Tuesday, April 17, 2012

2 Review : Battleship

Aku fikir jugak sape lah hero nama Taylor Kirsh nie...muka macam ada iras-iras Josh Brolin...masa memula nak booking online macam was-was je...sebab hero tak terkenal takut nanti cerita hampeh...tapi aku gamble je...last sekali baru tahu yang mamat ni berlakon dalam filem John Carter aku cuma tahu Alex mamat vampire dalam HBO's True Blood. Liam Neeson dalam filem Schindler List dan ada terselit si Rihanna  yang penyanyi tu...Filem ni sebenarnya belum dimainkan lagi di pasaran Amerika...pada 18 May 2012 baru filem ni  ditayangkan kat sana...strategi pemasaran kot...mungkin pasaran diluar Amerika dan global lagi untung compare dengan pasaran di dalam Amerika...

Sinopsis Ringkas:
FIlem ini diinspirasikan daripada game Battleship oleh syarikat Hasbro, company yang sama mengeluarkan Transformer...aku taklah berapa sure permainan game ni macam mana...Takpe tu tak penting sangat yang penting ok ke x cite nie.....Filem ni agak lama masa tayangannya selama 2 jam...30 minit yang pertama berkisar tentang plot...agak membosankan tapi boleh dilayan...lepas tu bang bang booom booom bang bang...action terlebih-lebih.Kisah Peperangan antara makhluk asing dengan manusia yang ingin menjadikan bumi sebagai tempat tinggal yang baru...Makhluk asing ini kemudiannya telah turun ke bumi dalam kes ni Pulau Oahu kat Hawaii disebabkan telah dapat mengesan signal yang dihantar oleh saintis dari pulau tersebut.Tempat peperangan atau battleground kali ni adalah di atas permukaan laut...Menarik bagi aku sebab tengok kapal-kapal laut atau armada-armada US yang besar.

FAKTA YANG DIAUTA:
1. Negara kita Malaysia disebut dalam filem ini...make sure korang tumpukan perhatian bila tengok cite nie..2. Action sequence ada iras-iras Transformer dan bagi aku NOT BAD.
3. Kadang2 cite aksi banyak yang tak logiknya...Contohnya : Kat final duel between RMS Missouri dengan Alien punya Battleship...kapal RMS Missouri labuhkan sauh sebab nak brekkan kapal tu supaya posisi kapal tu berubah(faham ke korang dengan ayat aku nie? )supaya diaorg boleh shoot baik kat kapal Alien tu...4. Ade scene masa kapal tenggelam dan Leftenan Hopper(Taylor Kirsh) dan Captain Nagata naik ke atas dek kapal masa kapal tu  menjunam nak tenggelam...macam Titanic plak..
5. Ada adegan dimana mereka memberi penghormatan kepada kelasi-kelasi yang bersara daripada RMS Missouriuntuk berlakon dalam filem


Tu dia Rihanna & Taylor Kirsch

 Image source : Google Image

Komen : Not bad laaa...interesting...boleh tonton!!

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

cite ni bole tengok utk hiburan suka suka jer.. logik tu mmg xde la.. camne plak kapal muzium leh ada peluru hidup.. pastu leh plak ada minyak kaannn.. terus leh gerak.. then mmg ada scene mcm titanic hehe.. apa pon alien nyer kapal lagik power.. senjata dia yak mcm yoyo tu jer dah menakotkan.. berpusing2 dok musnah apa yg ada.. tp tetappp kalah.. x aci!

luddin said...

betul...logik tolak tepi laa...tapi yg penting terhibur laa!!

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates