Monday, February 18, 2013

3 Hari Pertama di Pulau Pinang : Queensbay Mall dan Hard Rock Cafe!!



Biasanya time travel bermula dengan hari Sabtu Ahad Isnin Selasa…4 hari je paling lama boleh pegi…lebih2 cuti kang nanti ade je yang mencari…call bagai tanya kat mana*ciss...tak boleh tengok orang senang*…Dalam pukul 5:30 pagi dah bangun…siap2 tuk ke airport…first time travel alone…itulah kadang2 kita rasa semuanya dah sempurna tapi ada jugak yang boleh tertinggal…nanti ape aku cite yang tertinggal…dalam pukul 7:20 pagi*flight departs dlm pukul 8:20 pagi* dah check in kat kaunter dan takde hassle sangat sebab takde baggage tuk di check-in…semuanya dibackpack saja*bag Adidas berwarna coklat yang nak berusia dekat 5 tahun dah*…tak breakfast pun sebab mmg tak byk kedai makan yg tak bukak lagi kat Senai Airport tu dan masa pun singkat…dan yang paling penting aku tak nak ada rasa nak membuang air besar kat dalam flight….hehe! 

Ada 2 tempat yang aku nak pergi/jajahi/takluki  waktu Penang trip kali nie..

          - Queensbay Mall kat Bayan Lepas
          - Bukit Bendera atau Penang Hill
  
Tu dia…2 tempat je…korang mampu??






Sampai kat airport Bayan Lepas dalam pukul  9:15 pagi…so far takde halangan yang betul2 mencabar…semuanya goes smooth as it’s plan…plan on the first day memang nak ke Queensbay Mall(QBM) ni sebab masih kat area Bayan Lepas dan backpack aku pun masih belum penuh lagi dengan barang...so kalau nak mengangkut dan berjalan masih mampu lagi…tanya kat information kaunter kat bahagian bawah airport pasal nombor bas RAPID PENANG ke QBM…nombor 401E atau 306…tapi walaupun ade tulis senarai tempat kat bas tu tapi better tanya kat bius driver for confirmation…dan make sure korang ade exact change…baki wang tidak akan dipulangkan…SERIOUSLY TAKE NOTE!*jangan memandai2 nak bargain…silap haribulan bus driver akan suruh korang turun dari bus*

Boleh dapat more info kat RAPID website :  http://www.rapidpg.com.my







Harga tiket RM2*yeahh…murah*tak jauh pun QBM dari airport Bayan Lepas nie …dalam pukul 11 pagi dah tercongok sampai kat QBM…besor shopping mall nie…round2 kat dalam tu…banyak kedai tak bukak lg..standard shop yang ada kat dlm tu…ade Jusco AEON dalam tu..cuma ada 3 tingkat je kat dalam tu…shop2 daripada yang high branded(Lacoste, Quicksilver, Roxy) hingga ke low price(whatever the brand name)…ok settle sudah dapat pegi Mall paling besar kat Penang…mission accomplished!!

Dalam pukul 1 petang aku dah gerak ke Komtar dengan menaiki no bas yang sama sebab tu je bas yang aku nampak lalu kat area QBM ni*rega tiket ke Komtar RM2 dan dari Komtar ke Batu Feringghi RM3.40...bajet gila*…ade bas yang direct ke Batu Feringghi tapi aku tak nak tunggu takut lambat sebab aku expected to check in pukul 1 petang kat Padua Inn, Batu Feringghi*lokasi Padua Inn ni depan Parkroyal Penang dan bersebelahan Pejabat Pos Batu Feringghi*



Sampai kat Batu Feringghi dalam pukul 2:30 petang..hmm…check in kat Padua Inn*rate RM70 semalam*…last minute booking punya pasal*aku punya first choice nak stay kat Ali Guest House tapi takde bilik available* …lepas bersalin bagai …siap nak ke Hard Rock Café sebab nak membeli kiriman orang dan aku punya very first own Penang shot glass..*yeeahhhaaa*…yang part ni memang aku berjalan2 macam Mat Saleh2 semua tu…peluh yang merembes tu jangan citelah…tambah panas lagi kat area Batu Feringghi tu…Melepak jap di Pantai Batu Feringghi sorang2 dan sebelum Maghrib lagi aku dah balik melepak dalam bilik…sebab penat satu hari belum hilang lagi…tengok pasar malam dari balkoni bilik aku je..!! 




Komen : Jangan expect ada gambo  makanan macam Char Kuey Tiow ke…cendol ke…pasembor ke dalam entri nie…ini bukan trip jalan-jalan cari makan!!

3 comments:

Aziela said...

Nice entry for backpackers. Thank you.

luddin said...

Aziela...terima kasih kembali!!

i'm shin... i'm inesen said...

teringat.. 1st time teringin sangat naek kapal terbang.. Penang la jadi mangsa... sorang2 jer.. murah masa tu.. RM18 pegi balik.. tp sedih.. xde sedara marah or kengkawan kat sana.. so x puas.. sampai sana nanges2 nak balik huhu

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates