Saturday, August 11, 2012

0 Warna Warni Duit Raya!!


Salah satu acara di musim raya ni adalah pemberian duit raya...satu budaya yang aku rasa ditiru daripada budaya lain lalu diadaptasi sehingga menjadi satu tradisi bangsa Melayu bila nak sambut raya...Asalkan tak menyusahkan atau bertentangan dengan agama tak kisahla kan..!!Aku adalah tukar wang kertas baru ni tapi taklah sampai beratur kat bank2 tu nak tukar sebab kat department aku dah ada orang yang baik hati untuk berurusan di bank(walhal ade kroni kat dalam tu...hehe!!)...Aku cuma tukar tuk wang kertas RM1, RM5, dan RM10...takdenya nak bagi RM20 kat budak2..!! Sedekah dan amal jariah yang termampu je..!!
Bahagian belakang wang kertas!!

Tahun nie mungkin ada kelainan sebab Bank Negara Malaysia(BNM) ada keluarkan duit kertas baru...sila layan gambo2 kalau nak tahu macam mana rupa wang kertas baru tu...Tapi pada pendapat aku, wang kertas baru ni memang colourful sampai ada member kata macam duit game MONOPOLY je...pendapat masing2 kan...Dan sudah semestinya kalau ada duit raya mesti ada sampulnya...Dulu macam senang nak dapat sampul raya daripada bank2 nie...tapi sekarang bank2 ni kalau bagi pun satu dua bungkus je sampul raya nie...kedekut!!
Yang ni dapat masa beli barang!!
Penyu belimbing kot gambo tu!!
Kalau masuk seringgit pun bukan orang tau... :)

Komen : Ramadan akan pergi...:(

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates