6-1
2004 Anastasia Myskina (Russia) beat Elena Dementieva (Russia) 6-1 6-2
2003 Justine Henin (Belgium) beat Kim Clijsters (Belgium) 6-0 6-4
2002 Serena Williams (U.S.) beat Venus Williams (U.S.) 7-5 6-3
2001 Jennifer Capriati (U.S.) beat Kim Clijsters (Belgium) 1-6 6-4 12-10
2000 Mary Pierce (France) beat Conchita Martinez (Spain) 6-2 7-5
1999 Steffi Graf (Germany) beat Martina Hingis (Switzerland)4-6 7-5 6-2
1998 Arantxa Sanchez-Vicario (Spain) beat Monica Seles (U.S.) 7-6 0-6 6-2
1997 Iva Majoli (Croatia) beat Martina Hingis (Switzerland) 6-4 6-2
1996 Steffi Graf (Germany) beat Arantxa Sanchez-Vicario (Spain) 6-3 6-7 10-8
1995 Steffi Graf (Germany) beat Arantxa Sanchez-Vicario (Spain) 7-5 4-6 6-0
1994 Arantxa Sanchez-Vicario (Spain) beat Mary Pierce (France) 6-4 6-4
1993 Steffi Graf (Germany) beat Mary-Joe Fernandez (U.S.) 4-6 6-2 6-4
1992 Monica Seles (Yugoslavia) beat Steffi Graf (Germany) 6-2 3-6 10-8
1991 Monica Seles (Yugoslavia) beat Arantxa Sanchez-Vicario(Spain) 6-3 6-4
1990 Monica Seles (Yugoslavia) beat Steffi Graf (Germany) 7-6 6-4
1989 Arantxa Sanchez-Vicario (Spain) beat Steffi Graf (Germany) 7-6 3-6 7-5
1988 Steffi Graf (Germany) beat Natasha Zvereva (Soviet Union) 6-0 6-0
1987 Steffi Graf (Germany) beat Martina Navratilova (U.S.) 6-4 4-6 8-6
1986 Chris Evert-Lloyd (U.S.) beat Martina Navratilova (U.S.) 2-6 6-3 6-3
1985 Chris Evert-Lloyd (U.S.) beat Martina Navratilova (U.S.) 6-3 6-7 7-5
1984 Martina Navratilova (U.S.) beat Chris Evert-Lloyd (U.S.) 6-3 6-1
1983 Chris-Evert Lloyd (U.S.) beat Mima Jausovec (Yugoslavia) 6-1 6-2
1982 Martina Navratilova (U.S.) beat Andrea Jaeger (U.S.) 7-6 6-1
1981 Hana Mandlikova (Czechoslovakia) beat Sylvia Hanika (Germany) 6-2 6-4
1980 Chris Evert-Lloyd (U.S.) beat Virginia Ruzici (Romania) 6-0 6-3
1979 Chris Evert-Lloyd (U.S.) beat Wendy Turnbull (Australia) 6-2 6-0
1978 Virginia Ruzici (Romania) beat Mima Jausovec (Yugoslavia) 6-2 6-2
1977 Mima Jausovec (Yugoslavia) beat Florenta Mihai (Romania) 6-2 6-7 6-1
1976 Sue Barker (Britain) beat Renata Tomanova (Czechoslovakia) 6-2 0-6 6-2
1975 Chris Evert (U.S.) beat Martina Navratilova (Czechoslovakia) 2-6 6-2 6-1
1974 Chris Evert (U.S.) beat Olga Morozova (Soviet Union) 6-1 6-2
1973 Margaret Court (Australia) beat Chris Evert (U.S.) 6-7 7-6 6-4
1972 Billie-Jean King (U.S.) beat Evonne Goolagong (Australia) 6-3 6-3
1971 Evonne Goolagong (Australia) beat Helen Gourlay (Australia) 6-3 7-5
1970 Margaret Court (Australia) beat Helga Niessen (Germany) 6-2 6-4
1969 Margaret Court (Australia) beat Ann Jones (Britain) 6-1 4-6 6-3
1968 Nancy Richey (U.S.) beat Ann Jones (Britain) 5-7 6-4 6-1
1967 Francoise Durr (France) beat Lesley Turney (Australia) 4-6 6-3 6-4
1966 Ann Jones (Britain) beat Nancy Richey (U.S.) 6-3 6-1
1965 Lesley Turner (Australia) beat Margaret Smith (Australia) 6-3 6-4
1964 Margaret Smith (Australia) beat Maria Bueno (Brazil) 5-7 6-1 6-2
1963 Lesley Turner (Australia) beat Ann Jones (Britain) 2-6 6-3 7-5
1962 Margaret Smith (Australia) beat Lesley Turner (Australia) 6-3 3-6 7-5
1961 Anne Haydon (Britain) beat Yola Ramirez (Mexico) 6-2 6-1
1960 Darlene Hard (U.S.) beat Yola Ramirez (Mexico) 6-3 6-4
1959 Christine Truman (Britain) beat Zsuzsi Kormoczi (Hungary) 6-4 7-5
1958 Zsuzsi Kormoczi (Hungary) beat Shirley Bloomer (Britain) 6-4 1-6 6-2
1957 Shirley Bloomer (Britain) beat Dorothy Knode (U.S.) 6-1 6-3
1956 Althea Gibson (U.S.) beat Angela Mortimer (Britain) 6-0 12-10
1955 Angela Mortimer (Britain) beat Dorothy Knode (U.S.) 2-6 7-5 10-8
1954 Maureen Connolly (U.S.) beat Ginette Bucaille (France) 6-4 6-1
1953 Maureen Connolly (U.S.) beat Doris Hart (U.S.) 6-2 6-4
1952 Doris Hart (U.S.) Shirley Fry (U.S.) 6-4 6-4
1951 Shirley Fry (U.S.) beat Doris Hart (U.S.) 6-3 3-6 6-3
1950 Doris Hart (U.S.) beat Patricia Todd (U.S.) 6-4 4-6 6-2
1949 Margaret Osborne duPont (U.S.) beat Nelly Adamson-Landry (France) 7-5 6-2
1948 Nelly Landry (France) beat Shirley Fry (U.S.) 6-2 0-6 6-0
1947 Patricia Todd (U.S.) beat Doris Hart (U.S.) 6-3 3-6 6-4
1946 Margaret Osborne (U.S.) beat Pauline Betz (U.S.) 1-6 8-6 7-5
1940-45 No competition
1939 Simone Matthieu (France) beat Jadwiga Jedrzejowska (Poland) 6-3 8-6
1938 Simone Mathieu (France) Nelly Landry (France) 6-0 6-3
1937 Hilde Sperling (Denmark) beat Simone Mathieu (France) 6-2 6-4
1936 Hilde Sperling (Denmark) beat Simone Mathieu (France) 6-3 6-4
1935 Hilde Sperling (Denmark) beat Simone Mathieu (France) 6-2 6-1
1934 Margaret Scriven (Britain) beat Helen Jacobs (U.S.) 7-5 4-6 6-1
1933 Margaret Scriven (Britain) beat Simone Mathieu (France) 6-2 4-6 6-4
1932 Helen Wills Moody (U.S.) beat Simone Mathieu (France) 7-5 6-1
1931 Cilly Aussem (Germany) beat Betty Nuthall (Britain) 8-6 6-1
1930 Helen Wills Moody (U.S.) beat Helen Jacobs (U.S.) 6-2 6-1
1929 Helen Wills Moody (U.S.) beat Simone Mathieu (France)6-3 6-4
1928 Helen Wills Moody (U.S.) beat Eileen Bennett(Britain) 6-1 6-2
1927 Kornelia Bouman (Netherlands) beat Irene Peacock (Britain) 6-2 6-4
1926 Suzanne Lenglen (France) beat Mary Browne (U.S.) 6-1 6-0
1925 Suzanne Lenglen (France) beat Kathleen McKane (Britain)6-1 6-2
1924 Dida Vlasto (France) beat Jeanne Vaussard (France) 6-2 6-3
1923 Suzanne Lenglen (France) beat Germaine Golding (Britain) 6-1 6-4
1922 Suzanne Lenglen (France) beat Germaine Golding (Britain) 6-4 6-0
1921 Suzanne Lenglen (France) beat Germaine Golding (Britain) walkover
1920 Suzanne Lenglen (France) beat Marguerite Broquedis (France) 6-1 7-5
1915-1919 No competition
1914 Marguerite Broquedis (France) beat Suzanne Lenglen 5-7 6-4 6-3

P/S : Kalau aku lawan si Serena ni...agak2 boleh menang ke?? Takut tengok lengan dia...

0 Restoran Selera Sambal Asli Jawa, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang


Assalamualaikum...

Entri kali ni sempena aku berbuka puasa sunat hari Khamis yang lepas ni...entri tentang makanan di mana orang Malaysia memang suka bab makan-makan nie...terletak di jalan utaman Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang restoran ni menu utama adalah Ayam Penyet...tengok menu kat gambo atas tu....macam2 ayam penyet ada...sila tunjuk dengan tangan je....Jom tengok apa yang aku berbuka di restoran ni...

Limau suam yang pure dan air suam

Minuman
Aku order air limau suam...air limau suam ni memang pure...takde rasa gula langsung dan disebabkan itu tokey restoran bagi air suam percuma tuk bilas mulut...

Bakso...sedap
Kecap manis BANGO dan sambal untuk bakso...Kecap manis aku preferred ABC
Ayam Penyet Special Udang
Nasi Putih
Makanan
Untuk makanan pula aku order bakso, ayam penyet special udang, dan nasi putih...bagi aku semuanya secukup rasa walaupun aku nak sambal belacan tu lagi pedas...tapi memandangkan perut kosong sebab puasa so berbuka dengan makanan yang terlalu pedas adalah no good...Overall makanan kat restoran ni sedap...dan yang paling penting sila lihat gambo di bawah nie...

Gred A tuk kebersihan bagi restoran ni..nampak tak yang kat atas tu?

P/S : Sedap dan boleh cuba!!

Thursday, June 6, 2013

0 Israk dan Mikraj 27 Rejab 1434 Hijrah



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Syukur!!...Setelah berbulan lamanya tiada menunaikan ibadat sunat*yang ini atas kekhilafan diri sendiri...:) *... akhirnya siang tadi dapat melakukan puasa sunat hari Khamis dan sempena Israk Mikrak yang jatuh pada hari ini....malam sebelumya hanya bersahur roti dan kek lapis...

Alhamdulillah tiada halangan semasa berpuasa siang tadi...mungkin kandungan lemak memang mencukupi atau pun memang dah overdosed atau terlebih cukup untuk cover ketika berpuasa pada bulan Ramadhan nanti...hahaha!...Tapi sebenarnya tujuan utama entri ni ialah untuk berkongsi sedikit tentang Israk Mikraj nie yang jatuh pada hari ini 6/6/2013 ataupun 27 Rejab 1434 Hijrah...Info di bawah yang berkaitan tentang Israk dan Mikraj diambil dengan jayanya dari Wikipedia.... :)


A. Takrif?
  1. Israk: Perjalanan Nabi saw di malam hari dari Mekah (Masjidil Haram) – Palestine (Baitul Muqaddis)
  2. Mi’raj: Naiknya Nabi saw dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis menembusi alam di bawah ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagaiTahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w.yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Untuk info lebih lanjut..sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Israk_dan_Mikraj
Antara fakta-fakta penting ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ialah :
1. Nabi Muhammad telah mendapat keringanan daripada Allah S.W.T atas solat fardu yang diwajibkan ke atas umatnya daripada 50 kali semalam menjadi 5 hari semalam.
2. Nabi Muhammad telah menaiki seekor haiwan yang bernama Buraq...macam mana rupanyaa...Wallahualam!!


P/S : Semoga amalan dan ibadah kita diberkati dan diberikan ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah S.W.T....Amin Ya Rabbal Alamin!

Tuesday, June 4, 2013

0 Great Singapore Sale 2013 : Misi Mencari Coach Pertama - Final Part!


Sambungan dari Entri Pertama…sila klik di SINI


Overall aku tak nampak yang Great Singapore Sale ni amat berbaloi…but it’s depend laa dengan korang punya budget ataupun barang ape yang korang nak beli...for sure barangan high end and luxury takkan ade durian runtuh atau dijual sampai 50 %…kalau ada pun yang 50% selepas tolak darab bahagi masih lagi beribu raban lagikan...aku cuma nak cari beg je...ok selepas misi gagal di Coach aku sambung berjalan di sekitar Orchard Road menuju ke Somerset 313...masuk Zara takde sale baju bawah SGD10....so gagal lagi laa kat Zara...hahaha!!Lepas tu masuk Fossil...sale pun ada on selected item...berkenan kat bag kat atas tu tapi takde sale untuk color yang sejibik macam kat atas tu...yang ada sale cuma yang warna oren macam kat bawah nie...tapi takut plak atau masih tak condifent lagi nak pakai color2 yang BLOCK2 nie...maka tak jadilah membeli bag...

Tapi aku terbeli jugak item kat FOSSIL ni tapi for sure lah item yang ada sale*nak tahu ape benda tengok gambo je kat bawah nie*...selepas tu masuk pulak UNIQLO....warghhh SALE baju plak...sebenarnya UNIQLO takde sale macam BIG diskaun sebab aku rasa baju2 dia quite reasonable compare to other brand macam TOPSHOP atau ZARA atau paling teruk compare dengan Abercrombie & Fitch...kat UNIQLO terbeli 3 helai pakaian sebab bagi aku sale dia not bad dan yang paling penting korang berkenan dengan pakaian/item tu....Good discount is a PLUS!!...betul tak? tapi sebab yang paling best sebab paper bag dia tu pun aku berkenan sekali...hahaha! Lepas UNIQLO terus balik ke JB...sebab main purpose dan misi dah terlaksana walaupun kadang2 benda yang kita nak tu tak dapat...yang penting simpan cita dan berazam serta berusaha untuk mendapatkannya...tak salah kan?...Ape itemnya? Tunggu next entri kot.....!



P/S : Lupa nak masuk ESPRIT...next time kot!
.

Monday, June 3, 2013

0 Great Singapore Sale 2013 : Misi Mencari Coach Pertama - Part 1



Assalamualaikun dan holla....

Selamat hari Isnin pertama di bulan Jun 2013...entri kali ni just nak share ngan korang tentang experience pertama kali untuk "Great Singapore Sale" di tahun 2013 nie...Sebelum tu korang tengok iklan kat bawah nie...tempting kan!! tapi bukan beg tangan perempuan tu yang aku maksudkan...maksud aku jumlah diskaun tu sebanyak 50% tu...separuh harga tu....kalau RM1000 jadi RM500 dan kalau RM500 jadi RM250...*yang ini macam tak make sense sebab setahu aku takde barang Coach's men especially wallet atau beg yang kurang dari RM500....nangesss*

Tu dia iklan...very tempting

Disebabkan iklan yang aku jumpa masa mengGoogle hari tu menimbulkan curiosity nak tahu ape barang Coach yang ada on sale sampai 50% tu maka gigihlah hari Ahad semalam masuk  ke Singapore...macam biasa lewat bertolak ke Singapore...pukul 12 tengahari gerak dari Larkin menaiki SJE...proses imigresen bergerak lancar dan dalam pukul 1:30 petang dah sampai di Orchard Road...ade few butik Coach di Orchard Road nie...

1. Wisma Atria
2. Paragon
3. Takashimaya


Coach at Wisma Atria
Aku tak masuk semua butik nie sebab aku tahu dia offer mestilah sama dan yang paling penting aku nak jimat masa...cuma aku nak tahu barang apa yang  diSALEkan sampai 50% tu....Paragon aku dah masuk dulu dan Takashimaya pernah lalu...cuma yang kat Wisma Atria je yang aku belum pernah masuk dan butik nie dekat ION Orchard dan MRT Orchard...so aku decide nak explore yang kat Wisma Atria nie sebab dekat dengan MRT Orchard(aku berenti dekat MRT Orchard) ...nervous maklumlah masuk luxury boutique kannn!!!*padahal duit dalam poket cukup2 balik JB je...erkkk*...yang penting confident je masuk...hahaha!

Men Section
Straight masuk ke men section sebab itu tujuan utama....tapi aku frust sebab tak semua item ada sale ataupun diskaun...so target ataupun mission macam dah fail...hahaha!...ingatkan ada dalam range RM500 ke bawah kan tapi nan ado....pasrah je lagipun ni semua kan dunia...hahaha!! Last sekali dapat name card dari Coach's sale assistant Marline...itu je la yang layak dapat ari tu...hahaha!! Ape yang aku cari sebenarnya? Sila scroll ke bawah untuk lebih lanjut....

Women Section
Free gift...name card...hahaha!

My wishlist : Bleecker City Canvas Crossbody

Cantik tak?? Actually Singapore boutique tak carry warna brown nie...cuma warna blue dan oren...takpelah sebab takde sale untuk item yang aku nak dan color yang dihajati pun takde maka simpan je wishlist tu dulu...Abis tak beli ape2 ke? Tunggu!!  *macam panjang plak entri nie*

P/S: Tak semua benda kita boleh dapat!!



Sunday, June 2, 2013

0 Wordless Sunday!!


Saturday, June 1, 2013

2 Mr Selangor 2013 di South City Plaza



Hollaaa....

Selamat berhari Sabtu....hari ini public holiday sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong Malaysia...tapi kalau hari Sabtu korang memang dah off day tak dapatlah aku nak menolongnya*paku dulang paku serpih*...dah bulan June dan nak masuk separuh tahun untuk 2013...tapi entri hari ini  kisah minggu lepas...aktiviti/event yang berlaku selepas Langkah Ceria 19 Mei 2013...untuk entri tu korang boleh klik kat SINI...event ni diadakan kat South City Plaza, Seri Kembangan...korang boleh nampak plaza ni sebelum tol Sungai Besi sebelah highway PLUS....ataupun korang boleh exit UPM tuk sampai ke sini....map disediakan kat bawah ni untuk memudahkan visual...

Last sekali aku pergi pada tahun 2007 kalau tak silap aku....tapi memang banyak perubahan kat plaza nie...yang aku notis memang tenant2/kedai2 dah berkurangan...dah tak happening macam dulu...so far yang aku perasan hanya fast food Subway je yg nampak baru...the most part of the building nampak suram je...Anyway main purpose aku ke sini kekononnya nak tengok pertandingan bina badan peringkat negeri Selangor...tetapi memandangkan the place nampak macam dull. aku dgn adik aku tak lama kat sini...3 kategori je kitaorg mampu tengok...Master, Bakat Baru, dan Junior kot*main sebat je...hehehe!*...Layan je gambo2 kat bawah nie..





















P/S : South City Plaza macam dah nak terkubur je!! Next time boleh pegi The Mines!

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates