Tuesday, June 14, 2011

0 Review : KL Gangster Boleh Tahan..Siallll!!!!

Assalamualaikum...
Salam kembali di hari Selasa....semalam ntah macam mana boleh plak aku dgn workmate aku pegi tengok cite Gangster KL nie..sepatutnya aku pegi tgk X-Men : First Class....tapi disebabkan kontroversi Ayahanda...Abang Long laaa.... Pekida punya issue...maka terjebaklah..booking cam biasa....dalam pukul 6:30 ptg je dah ciao dari office...jalan clear...so sebelum masuk panggung tu...workmate aku sibuk cari clothing tuk dianya newborn baby.....
Baby Section...aku snap je...
Tak reti aku masuk baby section nie.

 So sempat le melilau masuk SenQ kat Jusco Tebrau tu.....makan hati je tengok gajet-gajet baru...especially HTC Flyer.....dapat main2 jap HTC Flyer dalam SenQ tu...nak tahu camne HTC Flyer ni sila klik kat sini..

Anyway...jom review cite KL Gangster ni berdasarkan aku punya pandangan....sebelum tu layan sinopsis nie...
Mcm gemuk Aaron Aziz dlm filem nie..
Sinopsis : 
Malek(Aaron Aziz) adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara dan mahu mulakan hidup baru dan tidak mahu terlibat lagi dalam dunia gangster. Masalahnya Jai(Adi Putra), adik Malik masih terlibat lagi dalam dunia gangster.  Taiko2 gangster dalam filem ini dikenali sebagai King(aku tak kenal pelakon nie), Dragon(Corrie AF yang dah masuk Islam tu), dan Shark(Shamsul Yusuf). Malik telah dipujuk oleh King untuk menyertai dunia gangster semula dan oleh kerana keengganannya untuk tidak sertai dunia gangster banyak peristiwa buruk yang menimpanya dan keluarganya...Bagaimana kesudahannya..? Sila pegi tengok kat panggung sana ...cite banyak kat sini pun tak guna siaalllllll!!!
Mantap lakonan dan badan tuu..Aku jealous niee
Review/Ulasan:
1. Storyline atau plot adalah biasa tetapi pengarahan yang bagus dan lakonan yang aku rasa bagus dari semua pelakon...filem ni sentiasa on-going....
2. Lakonan Adi Putra memang mantap dalam filem nie....mcm betul2 pailang je aku tengok...Zizan membantu melawakkan filem yang aku rasa serius nie...
3. Ada unsur-unsur nasihat dan pengajaran dalam cerita nie...balance dengan aksi ganas dan bahasa yang kasar...
4. Tapi aku rasa paling best tentang filem nie ialah penggunaan BAHASAnya...bahasa yang jarang didengar di dalam filem2 Melayu yang lain so far....BAHASAnya kasar.....menggambarkan realiti...sebab aku rasa filem sepatutnya menggambarkan realiti...dan realitinya memang semuanya cakap macam tu....
Cerah masa depan ko Syamsul...Jauhkan kontroversi...tingkatkan prestasi...Diana Danielle tak makan hati ke?

KOMEN : Boleh Tahan Bagus Sialll.....!!!

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates