Showing posts with label Movie TV Video. Show all posts
Showing posts with label Movie TV Video. Show all posts

Friday, June 27, 2014

5 Review : Transformer 4: Age Of Extinction



Assalamualaikum…


First aku nak cite pasal IMAX 3 D…satu teknologi perfileman  dan ini adalah kali pertama aku menonton IMAX movie di Malaysia…aku mungkin pernah tengok movie kat IMAX Disney World Orlando...cuma aku tak boleh recall macam mana experience tengok IMAX ni kat sana… so after recommendations dari few friends aku pun gigih melayan Transformer 4 ni dalam IMAX 3D…glasses untuk IMAX 3D memang berbeza dengan 3D punya glasses…glasses lebih beso dan aku rasa memang berbaloi tengok dalam IMAX 3D…gambo lebih jelas tak macam 3D punya gambo yang ade line2 kat gambo…pening aku kalau tengok 3 D… harga 28 ringgit…errkk tapi sebab nak experience punya pasal…bayo je laaa..


Overall komen aku tentang Transformer 4 : Age of Extinction..

        - Movie ni terlalu lama bagi aku..unnecessary scene bagi aku terlalu banyak dalam filem ni…especially di awal permulaan filem…kalau korang tengok filem-filem Michael Bay mesti korang dah boleh agak jalan cite dia mcm mana…too predictable...Armageddon, Pearl Harbor, Transformer movie....ade background song masa nak bertempur adalah tak boleh blah…huhu..

-          - Terlalu lama sampai aku pun tertidur kat few scene …ade adegan yg byk bercakap…ditambah lagi waktu pagi memang sleeping time….dan focus mmg terganggu..
-             - Finally action best…disebabkan tengok dalam IMAX 3D aku rasa movie ni memang berbaloi...bayar mahal sikit pun takpe tapi pengalaman baru tengok IMAX movie memang best..

P/S : The movie is predictable and long tapi first experience tengok dalam IMAX 3D make it worth watching...Highly recommended watching it in IMAX 3D...




Thursday, June 26, 2014

2 Preview : Transformer 4 : Age of Extinction


Mentang-mentang hari ini cuti umum bagi negeri Johor...mentang-mentang nak puasa Ramadhan...kalau dah puasa takkan nak pegi panggung wayang kan...mesti missTarawih kalau tengok malam...mentang-mentang first time nak tengok dalam panggung IMAX 3D...EXCITED ni...pukul 12:10 pagi esok plak tu...huhuhu...rabaklah mata kerja hari Jumaat tu...

Jemaah berapa ramai? Sila tengok gambo kat bawah...sapalah yang bawak anak-anak tengok show pagi ni...jangan tidur sudah budak-budak tu...



P/S: Review?? Tunggu lepas aku tengok dan semoga aku tak tertidur hendaknya...!

Thursday, October 31, 2013

1 Thor : The Dark World ------> Set and Ready!


Thursday, October 10, 2013

3 Review : Gravity

   

Assalamualaikum…

#Entri kedua di bulan October….betapa produktifnya*ayat menyindir sebenarnya* Slow2 laaa…momentum tgh nak pick up ni!

#Kali ni nak review komen sikit untuk filem “Gravity” lakonan Sandra Bullock dan George Clooney…filem no 1 di Amerika minggu lepas....dan yang sure KL Gangster 2 adalah filem No 1 di Malaysia buat masa ni...hehe!

#Aku tak tengok lagi KL Gangster 2 ni walaupun dah dicetak rompak dan walaupun yang first filem aku dah tengok….belum lagi kot…tunggu DVD je laaa*yang cetak rompak ke?? Errrkk!!* Walaupun Shamsul Yusof dan Sharifah Amani berperang mulut di twitter…ade ape2 ke tu? Saje cari pasal kot!...Nama dua-dua “S”….meraban plak…*aku nak komen KL Gangster 2 atau Gravity ni?*

                                                         The main star of the movie!

#Plot filem ni memang simple…Kisah survival seorang medical doctor then become astronaut, Dr. Ryan Stone(lakonan Sandra Bullock) di angkasa lepas setelah misi untuk memperbaiki Hubble Space Telescope bersama angkasawan-angkasawan lain ditimpa malapetaka dan bencana*sama makna ke?*…Simple kan plot dia? Sape tak faham angkat tangan!
Walaupun dibahagian awal cerita ada George Clooney tapi tak lama pun dia survive dalam cite ni…kaput!!! Kan dah terbagi spoiler!!!


#Aku tak nak cite2 lebih sebab kang takut spoiler…aku highly recommended filem ni …kisah kat angkasa lepas...jarang2 filem cite pasal outer space....realistik...rave reviews dari pengkritik filem Amerika.…stunning cinematography dan visual effects…memandangkan harga tiket IMAX yang mahal kat Malaysia….maka aku tengok yang 2D je…lagipun IMAX Tebrau City limited show…tak boleh nak follow time…tapi orang kata experience tonton last sekali lakonan hebat Sandra Bullock…deserves for acting nomination for Oscar.

Source of images taken from the net...Harap maklum!

P/S : Rugi kalau tak tonton kat screen besar!! Aku ingat Star Trek 2 Into Darkness on the top...tapi kali ni aku bagi Gravity!




Wednesday, July 10, 2013

0 Review : Hari Ramadan Yang Pertama dan Despicable Me 2



Assalamualaikum....

Kembali bersiaran setelah menge"POST" Wordless Sunday!! selama dua minggu berturut2 ...itu petandanya tuan punya blog memang ada masalah duniawi atau masalah yang sewaktu dengannya...Nak share pun bukannya masalah korang dan nampaknya tuan punya blog kena bertabahlah menyelesaikan masalah2 yang berbangkit tu...


Lupakan bab peribadi tu untuk sementara sebab hari ini adalah hari pertama di bulan Ramadan 1434 Hijriah...kalau kat Johor memang public holiday first Ramadan nie...jadi tuan punya blog plan untuk melayan movie Despicable Me 2 daripada membuat tahi mata sepanjang hari berpuasa ni kan....Walaupun cuti am dan puasa boleh tahan gak ramai umat manusia di JuscoTebrau...sesak nafas dibuatnya...tapi takpe disebabkan filem ni dah beat Lone Ranger lakonan Johnny Depp dari segi kutipan tiket...maka gigihlah menontonnya walaupun di bulan puasa...harap2 satu ibadah kot compare dengan tidur....*errrkkkk...boley?*


Sinopsis Yang Tak berapa Nak Sinopsis

Aku assume korang dah pernah tengok filem animasi Despicable Me yang first...kalau korang tak pernah tengok lagi sila dapatkan di kedai DVD yang berkaitan atau kedai2 cetak rompak yang sewaktu dengannya atau download dengan menggunakan torrent...Misi kali Gru telah ditawarkan oleh Anti Villain League-AVL(Liga Anti Penjahat...begitulah kaedah direct translation yang asal boleh) untuk mencari penjahat yang telah mencuri satu serum yang merbahaya kalau disalah guna...kali ini Gru bekerjasama dengan seorang agent dari AVL...iaitu agent Lucy...so saksikan bagaimana kedua2 mereka ini melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan kehilangan serum dan akhirnya dapat menangkap penjahat tersebut...*ayat memang tak boleh blah abaikan je*


Pendapat aku la ni eaa....filem ni memang menghiburkan...OVERALL memang best....lebih best dari filem Johnny Depp yang dia Lone Ranger tu...walaupun kartun jangan underestimate dia punya cerita atau storyline...kalau nak fikir bab logik memang la tak logik kartun keluaran Universal Studio nie...tapi the main storyline dan karakter2 tu yang membuatkan aku rasa filem ni best...karakter MINIONs tu memang menghiburkan dan memang tergelak2 dibuatnya...tak rugi tuk ibu bapa yang ada anak2 untuk menonton filem nie...alang kan yang tua2 macam aku pun terhibur...ini lagi kanak2 kan!! *ke aku masih budak2 lagi? errrkk*

Minions...fun and loving characters!

All images are taken from the NET!

P/S : HARUS TONTON ...MENGHIBURKAN!



Tuesday, May 28, 2013

0 Review : Fast and Furious 6



Uaarrghh…dah sampai episode/sequel yang ke 6 movie francais yang memaparkan aksi kereta2 yang dipandu laju nie.,.dari zaman first hingga ke six…tahun bila laa first movie nie start?..macam dah lebih 10 tahun dah….*nanges*…make sure korang tunggu sampai  credit sebab kat situ ade adegan yang akan korang fikirkan ade sequel for Fast & Furious 7…


Sinopsis:
Federal Agent Hobbs(The Rock) telah ditugaskan untuk menangkap penjenayah antarabangsa bernama Shaw(pelakon ni aku tak pernah nampak..so aku tak tahu sapa nama dia)…so dia telah meminta kerjasama dari Vin Diesel dan konco2nya(Paul Walker,Ludacris, Tyrese, dan etc..) untuk menangkap si Shaw nie…untuk menambah perisa dalam cite nie…Letty Ortiz(Michelle Rodriguez) dikhabarkan telah bekerja untuk si Shaw nie…siapa Letty nie? Kalau ikutkan dalam previous Fast & Furious 3, 4,atau 5(aku tak sure yang mana satu)…si Letty ni dah mati…Vin Diesel plak curious sebab si Letty nie duluawek dia…Haaaaa…itulah main story dia…*bahasa rojak…harap maklum*

Semuanya kerana minah nie...Lenny Ortiz(Michelle Rodriguez)

Few issues yang menganggu:

1. Babak terakhir di lapangan terbang ni menganggu kelogikan akal minda ku…aku rasa dengan kelajuan kereta yang dipandu ketika babak terakhir….landasan lapangan terbang tentera tu mungkin paling panjang di dunia..(scene terakhir tu dalam 20 minit ada…so kalau dia orang bawak kereta tu full speed 120 km/j..
2
B    2.  Bagi aku terlalu banyak character/pelakon dalam movie nie…perkembangan watak macam tak menonjol sangat especially Mia(bini Paul Walker dalam cerita nie)

P    3. Paul Walker dalam cerita ni tak banyak scene dia…ikutkan lead utama memang Vin Diesel laa…
OVERALL CONCLUSION : Boleh tonton…action mantap walaupun kapal terbang meletup tu macam different screen…  bagi aku so far on the top list still Star Trek : Into Darkness… Untuk review Star Trek klik kat SINI!


Adegan yang tak dapat dilihat di panggung kat Malaysia

Pengetahuan Am : Paul Walker pernah jadi duta minyak wangi Davidoff's Cool Water

All images are taken from the net.

P/S : Looking forward for Man Of Steel dan Monster!!

Sunday, May 26, 2013

2 Review : Star Trek Into Darkness



Assalamualaikum...

Memandangkan dah nak masuk bulan 6 dan semestinya di US akan menghampiri musim panas(summer) maka akan banyak cerita2 blockbuster yang semestinya memaparkan filem aksi...yang terbaru Star Trek : Into Darkness...Gigih aku membooking/membuying through internet walaupun tengah hot dengan Fast & Furious 6...actually Star Trek ni dah main dulu kat wayang compare ngan Fast & Furious 6 walaupun sebenarnya aku dah tengok Fast & Furious 6  dulu...selang sehari je...takpe yang review Fast & Furious 6 tu nanti...



Consider sequel ke dua dari reboot Star Trek pertama pada tahun 2009....aku advised korang download atau mintak sape2 yang ada file movie tahun 2009...masih mengekalkan kebanyakkan pelakon yang sama...aku tak sure sama ada generation Y sekarang nie pernah tengok drama Star Trek nie kat TV*matilaaa generation A*...tapi aku bukan peminat setia yang drama tu sebab macam tak futuristik sangat ...tapi pernah lah jugak tertengok satu dua tiga episod...zaman lama standard laa teknologi tak berkembang lagi...takde visual effect yang canggih manggih...!


Genre sains fiksyen dan futuristik...plot cerita memang menarik...tak payah cite2 lebih sebab aku tak nak spoil the curiousity dan mood korang...Seriously so far bagi aku the best action movie tuk tahun 2013...bagi aku ingredients secukup rasa...Visual effects memang clear dan vivid...Iron Man 3 boleh letak nombor 2...haha!

Source images are taken from the net!

P/S : Highly recommended dan gambo adegan pompuan berbikini kat atas ni dah kena potong!

Monday, March 11, 2013

3 Review : Oz The Great and Powerful



Oz The Great and Powerful

Memula tu aku ingatkan ia merupakan lanjutan dari filem “The Wizard of Oz” yang diterbitkan pada tahun 1939*pergh…lebih kurang 74 tahun yg lalu*…aku tak pernah tengok cite tu…Cuma yang aku ingat tentang filem Wizard of Oz ni ialah tagline yang popular “You’re not In Kansas anymore!”...lebih kurang bunyinya macam tu laa* dan lagu “Over The Rainbow”…Filem ni takde kaitan ataupun sequel dari filem tersebut…diadaptasi loosely dari cerita2 Oz karya Frank L. Baum…sila rujuk Wikipedia untuk maklumat selebihnya…klik link kat bawah nie


Sinopsis yang tak berapa sangat

Merupakan genre filem fantasi…Kisah tentang ahli silap mata penipu si Oscar Diggs yang suka mempermainkan wanita dan menganggap dirinya lebih baik dari orang lain…Hinggalah pada satu hari ribut tornado*ade ke istilah ni* melanda tempat sarkis dimana dia mengadakan persembahan…dan dalam pada waktu yang sama dia cuba melarikan diri dengan menaiki belon udara dari dikejar oleh ahli sarkis lain  yang menuduhnya mencuri…Ketika diudara belon nya disedut oleh tornado dan ketika memikirkan dirinya diambang kematian dia berjanji kepada Tuhan dia akan menjadi seoarang yang lebih baik dan nak dijadikan cerita doanya dimakbulkan Tuhan dan dia dibawa ke Great Land of Oz…

Di OZ seluruh penduduk telah menunggu kedatangan seorang Ahli Sihir yang hebat berdasarkan satu ramalan untuk menewaskan Ahli Sihir yang jahat…dan si Oscar Diggs ni telah di salahanggap sebagai ahli sihir yang hebat tu…so bagaimanakah si penipu ni nak meyakinkan penduduk bahawa dia ahli sihir yang hebat tu…kerana ganjaran untuk menewaskan ahli sihir yang jahat tu ialah menjadi raja dan habuan emas permata…lupa nak bgtau ada 3 ahli sihir wanita…yang bernama Evanora dan Theodora(adik beradik) serta Glinda…tapi part pasal 3 orang ahli sihir wanita ni aku tak nak cite lebih lanjut sebab kang tak pasal2 spoiler…



Komen2 oleh Pengkritik Tak Bertauliah

1. Visual memang stunning laaaa except ade few yang nampak macam kartun yeaa...part yang dalam bubble/buih tu...tapi tu je laaa yang aku nampak kartun...overall ok...
2. Permulaan movie dalam warna hitam putih dan screen dalam aspect ratio segiempat sama...lepas tu jadi color dan widescreen...so make sure korang jangan komplen kat tokey panggung...nanti malu wooooo!!....
3. Cite omputih biasanya ade mesej yang nak disampaikan...memang berbeza laa nak compare dengan cite Melayu...
4. Lupa plak nak habaq...soundtrack album ni ada lagu terbaru dari Mariah Carey..."Almost Home" tajuknya...

Komen : Boleh tonton dan lebih baik dari cite Alamak Toyol...!

Saturday, February 16, 2013

2 Review : Hantu Kak Limah 2 Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit



Lama tak mengupdate nie...dengan beberapa minggu ni asyik hujan dan mendung silih berganti…mood memang berubah2 laa…kalau ikutkan memang nak terbongkang je kat atas katil tu…tak sure lah sama ada  hormone estrogen  tak stabil atau memang mid life crisis *tapi aku rasa jiwa aku masih muda remaja…:)* …Disebabkan nak hilangkan mood yang tak beberapa best beberapa minggu lepas ni maka masa hari Jumaat lepas balik kerja…dengan ditemani 2 awek sibuklah membooking cite Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit *tajuk panjang gila…strategi marketing tu*

Cite2 Mamat Khalid bagi aku amat mengarut…aku memang tak pernah layan cite2 dia sebelum ni macam Rock, Zombie Kampung Pisang, Di Kala Malam Bulan Mengambang...etc..tapi exception bagi Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab bagi aku lawak dia fresh...*bagi aku laaaa...orang lain aku tak tahu...rambut sama hitam hati lain2 kan?*


Ulasan Pengkritik Filem Yang Tak Bertauliah:

1. Johan(Abi) takde dalam cite nie…kahwin lari dengan minah Indon kabarnya..so sangatlahh kurengg lawak kat dalam cite dan aku rasa mood the whole movie tu macam dah lain…

2. Si Usop pun dah kurang lawaknya…*anak ikan ke yang dia bawa tu?...bukannya anak ikan tu yang sepatut bawa dia *…kalau dalam movie yang Hantu Kak Limah Balik Rumah tu si Usop tu memang menonjol…

3. Lawak yang recycle…dah tak fresh…especially yang mamat cakap “sabo ajellah*…berapa banyak kali daaa….

4. Tapi part yang aku paling ketawa macam nak pecah perut bila masa Pak Jabit bercakap tentang halusinasi atau pun pemikiran ketika mencari Husin…

5. Aku suka lagu duet Ezlyn dan Awie tuk Lamunan Terhenti...not bad laa..dengan serak2 basah suara Ezlyn..*lagu asal Aris Ariwatan!*


Komen : Boleh layan tapi lawak tak sama macam yang sebelum nie..

Monday, December 10, 2012

0 Review : Life of Pi




Assalamualaikum,
 
Bertemu kembali dalam segmen Jom Jalan-Jalan Tengok Wayang yang ditaja oleh poket sendiri…Berbelah bagi nak tengok sama ada kat wayang atau selepas download kat torrent tapi lambat lah tunggu yang good quality...Fikir punya fikir dengan mendalam *drama*  aku pun redha dan pasrah kasik tangan aku  menaip dan mem booking online kat TGV website (http://www.tgv.com.my) ..
 
Source : Image taken from the net...Thank you!!

 Plot dan Isi:
Permulaan scene je dah muzik mendayu2…aku macam dah agak filem ni mesti sarat dengan emosi…jangan menangis sudahh!!..Huhu…Berdasarkan novel dari Yann Martel dengan tajuk yang sama. Berdasarkan pengembaraan kehidupan seorang kanak2 bernama Pi. Kemuncak cite ni bila Pi terpaksa  berkongsi bot penyelamat dengan seekor harimau Bengal di lautan Pasifik selepas kapal kargo yang dinaiki dalam perjalanan dari India ke Kanada bersama ibu bapa dan abangnya  karam di Lautan Pasifik. Haru tak haru dibuatnya. Aku taknaklah panjang lebar cite satu persatu...No spolier here!!
 
Additional info:Pelakon utama budak yang bernama Pi lakonan Suraj Sharma tidak ada pengalaman berlakon langsung.

Conclusion dan Pendapat Aku Tentang Filem Ini:
1.       Ade part yang miss here and there(in term of logik laa)…tapi kalau banyak komen atau nak kesempurnaan korang  buat je lah filem sendiri…
2 .       but overall the movie is worth watching and deserves to be applauded especially on the visual effect – 3D*tetiba speaking London mcm Siskel and Ebert plak*
3.       The Time Magazine*korang tau tak pasal majalah nie? …x pernah dengo?? K...bai* put this movie on listing no 3 for the Best Movie for 2012…
4.       Ending/Klimaks Movie yang memerlukan pemahaman sama ada sebenarnya binatang-binatang yang diceritakan oleh Pi itu wujud atau sebaliknya.
5.        Banyak pertanyaan bermain difikiran bila filem ni dah habis....

Komen : Two Thumbs Up…dan tengok dengan jiwa dan hati yang terbuka..!! Aku tengok 2 D je…3D punya version should be better aku rasa especially part the ocean scene and Richard Parker itself.

Tuesday, November 27, 2012

0 Review : Twilight Breaking Dawn Part 2(Final Chapter)



Alkisah teruja nak mengentrikan review movie nie...Aku tak pernah layan siri Twilight ni...daripada buku cerita a.k.a novel dari Stephenie Meyers ataupun movie2 Twilight sebelum nie *kalau tak salah aku ada empat filem sebelum nie...kalau bab2 vampire Mat Saleh nie aku layan True Blood je sebab ada bukak2...bukak ape tu? oopps!*..
 Aku cuba bayangkan kalau pengarah filem Mesia cuma buat macam ni punya cerita*lupa plak Pontianak Harum Sundal Malam* ...nanti keluar la statement tahyul laa....tak bagus la untuk  minda especially orang Melayu...aku tengok bangsa lain ada jugak percaya benda2 hantu ni...aku tengok maju jugak...so tang mana yang silap tu? Aku rasa cuma mau dengan tak mau je... *Alamak dah larik tajuk laaa*

Ade feeling2 ke?
 
Memula tu memang aku takde niat nak tengok cite nie...sebab aku tak layan movie yang sebelum nie and aku rasa movie ni jiwang2...romantik2...alahai tak kuasa aku nak feeling2...Ntah macam mana masa cuti keputeraan Sultan Johor yang lepas (22 November 2012) terjebak lah aku sebab diajak oleh 2 orang gadis jelita iaitu Mak Nab dan Mak Num... 
Perlu ke nak cite pasal plot? Aku rasa banyak follower Twilight  yg dah tau plot cite nie...final chapter ...Romantik dan jiwang2 adalah wajib...jadi plot utama dalam cite nie...selain anak vampire yang baru lahir dan disaahertikan kelahirannya sebagai anak vampire yang immortal(kekal hidup)...
Fight scene aku rasa yang terbaik towards the ending of the movie...memang AWESOME...tak payah la aku spoil pe benda alahnya...Boleh pergi panggung dan keluar dari panggung tanpa perasaan menyesal... !

PIC SOURCE : Internet and Google!!


Komen: Risiko yang AMAT berbaloi tengok cite nie...!
 

Monday, October 22, 2012

0 Review : "Ngorat" Lah Sangat!!





Lately ni asyik terjebak nak tgk cite Melayu kat panggung...dedulu memang pantang aku nak keluar duit tuk tengok filem Melayu...tapi sekarang boleh tahan jugak pegi tonton filem Melayu...bukan sebab nak tengok sangat...nak kata anjakan paradigma tak jugak laaa  tapi TERJEBAK(besar maksud nie...hehe..takpe biarlah rahsia)....Baru2 nie aku ada tonton filem Ngorat lakonan Iedil Putra, Erra Fazira, dan Aaron Aziz..

Memula aku punya impression tentang pelakon:
1. Sape laa mamat Iedil Putra(maklumlaa aku bukan penggemar Melayu...jadi
aku tak aware sape lah mamat ni nak jadi hero cite Melayu mendahului Erra Fazira
ngan Aaron Aziz(dua2 tu bukan pelakon utama....gila babas puya cantas))
2. Erra Fazira still jadi heroin lagi ke?? Memang maintain cantik tapi impresi
aku dia tak layak bawak watak kekasih kat mamat muda tu...
3. Line Clear Motion - produksi company Prof Razak...so boleh nampak ada adegan
enter frame(cameo) kat dalam tu daripada kaum kerabat Prof...hehe!!

Impression tentang plot cerita secara ringkas:
Tips dari Arjuna Kasih untuk si mangkuk hayun tuk memikat/mengorat aweks...

Hmm...tentang nak cerita lebih lanjut ke??

Komen : Tunggu je lah kat TV raya tahun depan....Insya-Allah ada..hehehe!!

Tuesday, May 15, 2012

0 Pemenang Survivor One World Season 24 - Kim Spradlin



Akhirnya aku dah boleh rilek sikit...among realiti TV yang aku follow dah berakhir dan aku amat berpuas hati dengan result dia...kadang2 ada favorite contestant yang bagus tapi x jadi juara...tapi kali ni minah ni memang main bagus...player with strategy dan Survivor One World juga mencatat sejarah dalam program tersebut kerana Top Final 5 semuanya perempuan...Minah nie pun ada blog eaa...jgn main2...tapi aku rasa adik dia yang tulis...


Header blog
The Winner of Survivor of One World : Kim Spradlin

http://www.kimspradlin.blogspot.com/

LOS ANGELES (AP) — "Survivor: One World" should have probably just been called "Survivor: Kim's World."
Kim Spradlin not only won the CBS reality competition's $1 million grand prize Sunday, the crafty 29-year-old bridal shop owner from San Antonio, Texas, also brought the alliance that she helped form at the game's outset to the final tribal council all while engineering the dismissal of each member of the show's nine-person jury of former players.
"I strategized until I was blue in the face," said Spradlin.
The jury ultimately voted for Spradlin over her allies, 33-year-old high school teacher Sabrina Thompson of New York and 26-year-old medical saleswoman Chelsea Meissner of Charleston, S.C. Spradlin, Meissner and Thompson worked together from the first day of the game, which originally featured two tribes divided by sex living on the same beach in Samoa.
"We were a mess at the beginning, and then we just pulled it together," said Thompson, who nabbed two jury votes to Spradlin's seven. Spradlin also received the most viewer votes, winning an additional $100,000 fan-favorite prize.
Spradlin secured her place among the final three contestants on the 24th edition of "Survivor" by winning four individual immunity challenges, including the final two physical competitions, which ousted 29-year-old career consultant Christina Cha of Los Angeles and 25-year-old special education teacher Alicia Rosa of Chicago from the 39-day contest.
At the end of the finale, "Survivor" host Jeff Probst announced that the upcoming 25th season would be titled "Survivor: Philippines" and would feature three tribes as well as three returning contestants that previously removed from the game for medical concerns.

News source : http://news.yahoo.com/survivor-one-world-winner-crowned-030502724.html

Komen : Season 25  "Survivor : Philippines".  Mungkin lokasi kat Boracay Island?

Monday, May 14, 2012

0 Movie Review : The Avengers


Bak kata orang sebelum nasi menjadi bubur...sebelum rebung menjadi buluh...sebelum hangat2 tahi ayam menjadi sejuk maka dengan ini aku nak cepat2 mengreview(ada ke perkataan ini?) cite The Avengers ini...
Disebabkan aku ambil cuti tahun yang pertama kalinya dalam tahun nie(perghhh!! Banyak lagi balance nie..)
pada hari nie...maka tengok cite The Avengers nie jadi agenda utama...dan tiket adalah murah pada waktu siang compare ngan waktu malam (RM10 siang...RM15 waktu malam...dulu waktu siang RM9 je kalau hari Sabtu dan Ahad untuk tayangan sebelum pukul 12 tengahari)

Sinopsis/Plot/Watak:
Daripada Marvel Comics yang menghimpunkan superhero2 atau adiwira seperti Iron Man, Thor, Hulk, Captain America, Black Widow, Hawkeye yang diketuai oleh Director S.H.I.E.L.D Nick Fury(aku rasa tak perlu aku nak mengexplain pepanjang sebab korang semua mesti dah tahu sape semua superhero ni)Antagonis atau bad guy kali ini ialah Loki, saudara tiri Thor. Aku masih merasakan elemen-elemen cerita Thor(korang kena tengok cite Thor kalau nak tahu apa yang aku maksudkan) ada di dalam filem The Avengers nie...Kalau dalam filem Thor tempat pertempuran berlaku dibandar terpencil kali ni tempat
pertempuran berlaku di bandar New York city. Loki bercita-cita untuk memerintah bumi dengan membawa sekumpulan tentera dari dunia luar dengan mengggunakan satu bentuk tenaga yang bernama "The Tesseract". The Tesseract ini yang boleh menghubungkan antara bumi dengan dunia luar.

Iron Man  or Mr. Tony Stark

Adegan-adegan Yang Menarik::1. Tony Stark aka Ironman dengan Dr Bruce Banner aka Incredible Hulk - Scene Lab dan kata kunci "cucuk"
2. Adegan antara Hulk dan Thor selepas menewaskan penceroboh di dalam kapal S.H.I.E.L.D. Klassik!
3. Efek khas yang realistik antara babak pertarungan.
4. Stan Lee the guy behind all these comic characters ada CAMEO towards the end of the movie!
5. Aku tak nak spoil mood korang kalau cite lebey2...Hehehe!

Steve Rogers or Captain America

Natasha Romanoff or Black Widow

Komen : Kena tengok dan enjoy the popcorn!!


Tuesday, April 17, 2012

2 Review : Battleship

Aku fikir jugak sape lah hero nama Taylor Kirsh nie...muka macam ada iras-iras Josh Brolin...masa memula nak booking online macam was-was je...sebab hero tak terkenal takut nanti cerita hampeh...tapi aku gamble je...last sekali baru tahu yang mamat ni berlakon dalam filem John Carter aku cuma tahu Alex mamat vampire dalam HBO's True Blood. Liam Neeson dalam filem Schindler List dan ada terselit si Rihanna  yang penyanyi tu...Filem ni sebenarnya belum dimainkan lagi di pasaran Amerika...pada 18 May 2012 baru filem ni  ditayangkan kat sana...strategi pemasaran kot...mungkin pasaran diluar Amerika dan global lagi untung compare dengan pasaran di dalam Amerika...

Sinopsis Ringkas:
FIlem ini diinspirasikan daripada game Battleship oleh syarikat Hasbro, company yang sama mengeluarkan Transformer...aku taklah berapa sure permainan game ni macam mana...Takpe tu tak penting sangat yang penting ok ke x cite nie.....Filem ni agak lama masa tayangannya selama 2 jam...30 minit yang pertama berkisar tentang plot...agak membosankan tapi boleh dilayan...lepas tu bang bang booom booom bang bang...action terlebih-lebih.Kisah Peperangan antara makhluk asing dengan manusia yang ingin menjadikan bumi sebagai tempat tinggal yang baru...Makhluk asing ini kemudiannya telah turun ke bumi dalam kes ni Pulau Oahu kat Hawaii disebabkan telah dapat mengesan signal yang dihantar oleh saintis dari pulau tersebut.Tempat peperangan atau battleground kali ni adalah di atas permukaan laut...Menarik bagi aku sebab tengok kapal-kapal laut atau armada-armada US yang besar.

FAKTA YANG DIAUTA:
1. Negara kita Malaysia disebut dalam filem ini...make sure korang tumpukan perhatian bila tengok cite nie..2. Action sequence ada iras-iras Transformer dan bagi aku NOT BAD.
3. Kadang2 cite aksi banyak yang tak logiknya...Contohnya : Kat final duel between RMS Missouri dengan Alien punya Battleship...kapal RMS Missouri labuhkan sauh sebab nak brekkan kapal tu supaya posisi kapal tu berubah(faham ke korang dengan ayat aku nie? )supaya diaorg boleh shoot baik kat kapal Alien tu...4. Ade scene masa kapal tenggelam dan Leftenan Hopper(Taylor Kirsh) dan Captain Nagata naik ke atas dek kapal masa kapal tu  menjunam nak tenggelam...macam Titanic plak..
5. Ada adegan dimana mereka memberi penghormatan kepada kelasi-kelasi yang bersara daripada RMS Missouriuntuk berlakon dalam filem


Tu dia Rihanna & Taylor Kirsch

 Image source : Google Image

Komen : Not bad laaa...interesting...boleh tonton!!

Tuesday, October 25, 2011

0 Review : The Thing


Salam Isnin...
Lately ni aku macam tengah dilema blues yang ntah hapa...sindrom MALAS pun ada...nak update banyak benda pasal trip pun tertangguh je...hmm...banyak hold dulu pasal entri trip....sambung pasal movie review aku plak....kang kalau tunggu punya tunggu memang tak ke mana.....dah namanya INSAN yang kerdil kan.....hahaha!! Aku memang pernah tengok yang cite The thing tahun 70'an atau 80'an...aku tak sure sgt...tapi waktu tu tengok masa bebudak memang ngerilah...Kurt Russel waktu tu jadi hero lawan benda alah "The Thing" tu...tapi aku difahamkan yang "The Thing - 2011" adalah prekuel untuk filem yang zaman tuk kaduk tu...
Hebat betul Hollywood kalau bab2 auta atau pusing2 nie...

Sinopsis:
Pengembaraan sekumpulan saintis ke Antartika yang menemui sebuah kapal angkasa yang dipercayai dimiliki oleh makhluk asing dan makhluk asing tersebut dalam keadaan beku untuk dibuat kajian..Seperti dijangka makhluk asing ni masih hidup dan membunuh semua ahli saintis nie..UNPREDICTABLE la sangat....Filem ini jugak Prequel untuk filem dengan tajuk yang sama pada tahun 70'an...hero dia Kurt Russel...budak2 zaman skrg mesti tak tahu dan Kurt ni pun skrg dah jadi atuk2 agaknya...

Kritik:
1. Kebanyakan pelakon2nya bukan yang popular...aku pun tak berapa kenal sangat...
2. Suspens, thrill, ngeri....semua elemen ni ada...

Komen : Recommended NONTON!!

Sunday, July 3, 2011

0 Review : Transformer 3 - Dark of The Moon

Image taken from the net
Seperti yang aku rancangkan...plan hari Sabtu dan hari Ahad berjalan lancar...so tengahari tadi pegi tengok cerita Transformer 3 dengan expectation yang every Michael Bay filem mesti so tipikal dan penuh elemen2 yang sama...action dan boy-girl akward scene....bagi aku laaa..blueekkkk!!

Sinopsis :
Di awal cerita nie mengisahkan pada tahun 1961 kapal pesawat Cybertron telah terhempas di bulan...kapal pesawat ini diketuai  oleh Sentinel Prime. Pihak NASA telah mengesan hempasan tersebut dan telah menghantar misi untuk menyiasat perkara tersebut. Kapal tersebut membawa satu teknologi yang dapat menyelamatkan planet Cybertron dikenali sebagai "the Pillars" or "tiang" dalam bahasa Melayunya...(penting tau Englishhh Educacionn...) So pihak angkasawan Nasa telah mengesan the Pillar dan  membawanya ke bumi dan telah menjadi rahsia kerajaan ketika itu... Megatron telah mengetahui tentang "the Pillars"dan telah menyusun strategi untuk menggagalkan dan mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut. Betulkan....dah boleh agak dah jalan cerita dia nie...masa Revenge of the Fallen...Pyramid Egypt menjadi lokasi...kali ni bandar Chicago pulak jadi sasaran.....

Reviews ala-ala Siskel & Ebert :
1. Plot of course predictable laaa....Autobot mesti kalah dulu..Decepticon mesti menang dulu..last sekali Autobot mesti menang....Optimus Prime always the best Prime..(korang mesti setuju punya kan?)
2. Disebabkan plotnya terlalu predictable...aku sangap lebih kurang 6 kali di awal 45 minit cerita nie..
3. Ada watak baru dalam kalangan Prime : Sentinel Prime.
4. Tak dinafikan CGI dan Visual Effect dalam Transformer 3 ni lebih baik berbanding 2 filem terdahulu...

Image taken from the net
5. Rosie Huntington-Whiteley menggantikan Megan Fox as Shia LeBouf new love interest. Hmm...Rosie ni merupakan model Victoria Secret(aku familiar dgn brand US nie...pernah masuk pun kedai dia...tapi temankan member laa....bukan aku nak beli bra...hahaha!!). My 2 cents kata Megan Fox much more better than Rosie..aku tengok si Rosie ni ada iras-iras Cameron Diaz version anorexia..!!

Komen : Plot predictable...Action toward the movie ending is better....50-50 to be recommended....tapi duit korang kan....betul tak?

Sunday, June 19, 2011

0 Review : X Men First Class and Happy Father's Day

Salam di hari Ahad...
Terlebih dulu nak ucapkan Selamat Hari Bapa/Abah/Daddy/Papa/Appa dan sekutu dengannya kat seluruh dunia termasuklah abah aku..Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan harap2 semoga kehidupan diberkati-Nya. Insya-Allah.
First Class...maksud tersirat
Tapi entri ni bukan pasal aku punya abah...tapi tentang hari Sabtu(semalam). Memang aku dah plan nak tgk X Men : First Class nie...sbb sebelum ni mmg dah plan baik nak tengok cite X-Men.. tetiba ultra Melayu dan semangat PEKIDA yang kuat menyebabkan aku terlayan cite KL Gangster yang aku rasa bagus sial...hehehe!!
Lengang lagi...banyak parking kosong
Pepagi lagi dah bangun sebab aku nak pegi Poslaju dulu sebelum pegi TGV Tebrau..nak pos benda kat saudara Nik(mintak ampun le sesangat.) lepas tu straight nak pegi TGV Tebrau...dalam kul 10 pagi dah sampai..ada sejam lagi sebelum movie start...Jusco pun baru bukak...early bird le katakan....

Sinopsis:
X-Men First Class adalah kisah prequel sebelum cite X-Men, X2, and X-Men 3 : The Last Stand.
How Magnetto and Prof Xavier berjumpa, camne mereka sebelum ni berkawan and the side(good or bad) they have to choose. Banyak kisah tentang Magnetto nak balas dendam terhadap Sebastian Shaw, Nazi Commandant yang membunuh ibunya dan membuat hidupnya sengsara dijadikan bahan ujikaji...

Review:
1. Ada 2 cameos scene aku rasa menarik....Hugh Jackman dan Rebecca Romijn-Stamos...nak tahu korang kena tengok..
2. Aksi tidak terlalu banyak sebab fokus  pada perkembangan watak dan cerita...kira nie first episode...takan semua orang dah ada power nak berlawan sakan....semua budak2 yang ada power masih belum tahu nak gunakan power diaorang sepenuhnya....
3. Kenapa Professor Xavier pakai kerusi roda? Sebab dia lumpuh la kan...tapi sebab apa dia lumpuh?Kena tengok la kannn!
4. Bagaimana Cerebro dicipta dan bagaimana munculnya Beast?
Teruja ngan movie poster nie..Steven Spielberg ngan Peter Jackson tuu..
Komen : Bagi aku First Class laaa...digarap dengan baik...tak caya cuba korang  tanya Siskel & Ebert(lupa plak..Siskel dah mati..sorry!)

Tuesday, June 14, 2011

0 Review : KL Gangster Boleh Tahan..Siallll!!!!

Assalamualaikum...
Salam kembali di hari Selasa....semalam ntah macam mana boleh plak aku dgn workmate aku pegi tengok cite Gangster KL nie..sepatutnya aku pegi tgk X-Men : First Class....tapi disebabkan kontroversi Ayahanda...Abang Long laaa.... Pekida punya issue...maka terjebaklah..booking cam biasa....dalam pukul 6:30 ptg je dah ciao dari office...jalan clear...so sebelum masuk panggung tu...workmate aku sibuk cari clothing tuk dianya newborn baby.....
Baby Section...aku snap je...
Tak reti aku masuk baby section nie.

 So sempat le melilau masuk SenQ kat Jusco Tebrau tu.....makan hati je tengok gajet-gajet baru...especially HTC Flyer.....dapat main2 jap HTC Flyer dalam SenQ tu...nak tahu camne HTC Flyer ni sila klik kat sini..

Anyway...jom review cite KL Gangster ni berdasarkan aku punya pandangan....sebelum tu layan sinopsis nie...
Mcm gemuk Aaron Aziz dlm filem nie..
Sinopsis : 
Malek(Aaron Aziz) adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara dan mahu mulakan hidup baru dan tidak mahu terlibat lagi dalam dunia gangster. Masalahnya Jai(Adi Putra), adik Malik masih terlibat lagi dalam dunia gangster.  Taiko2 gangster dalam filem ini dikenali sebagai King(aku tak kenal pelakon nie), Dragon(Corrie AF yang dah masuk Islam tu), dan Shark(Shamsul Yusuf). Malik telah dipujuk oleh King untuk menyertai dunia gangster semula dan oleh kerana keengganannya untuk tidak sertai dunia gangster banyak peristiwa buruk yang menimpanya dan keluarganya...Bagaimana kesudahannya..? Sila pegi tengok kat panggung sana ...cite banyak kat sini pun tak guna siaalllllll!!!
Mantap lakonan dan badan tuu..Aku jealous niee
Review/Ulasan:
1. Storyline atau plot adalah biasa tetapi pengarahan yang bagus dan lakonan yang aku rasa bagus dari semua pelakon...filem ni sentiasa on-going....
2. Lakonan Adi Putra memang mantap dalam filem nie....mcm betul2 pailang je aku tengok...Zizan membantu melawakkan filem yang aku rasa serius nie...
3. Ada unsur-unsur nasihat dan pengajaran dalam cerita nie...balance dengan aksi ganas dan bahasa yang kasar...
4. Tapi aku rasa paling best tentang filem nie ialah penggunaan BAHASAnya...bahasa yang jarang didengar di dalam filem2 Melayu yang lain so far....BAHASAnya kasar.....menggambarkan realiti...sebab aku rasa filem sepatutnya menggambarkan realiti...dan realitinya memang semuanya cakap macam tu....
Cerah masa depan ko Syamsul...Jauhkan kontroversi...tingkatkan prestasi...Diana Danielle tak makan hati ke?

KOMEN : Boleh Tahan Bagus Sialll.....!!!

Monday, June 13, 2011

0 KL Gangster

Salam dan Holla to Monday Blues!!!
Jom layan cite nie...Mcm biasa review lepas tengok cite kan?
Komen : Dulu aku memang memilih sangat dlm bab tengok wayang nie...lately nih byk plak cite Melayu aku layan...
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates