Monday, April 23, 2012

2 Hari Pertama di Langkawi - Cable Car dan Telaga Tujuh!! Part 1


Tarikh: Sabtu,  24 March 2012 - Selasa 27 March 2012
Location : Langkawi Island

Kali terakhir aku ke Langkawi pada tahun 2007...sekarang dah 2012...congak2 dan tolak darab bahagi lebih kurang 5 tahun dah...so trip kali niedi bawakan oleh Airasia...sape lagikan?? Cuti selama 4 hari(Sabtu Ahad Isnin Selasa) sebab nak menghabiskan cuti tahun 2011 dan adalah tak patut untuk BURN cuti semata-mata tuk company...Hari Sabtu flight dalam pukul 10 pagi dari LCCT Sepang...pukul 11 pagi dah sampai kat Langkawi...
sampai je memang plan nak ke Cable Car...excited tuk naik kali kedua...tak peduli jugak...Hehehe! Sebelum tu...lepas ambik baggage je melilau kat area airport tu cari kereta sewa...ada sorang brother tu approach kitaorg cakap ada kereta baru Viva Elite RM60 je...kitaorg pun mcm tertarik dan closed deal...tapi dan dan lepas tu brother call tu member dia dan cakap kereta Viva tu takde plak...yang ade Wira Aeroback...boleh plak cam tu? Sebab malas nak cerita panjang kitaorg terima je deal tu...brother tu siap bagi diskaun RM10 tuk 3 hari so jadinya total bayaran RM170 instead of RM180...boley la tuu...(ntah ntah brother tu propa je kot...Viva Elite mungkin sebenarnya takde...saje je nak UMPAN kitaorg...ok ok aku kena bersangka baik... :)  )

View dalam kawasan Cable Car
Up up and away...yang menegak nie!!
First station!!
Next to second station..!
Second station!
Skybridge a.k.a Jambatan Gantung
Last trip aku stay kat Nadia's Inn kat area Pantai Cenang(the most happening place at night laa kat Langkawi) kali ni masih kat Pantai Cenang iaitu Rasa Eksotika Home Resort...tempat ni kena jalan sedikit ke dalam dan terletak 500 meter(aku agak2 je) dari jalan besar...masa booking tu aku memang ambik tuk bilik yang 3 orang...
senang sikit...tapi sebelum sampai Langkawi aku dah call management tuk confirm dan dia org kata bilik tu still under renovation...so sebagai replacement pihak resort bagi 2 bilik yang kecik sedikit...so adik aku ngan member dia satu bilik dan aku satu bilik...selepas check in dan everything is under control dan lepas bersiap ape2 yang patut kitaorg decide nak gerak ke Cable Car...tapi kena isi perut dulu dan disebabkan aku ada kupon KFC tuk dibelanjakan maka KFC akan jadi bahan santapan tuk tengahari...ada satu restoran KFC kat Petronas Quay on the way to Cable Car...lagipun adik aku tak pernah bergambar kat area nie(adik aku pernah pegi Langkawi pada tahun yang sama aku pergi )...selepas siap berpose2 gambo kitaorg meneruskan perjalanan ke Cable Car...cuaca TERAMAT panas...masa sampai kat booth tiket orang tak ramai...mungkin sebab tengahari...mungkin diaorg naik petang2 masa matahari nak terbenam A.K.A Sunset...tunjuk MYKAD dapat rega RM15...kalau pendatang atau rakyat asing atau bukan warganegara Malaysia RM30...
That's the First Station
Jalan nak ke Skyridge...mati laaaa!!
Kali kedua naik...FUHHHH...aku rasa kali nie lagi gayat dan ada takut sikit...yg first time dulu takdelah feeling2 mungkin sebab tak tahu ape nak EXPECT kan...tapi kali ni mmg terasalah expecially yang part kabel tu naik menegak 45 darjah dan tambah special effect yang part bila ada angin tu huhuhu...tapi bila dah sampai kat stesyen first dah boleh tarik nafas lega dah...kereta kabel ni ada 2 stesyen dan satu jambatan gantung...untuk sampai ke jambatan gantung kena sampai ke stesen yang kedua dan terpaksa melalui tangga dan tebing2 bukit sebelum sampaike jambatan gantung nie...satyu pemandangan yang cukup indah dan memukau...nak cite lebih2 pun tak guna dan lebih baik tengokdepan mata sendiri...cuaca yang boleh tahan panas walaupun di atas gunung tapi disebabkan kaki sebenarnya yang menapak menyebabkan lenguh2 dibuatnya...lepas siap menjelajah dan puas bergambar kitaorg bersiap sedia tuk turun ke bawah...proses berjalan lancardisebabkan orang tak terlalu ramai...tapi bila dah sampai stesen yang kat bawah tu memang orang ramai...
Itu kat atas tu second station!!
Skybridge ada goyang-goyang maaa!! Takut!

Satu lagi tempat yang dijelajahi pada hari pertama trip selepas Kereta Kabel ialah Telaga Tujuh...BERSAMBUNG!!!!

Komen : M.A.L.A.S...alasan tak boleh belah!!

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

len kali nk ekotttt #nanges

p/s : tp xmo langkawi :P

luddin said...

awat x mo p langkawi? best pe?

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates