Lama tak mengupdate nie...dengan
beberapa minggu ni asyik hujan dan mendung silih berganti…mood memang berubah2
laa…kalau ikutkan memang nak terbongkang je kat atas katil tu…tak sure lah sama
ada hormone estrogen tak stabil atau memang mid life crisis *tapi aku
rasa jiwa aku masih muda remaja…:)* …Disebabkan nak hilangkan mood yang tak beberapa best beberapa minggu lepas ni maka masa hari Jumaat lepas balik kerja…dengan ditemani 2 awek sibuklah
membooking cite Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit *tajuk
panjang gila…strategi marketing tu*
Cite2 Mamat Khalid bagi aku amat mengarut…aku
memang tak pernah layan cite2 dia sebelum ni macam Rock, Zombie Kampung Pisang,
Di Kala Malam Bulan Mengambang...etc..tapi exception bagi Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab bagi aku lawak dia fresh...*bagi aku laaaa...orang lain aku tak tahu...rambut sama hitam hati lain2 kan?*
Ulasan Pengkritik Filem Yang Tak Bertauliah:
1. Johan(Abi) takde dalam cite nie…kahwin lari
dengan minah Indon kabarnya..so sangatlahh kurengg lawak kat dalam cite dan aku
rasa mood the whole movie tu macam dah lain…
2. Si Usop pun dah kurang lawaknya…*anak ikan ke
yang dia bawa tu?...bukannya anak ikan tu yang sepatut bawa dia *…kalau dalam
movie yang Hantu Kak Limah Balik Rumah tu si Usop tu memang menonjol…
3. Lawak yang recycle…dah tak fresh…especially yang
mamat cakap “sabo ajellah*…berapa banyak kali daaa….
4. Tapi part yang aku paling ketawa macam nak pecah
perut bila masa Pak Jabit bercakap tentang halusinasi atau pun pemikiran ketika
mencari Husin…
5. Aku suka lagu duet Ezlyn dan Awie tuk Lamunan Terhenti...not bad laa..dengan serak2 basah suara Ezlyn..*lagu asal Aris Ariwatan!*
Komen : Boleh layan tapi lawak tak sama macam yang sebelum
nie..
2 comments:
dok tahan sampai bulan 3 baru nak nengok wayang #nanges
awatnya shin ? pantang ka??
Post a Comment