Monday, July 4, 2011

2 Trip to Desaru through Expressway E22 Senai-Desaru - Part 1

Jom Desaru
Cerita hari Sabtu lepas pasal trip to Desaru dengan Abg Z..Aku ngan Abang Z nak cuba lalu highway baru E22 Senai-Desaru...Bermula seawal jam 9 pagi walaupun janji Melayunya ialah jam 7 pagi.....biasalahkan dan sesuatu yang normal untuk orang Melayu..Hahaha! Cuaca amat panas dan seperti yang dijangka Highway ni considered shortcut to daerah Kota Tinggi....dalam jangka masa 45 minit dah sampai to the other side....kenapa aku cakap the other side? sebab ada jambatan yang merentasi untuk sampai ke Desaru/Bandar Penawar nie.....Layan gambo..
Highway mana boleh 2 lorong je...Sape la engineer ni?
Feeling2 Jambatan Pulau Pinang laa..
Magnificient view!!
Macam jambatan yang kat Putrajaya gak..
Gedabak tul tiang seri dia...
Dah sampai the other side..daerah Kota Tinggi..
Cuaca baik...pemandangan pun sedap mata memandang.
Untuk maklumat lanjut tentang highway baru ni korang boleh melayari website highway nie kat link  - > .http://www.e22.com.my/About-Us.html dan highway ni secara rasminya dibuka pada 10 June 2011 untuk laluan secara percuma sehingga 9 Julai 2011 sebelum tol dikenakan selepas tarikh tersebut...Aku sempat tanya pada juru tol tentang kadar yang akan dikenakan...jurutol cakap belum ditetapkan...agaknya tengah mencongak laa tu banyak kereta lalu tak...tapi masa aku balik petang tu...boleh tahan laa banyak kereta gak..
                                            TO BE CONTINUED>>

Komen :  Memang dekat la sesangat kalau nak pegi Tanjung Balau ke...Desaru ke....Batu Layar ke ...Pengerang ke ...atau Tg Pengelih...Bagus bagus!!!

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

best x? Cpt x sampai ?

luddin said...

cepat gilaas...setengah jam dah leh sampai....kalau dari Pasir Gudang laaa..

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates