Wednesday, October 26, 2011

0 Hari Kedua di Kuching : Kampung Budaya, Kek Lapis Dayang Salhah, Astana, Parlimen, Fort Maghuerita, Muzium Kuching, dan Muzium Sarawak


Hari Kedua : Ahad, 25 September 2011

Kampung Budaya atau Cultural Village
Aktiviti bermula pukul 830 pagi..Menunggu kat lobi Tune Hotel...tapi sebelum tu menapak kat area Waterfront sebab nak cari breakfast...last2 hampeh...sebab pagi Ahad kan...memang takde kedai yang dah bukak awal pagi...last minum2 je kat cafe yang ada kat lobi Tune Hotel tu...buat alas perut...dalam pukul 845 pagi...kita org punya tour guide terpacak kat lobi...Rizal..kacukan Melayu-Cina berasal dari Miri...kuda tunggangan kita hari itu...bernama Cik Viva...aku suruh Abg Z duduk depan beramah mesra dengan Rizal...aku malas nak tunjuk skill komunikasi aku...:)!!

Gunung Santubong
Maskot : Hornbill atau Burung Kenyalang
Pantai Damai Laut

First, Kampung Budaya atau Cultural Village - banyak orang kata kalau pegi Kuching WAJIB singgah sini.....aku tambah lagi memang HARUS dan aku setuju ya amattt..satu penempatan yang berasaskan etnik2 di Sarawak...ada 7 kumpulan etnik....layan gambar kalau nak tahu nama-nama etnik nie...tapi kawasan ni besar dan luas...stamina kena mantap...dan kaki kena kuat oooooo....kang tak pasal sengal2....bawak air sekali...boleh tahan panas jugak sebab dah dekat dengan laut dah area ni dan di bawah kaki gunung..sempat pegi area pantai dikenal dengan nama Damai Laut.....waktu ni dah tanda2 mendung nak hujan gak...tapi pemandangan perjalanan ke Kampung Budaya memang menarik..terutama pemandangan Gunung Santubong...highlight atau acara kemuncak kat Kampung Budaya ni adalah pertunjukkan kebudayaan dan tarian2 etnik nie...memang menghiburkan especially by kaum Penan..











Lunch & Kek Lapis Dayang Salhah
Brader Rizal bawak pegi lunch kat area Petrajaya nie....satu kedai jual nasi campur...redah je..lapo gilaaa..aku cuba makan umai...macam mana aku nak cakap eaa..umai ni mcm acar pun ada...urap pun boleh gak...aku cuba umai obor-obor...sedap ko...masam2 manis...macam penambah rasa kat makanan yang ko makan...korang kena cuba...tak kira la apa dia campur dalam umai tu...kecuali BABI atau yang benda yang haram2 laaaa....

Lepas makan tour guide pegi Kek Lapis Dayang Salhah yang popular dekat2 area Petrajaya...rambang mata ko tengok kek lapis...boleh test rasa lagi kek lapis....korang kena WAJIB beli KEK LAPIS DRAGON CHEESE...fantastic...BON APPETITE!!!

Astana, Bangunan Parlimen, dan Fort Maghuerita
Ambik gambo je kat depan Astana nie dengan bangunan Parlimen....lepas tu pegi Fort Maghuerita...Peninggalan kubu jajahan British...ada tempat penyiksaan...ada penjara...ada kubur bini Captain Rajah Brooke atau James Brooke..tak sure mana satu... waktu tu...nama bini dia Annie...tapi jangan lama2 kat sini tau...berpenunggu tau....kata Rizal kitaorang punya tour guide...malam2 ada bunyi orang meraung kat kubu ni...sebab ada satu area dalam kubu nie...tempat simpan tengkorak...orang2 yang kena siksa..aku nampak area yang ada tengkorak di gantung dari jauh je...tak yah memandai2 nak datang dekat....LARIKKK!!!!







Muzium Kuching & Muzium Sarawak
Muzium Kuching ni terletak kat atas bukit paling tinggi kat kawasan Kuching…aku tak tahu bukit apa…tapi aku rasa dia buat paling tinggi sebab nama Bandar Kuching itu sendiri...istimewa...tu yang buat paling tinggi tu...




Dalam Muzium Negeri Sarawak…gambar tak dibenarkan…so aku takde gambo nak disharekan…tapi interesting sebenarnya pegi Muzium nie…banyak benda boleh tengok dan dipelajari…


Komen : Aku still tercari-cari kat mana ekkk tugu Kuching yang orang selalu bergambo tu....

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates