Tuesday, August 9, 2011

0 Penyabo Ke??


Salam Ramadan Hari Yang Ke 9:
Aku dapat gambo ni dalam e-mail ...katanya gambo di Amerika...disiplin kan ? sama macam rakyat Malaysia ke..tak samakan? sanggup beratur panjang tu ...kalau lah rakyat Malaysia...confirm yang kat depan tu dah 10 kereta berhimpit2 nak melintas masuk ...lepas tu yang belakang2 tu cross je atau drive lalu jalan yang ada rumput kat tengah2 tu....
Macam pernah orang kata " Kita ada kemudahan infrastruktur kelas pertama tapi mentaliti rakyat kita adalah kelas ketiga!!" Tengok jelah kalau trafic jam...potong queue lahhh...horn horn laaa....semuanya kerana salah satunya tiada sifat penyabar.

Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar.
Apa yang jelas, kesabaran biasanya diuji apabila seseorang itu ditimpa kesusahan seperti nahas, sakit, kematian, atau harta kesayangan hilang atau rosak.
Allah berfirman yang bermaksud: ."Sesungguhnya Kami akan menguji kamu sekalian dengan satu cubaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan tanam-tanaman. Berikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar iaitu ketika mereka ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.' Mereka orang yang mendapat kurnia , kehormatan dan rahmat Tuhan dan merekalah orang yang mendapat hidayah." (Surah al-Baqarah, ayat 155 hingga 157)
Komen : Sifat sabar itu mencerminkan tahap keimanan manusia.

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates