Showing posts with label 2014 - Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label 2014 - Putrajaya. Show all posts

Friday, June 20, 2014

0 Hari Pertama Floria Putrajaya 2014, Sabtu 14 June



Assalamualaikum…

Dengan gigihnya pada petang Jumaat malam Sabtu selepas waktu kerja dalam pukul  6 petang, 13 hb June 2014-> Friday the 13 th…aku memecut laju dari Pasir Gudang ke Batu Pahat dulu untuk pickup mak aku kat kampong…sampai kat Batu Pahat dalam pukul 8:40 malam dan  dalam pukul 9 bermulalah perjalanan ke Putrajaya…sebenarnya memang aku tak cukup tidur…melayan opening ceremony World Cup 2014(nak tengok bontot Jennifer Lopez sebenarnya...hahaha!) dan opening game Brazil & Croatia….

Tapi mak aku dah prepare air Nescafe so kira boleh menyengkang biji mata …perjalanan ok…takde traffic yang amat teruk smapai tak bergerak kereta...cuma kat area Nilai dan Seremban yang banyak kereta tetapi pergerakan lancar…nak dijadikan cerita…dalam pukul 12:30 pagi terlepas exit ke Putrajaya…termasuk ke area Cyberjaya…aku dan mak panik sekejap..lagi sikit nak terlanggar sekumpulan lembu bila pusing2 nak cari jalan keluar…nasib baik laaa tak terlanggar lembu...dah laaa lembu hitam plak tu...macam nampak tak nampak je...selain tu nasib baik laa ada Waze yg dpt membantu aku keluar dari Cynerjaya tu…akhirnya tiba dengan jayanya dalam pukul 1 pagi kat Precint 11…mandi, solat, dan makan lepas tu terus tidur untuk aktiviti keesokkan harinya…


Kali ni Floria diadakan di venue baru di Precint 4 compare dengan previous venue, Precint  2…Perbadanan Putrajaya telah menetapkan tapak floria adalah tetap dan akan dibuka sepanjang tahun…dan bayaran masuk akan dikenakan… L Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat - Ahad (9.00am ~ 12.00am)…Cukup mukaddimah...Jom tengok je la gambo yang tak berapa professional nie
















Gambo2 kat atas ni masa kat tapak utama Floria...aku rasa pokok2 bunga tak terserlah macam Floria yang terdahulu...Tema Begonia atau pokok asam batu memang tak terserlah bagi aku kalau nak compare dengan orkid ke atau ros...bagi aku pokok bunga-bunga tu sebagai perhiasan je kepada taman2 yang sedia ada.....tapi disebabkan tujuan aku bawak mak aku ke sini sebab first time dan  nak cari benih pokok limau nipis dan aku nak cari benih pokok delima..kita org pun pergi ke area tapak jualan...tapi masa on the way ke tapak jualan tu nampaklah kenderaan rasmi agung...dan payung-payung tergantung yang berwarna warni...cantikk!










Lepas beli pokok delima dan limau nipis kita orang bergerak plak ke Pavillion(pameran dalam bangunan yang beraircond...hehehe)walaupun cuaca tak begitu terik  tapi bahang panas terasa jugak...tu yang nak kena masuk Pavillion...aircond free..













Dalam pukul 11:30 pagi kitaorang dah keluar dari area Floria...tak payah lelama sebab area ni akan jadi tapak tetap kan...so x de masalah sangat untuk datang balik cuma tak tahu bila dia akan buka pada public...so aku dan adik aku decide nak bawak emak aku ke Taman Botani dan Taman Saujana...yang itu next entri laaa...

P/S: Sorry takde caption tuk setiap gambar...MALAS nak letak...lepas tu aku rasa psl byk plak gambo aku tepek.. :)

Thursday, June 19, 2014

2 Floria Putrajaya 2014, 14 -22 June



Assalamualaikum...

Ini adalah acara tahunan di Putrajaya dan so far aku tak pernah miss join this event...so sebelum aku cite lebih lanjut tentang visit aku pada first day 14 June 2014...kat bawah ni aku sertakan sedikit info tentang Floria 2014 kali ini. 

Informasi :

Floria Putrajaya 2014 atau Festival Bunga dan Taman akan membuka tirainya pada 14 hingga 22 Jun 2014. Serentak dengan itu Magic Of The Night Putrajaya juga diadakan pada sebelah malamnya.

Bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya.  Floria Putrajaya 2014 kali ini mengetengahkan Bunga Begonia atau Bunga Asam Batu telah dipilih sebagai bunga tema Floria tahun ini.


Festival Bunga Dan Taman, Floria 2014 membawa tema, 'Taman Bertema' dimana menonjolkan hiasan bunga-bungaan dan taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.


Malam Magic Of The Night, Floria 2014 pula bertemakan 'Colours Of Harmony' masih menyajikan tarikan utamanya iaitu persembahan hiburan cahaya dan bunyi disamping perarakan bot berhias serta disudahi dengan keindahan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni.

Floria Putrajaya 2014 - Festival Bunga Dan Magic Of The Night

Floria Putrajaya 2014 - Festival Bunga Dan Magic Of The Night

Cuma kali ini Floria Putrajaya 2014 tidak lagi percuma. Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat - Ahad (9.00am ~ 12.00am)


P/S : Tinggal 3 hari je lagi...

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates