Showing posts with label 2012 - Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label 2012 - Putrajaya. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

0 Magic of the Night - Floria 2012



Assalamualaikum...

Aku tengok entri2 yang lepas takde plak rasa entri pasal Floria pada tahun 2012...tak salah aku temanya Bougainvilla iaitu bunga kertas...macam mana plak boleh takde entri 2012 ni pun aku tak sure...sama ada terlupa ataupun memang terlupa...boleyyy?? Hahaha! Takpe Sabtu yang lepas aku dah selamat menjelajahi acara tahunan di Putrajaya iaitu Floria 2013 dengan temanya kali berkaitan dengan bunga Orkid _ Khazanah Tropika katanya....so sesapa yang belum berkesempatan tuk pergi dipersilakan...lagipun aku rasa jerebu dah berkurangan setakat ni di Putrajaya....







Masa aku pergi Sabtu lepas di waktu petang lebih kurang pukul 4...cuaca pun tak berjerebu sangat....STOP! STOP! apasal aku cite pasal Floria 2013 nie...itu aku kena buat entri lain pasal Floria  2013 nie...haha!...ini entri khas yang tertunggak pasal Perarakan Bot Berhias ketika Floria 2012...tahun lepas punya cerita...untuk Floria 2013 pun ada Perarakan Bot Berhias ni pada waktu malam!!...Untuk Floria 2013 aku tak berkesempatan untuk menyaksikan Magic of The Night disebabkan ada game bola JDT lawan LIONS XII kat Astro 801... :)...Informasi tentang Floria 2013 korang boleh check kat bawah nie...



P/S : Selamat BerFLORIA 2013...sehingga Ahad ni 30/6/2013

Thursday, December 27, 2012

0 Hari Kedua di Putrajaya dan Terakhir : Pokok Krismas dan Taman Botani



Date : Ahad, 2 December 2012...Sambungan dari entri sebelumnya
Waktu : Selepas pukul 3 petang...

Selepas makan nasi minyak kat majlis kahwin agenda seterusnya ke Alamanda sebab nak snap Krismas tree kat Alamanda tapi takdelah lama kat sini...kang tak pasal2 duit terbang lagi kat makanan yang sedap2...Selepas point dan shoot snap beberapa gambo pokok Krismas dan Bamboo Walk kat dalam Alamanda...aku dan adik aku terus gerak ke Taman Botani...memula memang Taman Botani ni tak termasuk dalam plan tapi disebabkan on the way nak ke Laman Perdana akan jumpa Taman Botani ni dulu maka singgah lah jap..
Pokok Krismas yang blink blink!!
Alamanda Centre, Putrajaya
Bamboo Walk, Alamanda!
 
Jom tengok ape yang ada dalam dalam taman nie...ade kelompok bangunan yang dibina yang bercirikan konsep bangunan Morocco kalau tak salah aku diberi nama Laman Morocco dan terdapat jugak satu-satunya restaurant diberi nama Putrajaya Seafood...aku assume restaurant ini bertaraf eksklusif dan reganya pun boleh tahan mahal kot laaa...Taman ni boleh tahan luas dan besar tapi disebabkan taman ni hanya satu persinggahan je sebelum ke Laman Perdana makanya sekejap saja aku dan adik aku kat sini...konsep taman yang menarik..ada trek pejalan kaki , basikal, dan motorsikal*sebab masa aku jalan kat trek ada motor lalu...kereta tinggal kat parking je...jangan malas nak berjalan* Parking space kat taman ni unik...menggunakan batu kerikil*sila rujuk gambo untuk pemahaman visual yang lebih*

Laman Morroco
Seni Khat
Why Morrocco concept? Me don't know..!
Aku rasa pokok kurma kot atau palma yang tak berbuah!

Morrocco Architecture
Morrocco Garden!

Putrajaya Seafood from far far away!!

Putrajaya Seafood

Ada jeti..cuma tak nampak bot je
 
Parking space...kat atas batu kerikil tu bukan yang kotak2 tu!
 
Selepas berpeluh2 disebabkan lemak-lemak yang sedang terbakar disebabkan berjalan2 dan mengambil gambo kat taman nie maka penambahan atau penggantian lemak pun akan berlaku lagi...jadi kenalah mendapatkan lemak-lemak tersebut balik...so next pit stop kenalah makan di Laman Perdana...makan ape? makan SATE...last destination in the trip...Sila rujuk entri Sate Laman Perdana K8 di SINI !!!


Komen : Tamat sudah entri Putrajaya 2012...jumpa lagi di tahun 2013...Insya-Allah!!

Wednesday, December 19, 2012

2 Sate Laman Perdana Gerai K8, Putrajaya


Lokasi : Laman Perdana Putrajaya
Menu : Sate Ayam dan Sate Daging Lembu
Kuantiti : 20 cucuk(10 Ayam dan 10 Daging)
Rega Secucuk : RM0.70 secucuk

 
Ok yang ni pada pendapat aku lah di antara tempat yang menarik kat Putrajaya nie...konsep makan-makan dalam taman atau laman kot*depends pada korang nak pilih ape*...terletak bersebelahan Seri Perdana dimana terletaknya Jabatan Perdana Menteri...Laman yang bercirikan senibina bukan Malaysia especially air pancut atau water fountain yang terdapat kat taman nie...
 
Konsep yang menarik sebab ada few stalls/gerai yang menjual makanan2...ada stall yang menjual beraneka mee...stall menjual makanan Barat...stall menjual nasi ayam sajok...stall menjual minuman...dan aku cuma makan Sate...terpulang pada selera masing2 nak makan ape...yang penting ade duit...betul tak?
Gerai K8...Promo percuma je nie..
 
Beso2 kan...mampu ke?

3 mangkuk kuah kacang..

Nampak memang tempting kan ko nak ngap je...
 
Ini tempat terakhir aku pergi pada trip kali nie dan pertama kali aku ke Laman Perdana nie...adik aku suggest kena cuba makan sate sebab dia kata sedap...disebabkan baru je membuang lemak2 kat Taman Botani...maka kenalah ganti balik kan...Layan je gambo sebab kadang2 gambo boleh membawa seribu makna dan pengertian *ceh ceh ceh...drama* Selepas makan ..aku agree dengan adik aku...sate ni memang sedap...kuah dia memang rasa kacang bukan rasa kari atau perasa yang lain2...
Opps...air jgn lupa ...air jgn manis2 nanti korang muak...aku laa...org lain x tahu!!
 
Langsai..pulun habis...

Senibina mana dia orang ciplak..

Gerai K5 jual nasi ayam

Cantikkan??
 
 
Komen : Nak pegi dan makan lagi dan cuba makanan lain....Kalau korang pegi Putrajaya jangan lupa singgah sini...
 
 

Wednesday, December 12, 2012

0 Hari Kedua di Putrajaya : Taman Saujana Hijau Presint 11 dan Majlis Kahwin



Tarikh : Sabtu, 2 December 2012
Waktu : Taklah pagi sangat…dalam pukul 9 gittew


Hari ini kelihatan  cuaca baik boleh tahan panas…Plan hari kedua kat Putrajaya ni tuk melawat satu taman yang diberi nama Taman Saujana Hijau kat Presint 11 sebab  semalamnya cancel dek hujan2…adik aku kata pemandangannye menarik…Nak tahu menarik ke tak kenalah  tengok dengan mata sendiri kan…bak kata pepatah/idiom Mat Saleh tu…”seeing is believing”
Takde pintu masuk..

Banyak pokok pine kat sini...macam iklan Salem dedulu...
 
Terletak di lereng dan atas bukit…nak masuk ke Taman ni memang x de signboard yang besar daripada jalan besar yang membolehkan mata memandang…silap haribulan memang terlepas punya ataupun korang kena pusing2 kat area Precint 11 nak mencari taman nie...Taman ni tersangatlah luas dan aku tak dapat explore sampai ke penghujung taman disebabkan cuaca panas yang semakin membakar*penggunaan ayat sastera di sini*...Jom lelayan gambo ape yang ada kat taman nie...
Gazebo tuk berteduh..

DAUN pokok pine yang tak macam daun

Bahagian lereng bukit
 
Saujana mata memandang..

Taman buatan manusia

Terbaik
 
Tuan tanah nak enter frame
 
Kat taman ni tak lama...memandangkan pukul 1:30 petang nak ke majlis perkahwinan teman sekerja adik aku kat salah satu dewan kat Putrajaya gak...makan lagik tapi dalam portion yang sikit sebab perut dah tak boleh tampung lagi... :( Snap gambo pengantin memana yang patut, salam kaut dengan bapak pengantin dan lepas tu blah....
Dewan Perbadanan Putrajaya

Sedap dan nyummy!!

Walaupun tak kenal..nak ucap Selamat Pengantin Baru jugak!

Plan lepas selesai je majlis makan kat tempat orang kahwin ialah  ke Alamanda sebab nak snap gambo pokok Krismas dan pas tu ke Laman Perdana tuk makan SATE*part ni nanti aku buat full entri berikutnya*  Lupa plak Taman Botani...semuanya nanti eaa..


Komen : Sambungan di entri akan datang... :)

Tuesday, December 11, 2012

0 Hari Pertama di Putrajaya : Ayam Penyet Alamanda Putrajaya dan Harimau Malaya Ke Separuh Akhir!



Tarikh : Sabtu, 1 Disember 2012

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas…sebab malam sebelumya aku kena stay back kat office sampai pukul 4 pagi…lepas tu je straight drive balik BP…dari JB ke BP lebey kurang 2 jam..tapi challenge/cabaran yang paling besar bila kena drive dalam masa yang sepatutnya time tdo…mampu x mampu kena teruskan …kalau tak makanya tak sampai la Putrajaya…2 kali macam melalu REM(Rapid Eye Movement) Cuma tak terbabas je…Tak nak ambik risiko dengan tido dulu kat mana R& R sebab takut terbabas gak…Lagipun memang aku kena sampai rumah secepat mungkin sebab bas ke Putrajaya kul 9 pagi…

Isi memana ikut nafsu...:)

Nak dipendekkan cite semua cabaran dapat diharungi….bas lewat sikit…masuk dalam bas je dalam pukul 930 pagi terus tido dalam bas…mata aku dah tak larat...sampai Putrajaya pun dah lambat dalam pukul 2 30 petang ditambahkan lagi kat Tol Sg Besi jalan jam and jalan ke Bukit Jalil jam sebab Harimau Malaya nak main bola lwn Indonesia Piala AFF Suzuki malam tu…

Bulat semacam je kan muka tu...

Teh Botol Sosro gak yg best...air yang color tu kureng laa!!

Main menu yang biasa saja..sambal belacan pun kurengg!!
Perut pun dah lapar...first sekali AGENDA dalam kepala otak ialah mengisi perut…straight ke Alamanda…pusing2 melilau kat dalam tu cuba cari benda yang boleh dimakan atau yang patut dimakan…pusing2 kat atas tu jumpa pulak Ayam Penyet Restaurant…ajak adik aku cuba sebab dia tak pernah rasa katanya….total semua dalam RM35 tak lebih dan tak kurang…Oklah not bad for the price but very BAD for the taste of sambal belacan…setakat ni takde yang boleh lawan sambal belacan Warung Top 10*personal favourite aku…will blog about it later k kot*

Seri Perdana

Kekonon gaya profesional!

Masjid Putra(Gigih ambik walaupun hujan dan lighting hampeh)
Lepas makan melilau kat dalam Putrajaya sekejap…nampak deco Christmas tapi tertinggal kamera kat kereta plak…decide plan to revisit esoknya tuk ambik gambo…singgah Big Apple untuk tambah menu makan malam*kelas ko makan donut tuk dinner* Masa balik hujan plak so plan ke Laman Perdana terpaksa kena cancel…tapi sempat berenti depan Masjid Putra dalam hujan renyai2 nak ambik gambo punya pasal…tak lama kat sini dan kitaorang decide ke Domino’s tuk take away Pizza tuk santapan makan malam*Warghh...ade donut dan pizza untuk dinner...feeling2 Western la sangat* So acara malam tu memang tak ke mana2 selain tengok bola kat depan TV1 dan dengan keputusan Harimau Malaya mengalahkan Indonesia 2-0…tak sia2 menghadap TV malam tu…dengan harapan keesokkan harinya cuaca lebih baik dan lebih cerah..


Komen : Makan dan terus makan...jangan pengsan sudah!!!
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates