Tuesday, May 29, 2012

0 Johor Premium Outlet Di Waktu Malam!


Masa on the way balik ke PG dari kampung weekend lepas tu sempat melilau ke JPO nie...maklumlah awal bulan kan! Kalau tengah bulan janganlah mimpi nak singgah...drive terus sebab sedar diri... Hehehe! Sambil2 tu windows shopping tengok benda2 yang menarik kalau ada...niat di hati nak mencari wallet baru sebab wallet sekarang nie ade kisahnya tersendiri...ingat2 balik pun mcm kelakar...tapi takpelah yang itu aku cerita kemudian(jangan propa sudah atau ambik masa setahun nak cerita!!!) Jom tengok pemandangan JPO ni di waktu malam...Nak cite lebey2 pun takde barang yang dibeli!! Tapi barang yang berkenan tu adalah...!! * Nanges*









Komen : Entri ni separa siap..Tapi aku nak publish gak!!

Monday, May 28, 2012

0 Blues Sungguh !!


Salam....
Selamat Malam di hari Isnin...hari yang kebanyakkan kata orang takde mood tuk bekerja...especially yang ada family...maklumlah sekarang dah start musim cuti sekolah...anak-anak mesti nak ajak jalan jalan cuti-cuti Malaysia ke! Normal la tu...yang takde anak sekolah macam penulis blog nie...takde lah ape sangat...Masa weekend lepas ni penulis blog pulang ke kampung menjengah mak dan ayah...terlepas rindu...dapat menjengah suasana kampung...tak ternilai!!! Tapi ada few things tak settle nie...Jumaat je dah masuk bulan June 2012...macam2 benda nak kena settle...INSYA-ALLAH! Cite Langkawi pun tak settle lagi...!! Uarrrghhh!!!

Komen : Masa akan meninggalkan kita tanpa disedari!!

Sunday, May 27, 2012

2 Wordless Sunday!!

Tuesday, May 22, 2012

0 Bukan Bubu Yang Tangkap Ikan Tu!!!


Masa aku masuk kedai runcit ni ternampak la muka depan Metro Ahad lepas...pasal kisah cinta kerabat diraja Selangor dengan penyanyi wanita dari Indonesia Syarini direstui oleh keluarga pihak lelaki...kalau korang tak berapa tahu si Syarini ni bekas pacarnya si Anang Hermansyah...ex husband si Krisdayanti...Cuma yang menarik perhatian aku tentang berita ni ialah nama sebenar si Syarini ni ialah Fatimah Syarini Zailani...sedapnya nama...Yang kelakar sikit nama timangan si kerabat diraja tu...Nama sebenar Raja Mohammad Syazni...tapi nama timangannya Bubu...aku tahu cuma Bubu tu satu bekas yang digunakan untuk memerangkap ikan...
Mukadepan : Harian Metro

1. bubu 157 up, 112 down
A bubu is a slang word used in the northeast for the hottest most beautiful women out there. A bubu cheek is the dopest woman out there, she tops em all.
"Damn she's bubu"
"where the bubu's?"

Aku cuba Google search mana tahu ada makna lain kat negara lain selain Malaysia nie...hasilnya...ada makna rupanya dalam urban dictionary...aku tak tahu slang bahagian utara negara mana?? Mungkin US kot...merupakan slanga bahasa yang merujuk kepada perempuan cantik...


1. bubu 157 up, 112 down
A bubu is a slang word used in the northeast for the hottest most beautiful women out there. A bubu cheek is the dopest woman out there, she tops em all.
"Damn she's bubu"
"where the bubu's?"

1.  bubu  
 A bubu is a slang word used in the northeast for the hottest most beautiful women out there. A bubu cheek is the dopest woman out there, she tops em all.
"Damn she's bubu"
"where the bubu's?"

Komen : Tak tahu Bubu Ikan ke atau Bubu Urban Dictionary!

1. bubu 157 up, 112 down
A bubu is a slang word used in the northeast for the hottest most beautiful women out there. A bubu cheek is the dopest woman out there, she tops em all.
"Damn she's bubu"
"where the bubu's?"

Monday, May 21, 2012

2 Masuk Pizza Hut Tapi Tak Order Pizza Pun!


Sekarang tengah nak masuk musim SALE...semua benda nak sale maklumlah cuti sekolah tak lama lagi(start minggu depan 26/5/2012- 2 minggu)...AEON Jusco dah start SALE sampai 10 Jun 2012...Body Shop pun dah ada SALE...Time nilah mak bapak budak bawa anak2 diaorang pegi jejalan masuk dalam mall mesti mak2 suka bila terpampang tanda-tanda SALE kat mana-mana kedai...strategi perniagaan la katakan...termasuklah Pizza Hut...sekarang ni dah tambah beberapa menu tuk menarik lebih ramai pelanggan...of course laa menu tambahan adalah Western Menu(takkan nak letak Nasi Lemak pulak kan?) nak harapkan Pizza yang crustnya tebal dan baru dua potong makan dah rasa perut dah kenyang...aku lebih prefer Domino Pizza...So sebelum aku dengan Angah melayan cite Avengers kitaorg singgah kat Pizza Hut tuk cuba beberapa menu baru dan yang paling IRONIKnya kitaorg masuk Pizza Hut tapi tak order pun Pizza!!Boleyy??? Untuk review cite Avengers tu korang boleh klik klik di SINI  ...Ok jom layan menu baru di Pizza Hut!.
Menu Baru
Interior Deco dalam Pizza Hut _____?
Private Party!
Assam Boi Fizz dan Blueberry Fizz(ada biji selasih dalam tu)
Toasted chicken dan cheese roll(recommended!!)
Seafood lasagna(aku recommend gak!!)
Lime Pepper Chicken Chop(Angah punya!)
Italian Herb Chicken Chop(Aku punya)!!

Untuk semua makanan di atas total bayaran RM69 PLUS...tak sampai RM70 dan bagi dua...Hehe!!

Komen : BOLEH mencuba menu baru !!

Sunday, May 20, 2012

2 Wordless Sunday!!

Wednesday, May 16, 2012

0 Selamat Hari Guru 2012



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Komen : Jasamu dikenang!!! 

Tuesday, May 15, 2012

0 Pemenang Survivor One World Season 24 - Kim Spradlin



Akhirnya aku dah boleh rilek sikit...among realiti TV yang aku follow dah berakhir dan aku amat berpuas hati dengan result dia...kadang2 ada favorite contestant yang bagus tapi x jadi juara...tapi kali ni minah ni memang main bagus...player with strategy dan Survivor One World juga mencatat sejarah dalam program tersebut kerana Top Final 5 semuanya perempuan...Minah nie pun ada blog eaa...jgn main2...tapi aku rasa adik dia yang tulis...


Header blog
The Winner of Survivor of One World : Kim Spradlin

http://www.kimspradlin.blogspot.com/

LOS ANGELES (AP) — "Survivor: One World" should have probably just been called "Survivor: Kim's World."
Kim Spradlin not only won the CBS reality competition's $1 million grand prize Sunday, the crafty 29-year-old bridal shop owner from San Antonio, Texas, also brought the alliance that she helped form at the game's outset to the final tribal council all while engineering the dismissal of each member of the show's nine-person jury of former players.
"I strategized until I was blue in the face," said Spradlin.
The jury ultimately voted for Spradlin over her allies, 33-year-old high school teacher Sabrina Thompson of New York and 26-year-old medical saleswoman Chelsea Meissner of Charleston, S.C. Spradlin, Meissner and Thompson worked together from the first day of the game, which originally featured two tribes divided by sex living on the same beach in Samoa.
"We were a mess at the beginning, and then we just pulled it together," said Thompson, who nabbed two jury votes to Spradlin's seven. Spradlin also received the most viewer votes, winning an additional $100,000 fan-favorite prize.
Spradlin secured her place among the final three contestants on the 24th edition of "Survivor" by winning four individual immunity challenges, including the final two physical competitions, which ousted 29-year-old career consultant Christina Cha of Los Angeles and 25-year-old special education teacher Alicia Rosa of Chicago from the 39-day contest.
At the end of the finale, "Survivor" host Jeff Probst announced that the upcoming 25th season would be titled "Survivor: Philippines" and would feature three tribes as well as three returning contestants that previously removed from the game for medical concerns.

News source : http://news.yahoo.com/survivor-one-world-winner-crowned-030502724.html

Komen : Season 25  "Survivor : Philippines".  Mungkin lokasi kat Boracay Island?

Monday, May 14, 2012

0 Movie Review : The Avengers


Bak kata orang sebelum nasi menjadi bubur...sebelum rebung menjadi buluh...sebelum hangat2 tahi ayam menjadi sejuk maka dengan ini aku nak cepat2 mengreview(ada ke perkataan ini?) cite The Avengers ini...
Disebabkan aku ambil cuti tahun yang pertama kalinya dalam tahun nie(perghhh!! Banyak lagi balance nie..)
pada hari nie...maka tengok cite The Avengers nie jadi agenda utama...dan tiket adalah murah pada waktu siang compare ngan waktu malam (RM10 siang...RM15 waktu malam...dulu waktu siang RM9 je kalau hari Sabtu dan Ahad untuk tayangan sebelum pukul 12 tengahari)

Sinopsis/Plot/Watak:
Daripada Marvel Comics yang menghimpunkan superhero2 atau adiwira seperti Iron Man, Thor, Hulk, Captain America, Black Widow, Hawkeye yang diketuai oleh Director S.H.I.E.L.D Nick Fury(aku rasa tak perlu aku nak mengexplain pepanjang sebab korang semua mesti dah tahu sape semua superhero ni)Antagonis atau bad guy kali ini ialah Loki, saudara tiri Thor. Aku masih merasakan elemen-elemen cerita Thor(korang kena tengok cite Thor kalau nak tahu apa yang aku maksudkan) ada di dalam filem The Avengers nie...Kalau dalam filem Thor tempat pertempuran berlaku dibandar terpencil kali ni tempat
pertempuran berlaku di bandar New York city. Loki bercita-cita untuk memerintah bumi dengan membawa sekumpulan tentera dari dunia luar dengan mengggunakan satu bentuk tenaga yang bernama "The Tesseract". The Tesseract ini yang boleh menghubungkan antara bumi dengan dunia luar.

Iron Man  or Mr. Tony Stark

Adegan-adegan Yang Menarik::1. Tony Stark aka Ironman dengan Dr Bruce Banner aka Incredible Hulk - Scene Lab dan kata kunci "cucuk"
2. Adegan antara Hulk dan Thor selepas menewaskan penceroboh di dalam kapal S.H.I.E.L.D. Klassik!
3. Efek khas yang realistik antara babak pertarungan.
4. Stan Lee the guy behind all these comic characters ada CAMEO towards the end of the movie!
5. Aku tak nak spoil mood korang kalau cite lebey2...Hehehe!

Steve Rogers or Captain America

Natasha Romanoff or Black Widow

Komen : Kena tengok dan enjoy the popcorn!!


Sunday, May 13, 2012

0 Wordless Sunday!!

0 Selamat Hari Ibu a.k.a Happy Mother's Day


Hari ini hari khas untuk meraikan ibu-ibu di seluruh dunia walaupun sebenarnya pengorbanan dan jasa ibu lebih daripada sehari untuk diingati. Selagi hayat dikandung badan. Walau bagaimanapun sudi-sudi dengarkanlah lagu daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee daripada filem IBU dan lagu dengan judul yang sama kat bawah nie. Selamat Hari Ibu!


Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih tiap waktu


Betapa tidak kerna engkaulah
Yang menyinarkan hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku

Kau tak dapat ku lupakan
Wahai ibu

Komen : Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu!!

Tuesday, May 8, 2012

0 Pokok Teh (Tea Tree) Yang Tak DIgalakkan Meminumnya!



Aku nak cite/share sikit pasal Tea Tree Oil ni lebih lanjut rentetan entri sebelum ni...pasal Tea Tree Body Shop tu...Info aku korek dari website melalui Google Search seperti biasa...

 
Habitat:
The tea tree is native to the coastal areas of Australia and Indonesia. Early European settlers made a tea from the leaves and thus the name was derived. The whole plant was used originally by aboriginals and the essential oils themselves were used during the World War II as a general antimicrobial agent and insect repellent and provided in the first aid kits of serving Australian soldiers.

Merupakan tumbuhan yang berasal dari pesisiran pantai Australia dan Indonesia. Tapi Syarikat Body Shop menggunakan tea tree oil daripada Kenya untuk produk mereka. Kenapa dipanggil tea tree sebab pendatang dari Eropah menggunakannya sebagai teh minuman



Therapeutic Uses, Benefits and Claims of Tea Tree Oil

  • Tea tree has been used traditionally by the Australian aborigines for burns, cuts and insect bites.

  • Tea Tree(Melaleuca alternifolia)Most of its present applications are for its antimicrobial action in skin infections and associated conditions such as dandruff.
  • The essential oil made from tea tree has been used as an herbal remedy to get rid of head lice.
  • There is clinical evidence to suggest it is of benefit for the treatment of acne and comparable to using benzoyl peroxide lotion.
  • Tea tree oil is also thought to be of benefit for fungal infections such as nail infections and athlete’s foot.
  • It is considered one the better herbal remedies for yeast infection (candida and candidiatis).
  • Alcohol-based and alcohol free solutions of tea tree have been used for the treatment of thrush.
  • It is popular to use tea tree solution to protect against infection with MRSA, a strain of staph bacteria that does not respond to some antibiotics.
  • Tea tree oil is found in many personal hygiene products promoting healthy hair and skin.
  • There are studies investigating the effects of tea tree mouth wash on gum inflammation and plaque.

Antara kebaikan tea tree oil ini ialah penggunaannya didalam produk kesihatan diri yang membabitkan rambut iaitu untuk menghilangkan kelemumur dan rawatan kulit. Minyak tea tree juga telah digunakan dalam rawatan herba untuk menghilangkan kutu rambut.


Potential Side Effects of Tea Tree Oil

There are few risks with the proper use of tea tree. There are many reports of allergy to tea tree oil when taken by mouth or used on the skin. Thus people with a history of allergy or a known allergy to the Myrtaceae family should avoid tea tree oil and its products. It is not recommended for oral use or for external use on mucous membranes. It is not recommended that tea tree products are used on burn wounds due to potential further damage to skin cells. Tea tree products may result in drying of the skin and may worsen dry skin conditions. Although there is little information available, it is recommended that pregnant and breast feeding mothers do not use tea tree oil or its products.

Risiko yang patut diambil kira bagi orang yang mempunyai alahan terhadap tea tree oil ini apabila digunakan menggunakan mulut atau sentuhan kulit. Tidak digalakkan untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan bayi.
P/S:
Informasi dalam bahasa Inggeris diambil daripada link di bawah dan terjemahan yang tak berapa diterjemahkan adalah ilham penulis blog.
http://www.herbal-supplement-resource.com/tea-tree-oil.html
Image Source : Google Image

Komen : Berkesan dan serasi...

Monday, May 7, 2012

0 Harga Sebuah Drama Bebelan di Body Shop

Tujuannya nak redeem 15% voucher yang kat dalam ChatBook tu maklumlah bukannya kaya sangat nak beli bila takde diskaun ni...:( Aku dapat buku yang dipanggil chatbook ni kat Body Shop Johor Premium Outlet...dalam ni ade discount voucher yang pelbagai tuk produk Body SHop) and aku tak nampak pun kat mana-mana Body Shop yang ada kat shopping mall...confirm kedai2 tu tak nak golongan customer tahukan...mana tau kalau ada pun diaorg nyorokkan...sape tahukan?? rugi maaa kalau customer tahu ada diskaun...hmmmm(sangka buruk lagi)

Adalah dalam 15% diskaun...memula tu aku ingat kena beli satu produk tea tree(apa tea tree nie?...pokok teh ke??...nanti aku buat entri lain laa)je untuk voucher diskaun tu...rupanya tidak(ingatkan dah terror menterjemah bahasa Inggeris...rupa2nya masih hauk lagi...)kena beli set skin clearing regime(foaming cleanser,toner, dan lotion) baru dapat 15% diskaun...dalam hati dah menyumpah dah nie...silap sendiri nie tapi takkan nak tunjukkan...so aku cakap ok lah dan aku pun tanya total semua rega barang2 tu berapa kan? mana tau tak cukup duit...

Regime Set yang tak perlu!!

FLASHBACK JAP: masa aku mula masuk dlm Body Shop nie...satu budak trainee entertain aku...kira budak baru lagi laaa siap ada tag trainee kat baju dia...aku pun tanya kat dia pasal 15% voucher tu and tunjuk kat dia voucher yang aku dah gunting/kerat tu and dia cakap x berapa sure and nak tanya 2 supervisor dia sambil bawak aku punya voucher tu...kat belakang...lama la gak dia kat belakang tu dalam 5 minit tanya2 kat Supervisor dia...sambil tu aku belek2 produk2 tea tree tu...tapi aku rasa bebudak 2 supervisor ekor tu pun tak berapa sure sebab suara background yang aku dengar diaorg memang tak berapa pasti...pas tu budak trainee datang balik kat aku dan cakap boleh pakai voucher tu...tapi kena beli regime set...macam yang aku story sebelum nie

Dijadikan cite masa nak bayar tu...regime set tu diaorg salah ambik product...time ni aku dah start nak naik angin(masih cover) sebab kalau produk yang diaorg salah ambik lg mahal camne...aku sound laa(memula secara baik) kat 2 supervisor ekor yang cakap salah nie yg diaorg kena make sure laa betul2 info tu...dan sebagai jurujual dia org kena tahu laa...BETUL tak?? Diaorg senyum2 kelat dan kata OK OK!...macam endah tak endah je...

TAPI...................bila diaorg terkulat-kulat kat depan cash register tu aku pun pelik la ...aku pun tanya kenapa? Diaorg cakap kena cari CODE SALE...tak tahan tu yang sorang tu cakap "Rilek laa abang...abang boleh tunggukan? takde pegi mana2 kan lepas ni?" Statement ni buat aku meletup...aku sound balik(time ni memang darah menyirap laaa...) aku cakap macamana diaorg boleh tak tahu sedangkan buku tu Body Shop yang keluarkan..Tadi dah lah salah bagi info kat budak trainee tu pasal regime set produk tu...:)  Time nie 2 supervisor ekor tu dah aware yang aku dah nak naik angin sebab suara aku dah tinggi sikit...

Time tu jugak dia org call supervisor yang ntah kat mane2 ntah pasal code sale tu...Tapi time nie aku memang start membebel je pasal lack of knowledge diaorg...Masa pembayaran budak trainee tu lah yang entertain aku punya purchase...yang 2 supervisor ekor tu terkulat2 kat belakang kaunter sambil minta maaf...Aku saje je buat muka tak puas hati...buat drama...last salah sorang supervisor tu cakap slow2 kat budak trainee tu...bagi abang tu XXXXXX tu satu...kira  nak rasuah arrr....Hehehe!!Aku ambik jelah...free apee!! Terus belah dari Body Shop!! Ape XXXXXX tu? Kat bawah ni haaa!



Harga bebelan = Free sample
Apepun customer is always right..kalau tidak x dpt free sample nie...betul x?
Komen : Penat2 sekolahkan budah 2 supervisor ekor tu dapat satu free sample je...!!

Sunday, May 6, 2012

2 Wordless Sunday!!

Thursday, May 3, 2012

2 Cerita MAS dan AirAsia

Tony, Kamarudin letak jawatan dalam MAS
Oleh Ahmad Farizal HajatSumber Berita : Berita Harian Online http://www.bharian.com.my
2012/05/03

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun, meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS), berkuat kuasa serta-merta berikutan pengumuman rasmi pembatalan pertukaran saham dua syarikat itu oleh Khazanah Nasional Bhd, semalam.

Serentak itu, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAS, Datuk Mohamed Azman Yahya mengumumkan pengundurannya sebagai pengarah bukan eksekutif dalam Lembaga Pengarah AirAsia.
Tony, Kamarudin dan Mohamed Azman, masing-masing dilantik ke jawatan berkenaan berikutan perjanjian pertukaran saham antara pemegang saham utama kedua-dua syarikat penerbangan pada Ogos tahun lalu.
Sementara itu, Khazanah menyatakan susulan pembatalan pertukaran saham itu, ia kini memperoleh semula kepentingannya dalam MAS yang diberikan kepada Tune Air Sdn Bhd sebelum ini, manakala syarikat induk AirAsia itu pula memperoleh semula pemilikan sahamnya dalam syarikat penerbangan tambang murah yang diberikan kepada Khazanah.

Semua pertukaran itu dibuat mengikut nisbah dan harga sama yang diumumkan pada Ogos tahun lalu, iaitu RM1.60 bagi harga sesaham MAS dan RM3.95 sesaham bagi AirAsia. Namun, urus niaga pertukaran itu tidak membabitkan sebarang pertukaran wang tunai.

Mengulas mengenainya, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata berdasarkan penilaian selepas lapan bulan perjanjian pertukaran saham itu dimeterai, pihaknya mendapati ia mencetuskan gangguan terhadap usaha kumpulan pengurusan bagi memulihkan MAS, selain gagal memenangi sokongan pihak berkepentingan untuk meneruskannya.

Bagaimanapun, Azman berkata, Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif (CCF) yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini bukan penyumbang kepada kerugian MAS baru-baru ini kerana ia dimeterai selepas MAS mengumumkan prestasi kewangannya.
“Begitu juga, kerajaan tidak pernah mengawal MAS walaupun mempunyai pegangan 49 peratus saham serta ‘golden share’ dalam MAS,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Khazanah sebagai pemegang saham terbesar dalam MAS akan terus menumpukan usaha menyokong langkah memulih dan meningkatkan kembali prestasi kewangan dan operasi syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau juga berkata, semua pihak, termasuk lembaga pengarah, pengurusan, kakitangan, kesatuan dan pihak berkepentingan lain dalam MAS perlu merapatkan semula barisan, meningkatkan produktiviti dan memulihkan syarikat penerbangan itu.

Kamarudin pula berkata, sejak CCF dilancarkan, ada kemajuan dalam memperkukuh usaha sama antara MAS dan AirAsia.

“Walaupun pertukaran saham dibatalkan, kami di Tune Air akan terus bekerjasama dengan MAS dan melakukan apa yang terdaya sebagai pemegang saham utama AirAsia untuk menyokong usaha ini (pemulihan MAS),” katanya yang juga Pengarah Tune Air.

Dalam pada itu, memandangkan Khazanah memenuhi kriteria di bawah perenggan 21.1 (d) Nota Amalan 9 Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 2010 yang memperlihatkan ia menguasai 69.5 peratus pegangan dalam MAS, ia memohon Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengecualikan daripada obligasi untuk melaksanakan tawaran am mandatori bagi baki saham yang tidak dimilikinya dalam MAS.

Sementara itu, dalam satu pengumuman berasingan kepada Bursa Malaysia, MAS dan AirAsia bersetuju memeterai perjanjian tambahan kepada CCF dimeterai kedua-dua syarikat terbabit. Antara lain, perjanjian tambahan itu menyaksikan MAS, AirAsia dan Airasia X Sdn Bhd menubuhkan sebuah syarikat usaha sama bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan komponen, perkhidmatan sokongan dan pembaikan pesawat.

Komen : MAS sepatutnya kena ada wake up call...Ape yang TOP management MAS buat kat dalam tu? Asyik rugi je tak abis-abis...Harap-harap adalah AirAsia buat promo RM0 fare balik lepas nie...

Tuesday, May 1, 2012

0 Selamat Hari Pekerja a.k.a Labor Day!

Image source : Google!

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang ada kerja...Pada yang menganggur secara sukarela tu ubah2 lah selera pegi cari kerja...yang tak dapat kerja2 lagi tu lebihkan usaha dan jangan sangat memilih kerja!! Walaupun public holiday hari ni...memang sangat malas laa nak buat kerja...tambah2 lagi paginya panas tapi start pukul 3 petang tadi sampai pukul 7 malam hujan mencurah2 turun...Kebanyakkan negara kat dunia celebrate 1 May sebagai hari pekerja tapi Amerika menyambutnya di hari yang berbeza! Disambut pada hari Isnin yang pertama pada bulan September setiap tahun...

In the United States, Labor Day is a federal holiday observed on the first Monday of September.[5] It is customarily viewed as the end of the summer vacation season.[6] Many schools open for the year on the day after Labor Day .[7]   Source : Wikipedia
Komen : Cuba nak jadi pekerja yang produktif!
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates