Assalamualaikum…
Dengan gigihnya pada petang Jumaat malam Sabtu selepas waktu
kerja dalam pukul 6 petang, 13 hb June
2014-> Friday the 13 th…aku memecut laju dari Pasir Gudang ke Batu Pahat
dulu untuk pickup mak aku kat kampong…sampai kat Batu Pahat dalam pukul 8:40
malam dan dalam pukul 9 bermulalah
perjalanan ke Putrajaya…sebenarnya memang aku tak cukup tidur…melayan opening
ceremony World Cup 2014(nak tengok bontot Jennifer Lopez sebenarnya...hahaha!) dan opening game Brazil & Croatia….
Tapi mak aku dah prepare air Nescafe so kira boleh
menyengkang biji mata …perjalanan ok…takde traffic yang amat teruk smapai tak
bergerak kereta...cuma kat area Nilai dan Seremban yang banyak kereta tetapi
pergerakan lancar…nak dijadikan cerita…dalam pukul 12:30 pagi terlepas exit ke
Putrajaya…termasuk ke area Cyberjaya…aku dan mak panik sekejap..lagi sikit nak
terlanggar sekumpulan lembu bila pusing2 nak cari jalan keluar…nasib baik laaa tak terlanggar lembu...dah laaa lembu hitam plak tu...macam nampak tak nampak je...selain tu nasib baik laa
ada Waze yg dpt membantu aku keluar dari Cynerjaya tu…akhirnya tiba dengan jayanya dalam pukul 1 pagi kat Precint 11…mandi, solat, dan makan lepas tu terus tidur untuk aktiviti keesokkan harinya…
Kali ni Floria diadakan di venue
baru di Precint 4 compare dengan previous venue, Precint 2…Perbadanan Putrajaya telah menetapkan tapak
floria adalah tetap dan akan dibuka sepanjang tahun…dan bayaran masuk akan
dikenakan… L Bayaran
masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.
Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat -
Ahad (9.00am ~ 12.00am)…Cukup mukaddimah...Jom tengok
je la gambo yang tak berapa professional nie…
Lepas beli pokok delima dan limau nipis kita orang bergerak plak ke Pavillion(pameran dalam bangunan yang beraircond...hehehe)walaupun cuaca tak begitu terik tapi bahang panas terasa jugak...tu yang nak kena masuk Pavillion...aircond free..
Dalam pukul 11:30 pagi kitaorang dah keluar dari area Floria...tak payah lelama sebab area ni akan jadi tapak tetap kan...so x de masalah sangat untuk datang balik cuma tak tahu bila dia akan buka pada public...so aku dan adik aku decide nak bawak emak aku ke Taman Botani dan Taman Saujana...yang itu next entri laaa...
P/S: Sorry takde caption tuk setiap gambar...MALAS nak letak...lepas tu aku rasa psl byk plak gambo aku tepek.. :)
0 comments:
Post a Comment