Ketika sampai di kaunter bas SJE ada kertas putih terpampang dengan tulisan "DELAY". Hmmm...dahlah start lambat dari rumah...bas delay lagi...pukul berapalah nak sampai seberang tambak ni...gedebak gedebuk dengan Custom lagi...dengan beratur dan bersesak2 lagi dengan orang ramai...lambatlah jawabnya...pemuda tersebut berkata didalam hatinya...
Pemuda : Uncle uncle delay aarrr?? lambat Lagi kaaa??(Tanya pemuda tersebut di kaunter bas)
Uncle : Lambat...lambat(dengan nada pelat)
Sesak sangat ke kat tambak tu? Mungkin hari Sabtu dan baru lepas gaji...samaada orang Singapura masuk ke Johor atau orangJohor masuk ke Singapore...Abaikan je laa...benda yang tak boleh dicontrol dan di luar bidang kuasa...goes with the flow...Tak sempat nak makan apa-apa dari rumah...terfikir tentang ICED COFFEE COMBO DUNKIN DONUTS...ok gak tu...buat alas perut...nanti kat Singapore tak perlu nak makan dengan bayaran yang berdouble-double(macam laa kaya sangat...budget traveller je)...Tak ramai orang dalam Dunkin Donut tu...proses peng'order'an(ada ke frasa nie??)berjalan dengan jayanya...tempat duduk dipilih yang sesuai untuk menyantap...Menyedut ais kopi dari straw...sedap & segar...croissant chicken Mayo di "ngap" dengan perlahan-lahan tanpa memperdulikan manusia-manusia lain disekitarnya...dengan tiba-tiba...
Suara : %^&^Q*&*Q&Q*Qi**8*( Bahasa Cina)
Pemuda : Sorry i don't speak chinese!!
Suara : Sorry Abang eaaa....Saya ingat abang orang Cina...takpelah boleh tanya tak bang? Abang pernah dengar Down Syndrome kaaa??(sambil menunjukkan buku yang dalamnya banyak gambar kanak-kanak Down Syndrom)
Pemuda : Pernah...Kenapa?(Saat ini dapat dirasakan perempuan Cina ni nak meminta derma dan sedikit perasaan yang tak boleh diterima sangat tentang sangkaan gadis tersebut pada mulanya bahawa dia sedang bercakap dengan pemuda Cina)
Suara : Blah Blah Blah Blah !!!(Gadis Cina menerangkan dan memperjelaskan dengan
panjang lebar)
panjang lebar)
Pemuda : Takpelah saya derma RM10 (dengan alasan tak nak memanjangkan cerita)
Pemuda tersebut mengeluarkan duit RM10 dan menyerahkan kepada gadis Cina tersebut...tanpa diduga kad penerimaan telah siap ditulis dan pemuda tersebut hanya
dikehendaki menandatangani kad tersebut....Pemuda tersebut mengambil kad tersebut
dan melihat diruangan nama ditulis dengan nama "Hamba Allah"...setelah selesai pemuda tersebut bergegas keluar ke platform bas untuk meneruskan perjalanan dengan harapan supaya dia tidak ditipu sebentar tadi atau kenapa dia tidak katakan tidak kepada pengutip derma tersebut.

0 comments:
Post a Comment