
FLORIA, Festival Bunga & Taman Putrajaya akan kembali menceriakan Putrajaya selama 9 hari mulai 22 Jun 2013. Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Kini, FLORIA menjadi ikon acara tahunan yang unggul dengan mencatatkan rekod gemilang menerusi kunjungan melebihi 1 juta pengunjung, penyertaan dari 16 peserta antarabangsa dan lebih daripada 100,000 pokok bunga kertas yang telah dipamerkan dalam 82 lot taman pada tahun lepas. Pada tahun ini, bunga orkid yang popular kembali pada Floria 2013 dengan tema Orkid- Khazanah Tropika.
ENGLISH TRANSLATION
FLORIA,...