Sunday, March 31, 2013

0 Wordless Sunday!!


Saturday, March 30, 2013

0 Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 2013, Edisi Ke 5 - Part 1


Assalamualaim dan Salam Sabtu…
Banyak aktiviti berlaku kat seluruh Negara sempena cuti sekolah nie…LIMA 2013, Jom Heboh kat Angsana JB, Hot Air Balloon Fiesta 2013  kat Putrajaya dan jalan-jalan cuti sekolah…masa ni lah peluang mak bapak bawak anak2 pegi cuti2 Malaysia…aku pun cuti2 Malaysia ke Putrajaya sebab nak tengok Hot Air Balloon Fiesta Edisi ke 5…walaupun fiesta ni berlangsung selama 4 hari dari 28-31 March 2013 (Khamis – Ahad) aku hanya pegi setengah hari je pada hari Jumaat dan sebelum solat Jumaat…

Dari jambatan Putra
Dah nak sampai di Monumen Alaf Baru, Precint 2
Masuk angin
Sebab belon hanya naik2 di waktu pagi dan petang...dalam pukul 7 pagi belon2 dah naik…pukul 9 jangan harap la korang nak nampak belon yang banyak tu…so kalau orang yang memang keje kat Putrajaya akan nampak belon2 ni semua…memandangkan aku ada pengalaman pergi ke Fiesta Edisi ke 4 sebelum nie makanya strategi telah diatur iaitu dengan datang lebih awal…dalam pukul 8 pagi dah ada kat Monumen Alaf Baru/Millenium Monument kat Precint 2…kali ni aku nampak pengunjung kaum Cina lebih ramai di awal pagi… Untuk Fiesta Belon Edisi ke 4 2012 sila klik kat PART 1 dan PART 2... 
Queue Up!
Up up and away!
Colorful
Masuk angin!
Ready to go
Luv this one...
Mengejar belon Tune Talk 
Macam2 belon ada…Smurf pun ada…monyet pun ada…yang tak tahu nama pun ada…tapi rasanya banyak belon2 baru…belon kek tak de kali nie…dalam pukul 9 pagi belon2 ni semua dah takde…yang ada cuma belon berbayar termasuklah Felix The Cat…ada 5 buah belon berbayar di 2 tapak(3 belon di satu tapak dan selebihnya di tapak yang lain…tapi taklah jauh sangat  tuk menapak.)…kira boleh keluar jugak peluh jantan kat badan tu…kira macam jogging di waktu pagi...ada 3 tapak yang kena explore termasuk lah yang berbayar tu...tapi the main tapak memang besar dan luas..dan ada emcee yang keep visitors up to date tentang perjalanan acara...tetapi bukan aktiviti melihat belon sahaja ada kat sini...macam2 lagi ada especially untuk budak2 sebab musim cuti sekolah kan...so tunggu next entry arrr...alahh 1 entri je lagi...
Also luv this one..Smurf

P/S: Kali ni macam banyak belon character yang best2..



0 Update : Felix the Cat at Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Edisi Ke-5, 2013


Wednesday, March 27, 2013

0 Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Edisi Ke-5, 2013


Butiran Acara:

Nama : Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Edisi Ke-5, 2013

Tempat : Monument Millenium, Precint 2 , Putrajaya, Malaysia

Tarikh : 28 March-31 March 2013

Tiket : Masuk Adalah Percuma

Masa : 7 pagi – 9 malam

P/S :30 dan 31 March kat JB ada JOM HEBOH plak….mana satu nak pergi ni?

Saturday, March 23, 2013

2 Singapore Trip Di Bulan March 2013



First trip di bulan March 2013 selepas aku skip bulan Februari…more on sight seeing…windows shopping…ye ke? serta walking exercise…dan actually terbeli barang gak setelah aku membuat kiraan yang rega barang tu memang murah compare dengan yang kat Malaysia…aku akan story part tu later… pegi awal pun memang lambat sampai sebab cuti sekolah dan imigresen pun penuh dengan manusia..destinasi pun hanya Orchard Road saje sebab paling happening…gambo pun aku snap sikit je…jadilah..at least dapat release tension …tengok benda2 baru yang ada kat Orchard...itu pun tak abis...dalam pukul 2 petang kat Orchard sampailah pukul 4:30 petang...memang tak perlu lelama kat Orchard nie...sebab ongkosnya tak banyak...:)

Langit pun dah mendung semacam je..
Belon Sloggi for women
Masuk Uniqlo, H & M, Zara, dan FOSSIL...kat JB memang takdelah semua shop2 ni walaupun nak windows shopping je bukan nak beli pun..*nanges...eerrkk...lupa plak FOSSIL ade kat JPO* ...Masa petang nak balik tu hujan plak dan boleh tahan basah kuyupnya dari Bugis MRT nak ke Queen Street Station Bus...redah punya pasal dan nak sampai JB awal...Ok ape2 nanti aku cite barang yang aku beli tu...berbaloi atau tidak dari segi rega...
Ok tak warna purple??



P/S : Cuaca memang sukar tuk diduga lately nie...!!


Thursday, March 21, 2013

0 Taman Depan PICC - Putrajaya International Convention Centre



Sepatutnya ke Langkah Ceria yang diadakan pada hari Ahad minggu ketiga setiap bulan di Putrajaya…dalam kes aku ni di bulan Mac 2013…tapi ntah macam mana digantikan dengan One Million Purple Walk…khas tuk orang pompuan je…sempena menghargai kaum wanita dalam sumbangan mereka terhadap negara Malaysia…disebabkan ada sifat malu maka tak jadilah nak join walaupun aku rasa takde ape2 pun kalau lelaki join…lagi pun bukan ape…tidur di pagi Ahad tu lebih sedap dan sempat tengok kat depan TV je…So plannya pun bertukarlah…dari Langkah Ceria yang tak menjadi dengan melangkah anak2 ayam kat taman depan PICC – Putrajaya International Convention Centre…aku pun tak tahu apa nama taman nie…tapi tengok ramai orang beriadah di waktu petang…dari berjogging atau sambil berjalan…ada empangan jugak …warghhh…kagum!!!...Masa terlalu  singkat untuk menerokai taman nie..Ade masa aku explore lagi…Till then…layan je gambo2 yang tak berapa professional nie...…











P/S : Taman ni ada nama ke??

Wednesday, March 20, 2013

0 Najwa Latif - Sahabat


Assalamualaikum…

Kali ni sesi berkaraoke atau lagu yang menjadi pilihan halwa telinga aku  sekarang ni dari Najwa Latif yang bertajuk Sahabat…lagu nya simple tapi maksudnya mendalam...kat dunia ni takde orang yang nak hidup sorang2...especially saat2 susah kita nak ada orang yang dapat membantu...kalau bukan dari segi sokongan materialistik bagi aku sokongan moral sahaja dah mencukupi...dan sahabat itu bagi aku memberi pengertian yang luas...bagi aku bukan sahaja bermaksud teman2...tapi ibu bapa...guru...dan rakan 2 di alam maya pun  boleh menjadi sahabat...betul tak??


Lirik Lagu Sahabat – Najwa Latif ft. Syamkamarul, Sleeq
[Najwa Latif]
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situSetia menunggu kuKau lah yang satuMenjadi sahabatku
[Syamkamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

[Sleeq] RAP
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku

P/S: Bercinta biar satu...berkawan biar seribuuuuuuuu!!

Monday, March 18, 2013

0 Makan-Makan Lagi di Laman Perdana, Putrajaya



Assalamualaikum…

Knock..knock…heloooooooooooooooo…everyone out there?...Warghhh lama jugak tuan punya blog kedaung tak mengupdate walaupun boleh dikatakan tiap2 hari bukak blogspot nie…mood nak menghupdate je ke laut…standard la tu…hormon tak stabil…hehe…Untuk permulaan just nak update bab makan2 je…entry yang berat2 memang dijauhkan…ok kali ni nak cite bab makan2 di Laman Perdana Putrajaya…untuk bab kali pertama ataupun korang nak tengok macam mana bentuk rupa Laman Perdana ni sila klik di SINI….

Kurangkan minuman berais katanya...

Sebelum bermulanya 1 Mac 2013...Laman Perdana ni hanya dibuka pada waktu petang dan malam tetapi sekarang waktu breakfast seawal jam 7 pagi dan lunch pun dah dibukak untuk sesapa nak makan...kalau nak tahu menu apa yang ada di Laman Perdanan ni waktu pagi dan tengahari...tengok2lah gambo first kat atas tu...so kalau dulu tuan punya blog meratah sate...tapi kali nie tuan punya blog nak mencari ayam penyet...tapi disebabkan tuan punya blog pegi timing yang salah...*tuan punya blog pegi waktu petang dimana ayam penyet cuma ada di waktu tengahari...voleyyy??*

Jom layan  gambo ape tuan punya blog melahap menyantap dengan sopannya…Menu kali seperti biasa...sate mesti ada dalam pembelian...cuma kali char kuey teow digantikan dengan mee goreng...mee goreng tu cuma ada 2 je udang tapi dia punya rasa memang sedap...dan harga pun mampu bayar...

Sate 15 cucuk (campur daging dan ayam…tak lupa nasi himpit satu bungkus)....   Rega RM12.50
 Mee Goreng Udang      Rega RM4.00 Sepinggan
Teh O dan The Tarik       Rega RM2.80

Mee Goreng Udang...mana udangnya,,,dah ngapp..
Jeruk cili penambah rasa
Sate favorite...cuma kali ni macam terbakar plak..aku maafkan...
Kuah kacang 3 mangkuk




P/S: Mulakan dengan Bismillah....akhiri dengan Alhamdulillah!

Sunday, March 17, 2013

0 Wordless Sunday!!


Monday, March 11, 2013

3 Review : Oz The Great and Powerful



Oz The Great and Powerful

Memula tu aku ingatkan ia merupakan lanjutan dari filem “The Wizard of Oz” yang diterbitkan pada tahun 1939*pergh…lebih kurang 74 tahun yg lalu*…aku tak pernah tengok cite tu…Cuma yang aku ingat tentang filem Wizard of Oz ni ialah tagline yang popular “You’re not In Kansas anymore!”...lebih kurang bunyinya macam tu laa* dan lagu “Over The Rainbow”…Filem ni takde kaitan ataupun sequel dari filem tersebut…diadaptasi loosely dari cerita2 Oz karya Frank L. Baum…sila rujuk Wikipedia untuk maklumat selebihnya…klik link kat bawah nie


Sinopsis yang tak berapa sangat

Merupakan genre filem fantasi…Kisah tentang ahli silap mata penipu si Oscar Diggs yang suka mempermainkan wanita dan menganggap dirinya lebih baik dari orang lain…Hinggalah pada satu hari ribut tornado*ade ke istilah ni* melanda tempat sarkis dimana dia mengadakan persembahan…dan dalam pada waktu yang sama dia cuba melarikan diri dengan menaiki belon udara dari dikejar oleh ahli sarkis lain  yang menuduhnya mencuri…Ketika diudara belon nya disedut oleh tornado dan ketika memikirkan dirinya diambang kematian dia berjanji kepada Tuhan dia akan menjadi seoarang yang lebih baik dan nak dijadikan cerita doanya dimakbulkan Tuhan dan dia dibawa ke Great Land of Oz…

Di OZ seluruh penduduk telah menunggu kedatangan seorang Ahli Sihir yang hebat berdasarkan satu ramalan untuk menewaskan Ahli Sihir yang jahat…dan si Oscar Diggs ni telah di salahanggap sebagai ahli sihir yang hebat tu…so bagaimanakah si penipu ni nak meyakinkan penduduk bahawa dia ahli sihir yang hebat tu…kerana ganjaran untuk menewaskan ahli sihir yang jahat tu ialah menjadi raja dan habuan emas permata…lupa nak bgtau ada 3 ahli sihir wanita…yang bernama Evanora dan Theodora(adik beradik) serta Glinda…tapi part pasal 3 orang ahli sihir wanita ni aku tak nak cite lebih lanjut sebab kang tak pasal2 spoiler…



Komen2 oleh Pengkritik Tak Bertauliah

1. Visual memang stunning laaaa except ade few yang nampak macam kartun yeaa...part yang dalam bubble/buih tu...tapi tu je laaa yang aku nampak kartun...overall ok...
2. Permulaan movie dalam warna hitam putih dan screen dalam aspect ratio segiempat sama...lepas tu jadi color dan widescreen...so make sure korang jangan komplen kat tokey panggung...nanti malu wooooo!!....
3. Cite omputih biasanya ade mesej yang nak disampaikan...memang berbeza laa nak compare dengan cite Melayu...
4. Lupa plak nak habaq...soundtrack album ni ada lagu terbaru dari Mariah Carey..."Almost Home" tajuknya...

Komen : Boleh tonton dan lebih baik dari cite Alamak Toyol...!

Sunday, March 10, 2013

0 Wordless Sunday!!


Saturday, March 9, 2013

0 Aktiviti di Aeon Jusco Permas Jaya

Assalamualaikum,
Hari ni boleh dikatakan hari Aeon Jusco Permas Jaya…dari lah sibuk menukar/merenew kad Jusco yang nak hampir expired serta mengutip voucher Jusco yang dikirimkan melalui SMS*Thank you AEON*…rega kad keahlian Jusco adalah Rm12 setahun…tapi memandangkan banyak shopping mall Jusco kat area JB ni*ada 4 tau…Permas Jaya, Tebrau City, Bukit Indah, dan Skudai* makanya aku dengan gigihnya merenew selama 3 tahun sebab dapat free setahun…so kena bayar RM24 je…ok laa tu berbaloi sebab banyak barang jugak aku beli kat Jusco especially sushi…nak makan kat Sushi King macam mahal la pulak kan…so beli yang murah je…barang lain ade gak...tapi aku rasa barang grocery yang paling banyak..

RM24 tuk 3 tahun!
Voucher bernilai RM40..kalau beli seluar dalam pun baru dapat 3 helai je..hehe!

Aku dapat jugak free voucher bernilai RM40 …ini bukan voucher yang redeem point tu tapi memang Aeon bagi free RM40 kata officer kat situ laaa…*maybe loyalty kot…org dah bagi ambik je la kan*..ok lepas semua siap bagai kad baru pun dah dapat…maka agenda utama diteruskan…main purpose aku ke Jusco ni sebab nak cari buah…lately badan lesu semacam je… tak sure kurang vitamin  ke…faktor umur ke…tapi dapatlah beli Apple, Oren, dan Plum…hopefully kalau makan buah2an ni dapat tambah mana2 vitamin yang kurang…Insya-Allah…kalau ikut kira-kira dah 3 bulan tak makan buah2an…lagipun food pyramid memang galakkan makan buah2an nie… 

Gambar apple ni sepatutnya melintang...bukan menegak...lantaklah!

Plum ni masam..nasib baik beli 4 biji je..

Merembes aku tengok buah oren nie..

Piramid Makanan...Kena banyak makan buah gak!!

P/S aka Komen : Rega buah-buahan mahal laaa...Kerajaan takde bagi subsidi ke?

Monday, March 4, 2013

2 Hari Terakhir di Pulau Pinang : Kat Airport Laaa!!





Hari Terakhir di Pulau Pinang...

*Yahooo...abis gak entry Penang nie...*

Malam terakhir takdenya nak ke night market lagi atau nak merayau2 sekitar Batu Feringghi…aku decide nak melepak je kat dalam hostel…packing memana yang patut sambil plan nak hantar poskad keesokkan harinya…pejabat pos sebelah hostel je kan...Pagi last day tu memang excited laa...bangun awal ..bersiap apa yang patut dan terus ke pejabat pos Batu Feringghi…poskad aku beli kat kedai runcit kat bawah hostel sebab aku dah survey dan nampak masa beli air minuman kat kedai runcit tu…selepas siap semua segala urusan beli stamp dan mengepos aku decide nak makan breakfast sebab  masa lambat lagi tuk check out…Disebabkan aku makan hati dengan pakcik dan nasi lemaknya yang tak berapa sedap dan tak berpatutan tu aku decide tuk ke area pantai Batu Feringghi…mana tau ade kedai makan dah bukak kat area pantai…Yang ada cuma satu je dah bukak..Ali Guest House yg punya…tengok menu mahal tapi lantaklah…last day kan kan…spend whatever duit yg ada tapi takdelah sampai overbudget...menu Western takde yang local...lantaklahhh...last day kan..:)

Pejabat Pos Batu Feringghi..
Uncle Bule(Mat Saleh) pun guna Pos Malaysia..
Last view of beach before going back to JB..
Feeling Mat Saleh..
Selepas check out dari hostel dalam pukul 11:40 pagi...terus menapak ke perhentian bas depan Park Royal…no bas Rapid Penang yang direct ke Penang Airport ialah bas no 103…dalam sejam tunggu gak..so aku straight ke airport sebab tak larat nak menjelajah Penang lagi especially area Georgetown dengan backpack yang sarat dengan barang *kang tak pasal2 pengsan takde sape nak tolong*…sampai je kat airport dalam pukul 3 petang dan memang mati kutu laa sebab flight lambat lagi...Flight aku pukul 9:45 malam selepas diubah dari pukul 10:45 malam…nasib baik diubah so taklah terlalu lewat aku sampai ke JB...so sementara nak abiskan masa dengan melantak di McDonald dan McCafe ...dalam pukul 7 malam dah check in baggage...dan tunggu sampai flight boarding announcement...Selamat Tinggal Penang 2013...Insya-Allah jumpa lagi...!!

Starbuck Pandu Lalu @ Drive Thru...First time nampak..
Check In
McCafe...first time gak..sedap kek tu..tapi kopi tu terlalu power..
First time gak tahu ade tempat tuk charge elektronik device kat Penang Airport nie...convenient laaa!
Dipanggil "Internet Lounge"

Komen : Bila laa nak pegi lagi nie...!



 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates