Friday, August 12, 2011

2 Tokey Kedai Tayar Kata Apa?

Salam Ramadan di Hari Ke 12:
Bagusnya balik awal di bulan Ramadan nie...manfaatkan sepenuhnya.....memula tu aku fikir jugak 2 - 3 kali....perlu tukar tayar ke?(Boleh fikir lagi nak tukar tayar tu...padahal memang wajib tukar tayar pun). Kang tak pasal2 jadi lagi...so lepas balik keje tadi...gigih aku pegi kedai kereta kat area taman aku nie...tengok2 kedai tu...tak ramai orang...Alhamdulillah...kalu penuh memang confirm aku tak pegi punya...aku parking kat depan kedai...turun tanya tokey berapa harga satu tayar....aku tengok tokey bukak kitab tayar...hehehe!!(aku tengok dia belek2 kitab2 tu...tengok gambo tayar...agaknya nak cari tayar dengan padankan tayar mana untuk kereta aku...lagi aku haru dan aku syak wasangka dia saja2 buat cam tu sambil fikir nak tipu aku...hehehe!!)
Belek punya belek dia cakap satu tayar reganya  RM150 hengget..(mahal kan? tapi disebabkan aku ada duit jatuh dari langit dan lagipun tayar tu memang nak kena tukar...maka ok jelah...lagipun time tu tak ramai orang..nak dekat raya kang makin ramai pulak orang nak servis kereta..)..So aku decide aku tukar dua-dua tayar depan...dengan alignment dengan balancing sekali...sementara nak siap tu aku pegi bazar ramadan kat area tu...dah dekat lagipun sambil menapak...memang dah tahu nak beli apa...dah beli pe2 yang patut balik semula kat kedai tu...duduk lepak2 kat sebelah tokey...sambil berbual2 mesra ngan tokey manalah tau dapat diskaun di bulan Ramadan nie kan...walaupun tokey tu kafir...manalah tauuu..!
Tengah berbual2 tu tetiba tokey tu bagi statement:
"Guaaa nampak arrr orang Melayu bulan puasa arrr...lagi banyak belanjaa...lagi banyak pakai duit...lu itu tengok arrr beli2 kat tangan banyak...kiri kanan penuh arrrr..petang2 mesti beli arrr....nampak macam tiap2 hari keluar duit je..."

Aku pun terhangguk2 je laaa....sambil tu dalam hati kata....hmmm..MUNGKIN ada betulnya...

Komen : Kena buat post mortem lepas puasa nie..

2 comments:

abdullah karim said...

kedai tayar maner nie bos...harga murah..tayar jenis aper??

Ridz Ayeop said...

Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates