Showing posts with label 2013 - Penang. Show all posts
Showing posts with label 2013 - Penang. Show all posts

Monday, March 4, 2013

2 Hari Terakhir di Pulau Pinang : Kat Airport Laaa!!





Hari Terakhir di Pulau Pinang...

*Yahooo...abis gak entry Penang nie...*

Malam terakhir takdenya nak ke night market lagi atau nak merayau2 sekitar Batu Feringghi…aku decide nak melepak je kat dalam hostel…packing memana yang patut sambil plan nak hantar poskad keesokkan harinya…pejabat pos sebelah hostel je kan...Pagi last day tu memang excited laa...bangun awal ..bersiap apa yang patut dan terus ke pejabat pos Batu Feringghi…poskad aku beli kat kedai runcit kat bawah hostel sebab aku dah survey dan nampak masa beli air minuman kat kedai runcit tu…selepas siap semua segala urusan beli stamp dan mengepos aku decide nak makan breakfast sebab  masa lambat lagi tuk check out…Disebabkan aku makan hati dengan pakcik dan nasi lemaknya yang tak berapa sedap dan tak berpatutan tu aku decide tuk ke area pantai Batu Feringghi…mana tau ade kedai makan dah bukak kat area pantai…Yang ada cuma satu je dah bukak..Ali Guest House yg punya…tengok menu mahal tapi lantaklah…last day kan kan…spend whatever duit yg ada tapi takdelah sampai overbudget...menu Western takde yang local...lantaklahhh...last day kan..:)

Pejabat Pos Batu Feringghi..
Uncle Bule(Mat Saleh) pun guna Pos Malaysia..
Last view of beach before going back to JB..
Feeling Mat Saleh..
Selepas check out dari hostel dalam pukul 11:40 pagi...terus menapak ke perhentian bas depan Park Royal…no bas Rapid Penang yang direct ke Penang Airport ialah bas no 103…dalam sejam tunggu gak..so aku straight ke airport sebab tak larat nak menjelajah Penang lagi especially area Georgetown dengan backpack yang sarat dengan barang *kang tak pasal2 pengsan takde sape nak tolong*…sampai je kat airport dalam pukul 3 petang dan memang mati kutu laa sebab flight lambat lagi...Flight aku pukul 9:45 malam selepas diubah dari pukul 10:45 malam…nasib baik diubah so taklah terlalu lewat aku sampai ke JB...so sementara nak abiskan masa dengan melantak di McDonald dan McCafe ...dalam pukul 7 malam dah check in baggage...dan tunggu sampai flight boarding announcement...Selamat Tinggal Penang 2013...Insya-Allah jumpa lagi...!!

Starbuck Pandu Lalu @ Drive Thru...First time nampak..
Check In
McCafe...first time gak..sedap kek tu..tapi kopi tu terlalu power..
First time gak tahu ade tempat tuk charge elektronik device kat Penang Airport nie...convenient laaa!
Dipanggil "Internet Lounge"

Komen : Bila laa nak pegi lagi nie...!



Friday, March 1, 2013

0 Hari Ketiga di Pulau Pinang - Bukit Bendera aka Penang Hill


Hari Ketiga memang hari kemuncak aku berada di Pulau Pinang…kira purpose kali ni ke Penang memang inilah tujuannya…last sekali ke Penang Hill masa tahun ’90 an…perghh lama tu…masa zaman muda remaja*nangesss*…masa zaman ni naik atas bukit tu guna gerabak yang slow macam siput….tapi kali ni memang super duper faster nak sampai atas…memang improve laa teramat kalau nak compare zaman 90'an dulu *errkkk...lamanya*

Pukul 8:30 pagi dah breakfast nasi lemak yang amat mahal dan amat tak sedap*RM4.80…lain kali tak nak makan laa nasi lemak pakcik..pakcik perasan nasi lemak pakcik sedap…pas tu caj mahal..sentap*...Dari Batu Feringghi menaiki bas 101 Rapid Penang ke Komtar – tambang RM2.70…dari Komtar korang kena ambik bas Rapid Penang yang lain bernombor U204 tuk ke Penang Hill nie…dann reganya RM2 je…bas U204 ni memang khas ke Penang Hill…driver akan bgtau korang kalau dah sampai Penang Hill…so x yah nak kalut2…so just relax and enjoy the view…on the way akan melalui Bandar Ayer Itam dimana famous Kek Lok Si Temple*katanya antara temple terbesar di Asia Tenggara…tapi tak termasuk dalam list yang aku nak pergi…so abaikan*
Beratur tuk tiket...orang tak ramai sgt...maybe sebab weekdays!
From bottom to top
Tren baru yang super duper fast compare ngan yang lama
Dalam pukul 11 pagi dah sampai depan penang Hill…ada construction kat main entrance so x dapatlah nak bergambo kat depan tu…straight masuk tuk beli tiket…rega tuk pemegang MyKad RM8*kalau tak RM30..tuk tourist laaa* gerabak tren yang baru ni memang improve laa dr yang lama….dalam ½ jam dah sampai kat atas tu….excited pun yeaa sebab revisit tempat yang nostalgia di zaman muda2 dulu…haha!...aku snap gambo memana yang patut sebab aku dah allocate 1 jam je kat atas ni…cuaca aku rasa takdelah sejuk sangat kat atas nie…memang terasa jugak panasnya…mungkin pemanasan suhu global kayaknya...ok abaikan itu masalah dunia...ok korang layan je gambo2 nie...aku rasa banyak gila aku tepek gambo Penang Hill nie..

Tu dia...infamous Bukit Bendera..
View from the top
Not so cold
Owl Museum...tapi tak masuk pun
Photoshoot ngan ular
Main arena
View from below
Penang Hill Ticket
RM8 for Malaysian..RM30 for Non-Malaysian
Penang Hill Police Station
Guidance
Murugan Temple
View from the top
Penang Hill Mosque
Penulis blog nak enter frame..nasib baik gambo gelap...bulat semacam je kepala tuan blog..hehe!
Bukit Bendera
Old tren..not sure why it stays there.
Going down faster!
Bye bye Bukit Bendera aka Penang Hill..Will see you again!

Aku balik ke Komtar pun menaiki bas Rapid Penang yang sama bas no U204…reganya sama RM2...dalam pukul 1 petang dah sampai kat Komtar…memandangkan banyak masa terluang ya amatt…aku pusing masuk dalam Prangin Mall dan Komtar sampai lebam dan sampai muak…kemudian aku decide pegi lagi ke kedai jeruk madu Pak Ali…tak cukup jeruk yang dibeli sebelum nie tuk ole2…panas boleh tahan waktu ni…lagi2 menapak memang terasalah bahangnya…dalam pukul 3 petang aku dah decide nak balik ke Batu Feringghi…tapi on the way to terfikir plak pasal baju He By Mango…maka tak pasal2 stop kat Plaza Gurney…panas memang laaa tapi baju sale punya pasal terjebaklah membelinya…hehe!..rega tiket dari Komtar ke Plaza Gurney RM2 dan dari Plaza Gurney ke Batu Feringghi pun sama RM2...dalam pukul 5 petang aku gerak balik ke Batu Feringghi dan stay diam2 kat dalam hostel dan kemas ape2 yang patut  sebab esoknya dah nak balik JB

P/S: Highlight of the Penang Trip 2013...

Thursday, February 28, 2013

1 Hari Kedua di Pulau Pinang : Jeruk Madu Pak Ali, Georgetown, dan Batu Feringghi - Final Part



Assalamualaikum.....
Sambungan dari entri sebelum ni iaitu jalan2 makan angin di area Georgetown sampai perut kembung...Last entri cite pasal Jeruk Madu Pak Ali...Of course kedai ni punya main seller is jeruk buah2an…ade buah pelam...buah pala…buah betik…buah kedondong…tetapi bukan setakat  jeruk dia jual…ade jual souvenir seperti key chain dan t-shirt..ade jugak minyak panas dan balm…aku beli sikit sebab tak nak bebankan diri dengan berangkut benda alah ni dalam backpack aku…jual dalam rega promosi…3 paket tuk RM10…minyak panas buah pala dalam RM6 dan balm RM4 sebiji*aku beli 2 botol balm dan satu botol minyak panas*…lepas dah puas tengok2/beli dan snap gambo dalamenapak guna kaki di area Georgetown ni…Mari kita tinjau ape yang ade kat dalam kedai Jeruk Madu Pak Alm kedai Jeruk Madu Pak Ali ni…aku decide nak jalan2 ambik gambo kat jalan Penang Road nie…Banyak bangunan2 historical dan nostalgia kat sini…tak hairanlah kalau Pulau Pinang dinobatkan Unesco Heritage World City…
Main police station in Penang Road
Becak @ Trishaw
Brand Kayu Nasi Kandar
Brand Nasi Kandar Line Clear
Old ODEON
SUBWAY
Jeruk Madu Pak Ali
Macam-macam ade!
Aku tercari2 gak Masjid Kapitan Keling tuk revisit tapi ianya bukannya kat Penang Road…kat road ape ntah aku pun tak sure sebab tak masuk dalam plan*aku dah pergi from previous visit*...decide tuk sightseeing kat Penang Road je sebab kaki dah berat semacam je…fikir2 kemudiannya balik ke Batu Feringghi je laaa…menapak lagi ke area Komtar tuk ambik bas 101 balik ke Batu Feringghi…sampai kat Batu Feringhi decide tuk check inn dan berehat jap sebelum aktiviti ronda2 pasar malam…tapi sebelum ke pasar malam aku sempat bercanda di pasiran pantai Batu Feringghi *mencuci mata katanya...*

Almost sunset!
Almost sunset part 2
The other side
Night Market : Art for SALE!
Night Market: clothes and bags!
Aku takde intention barang apa pun nak dicari just walk for fun…*jalan lagiiii…exercise sungguh*…tipikal pasar malam...barang2 tiruan…souvenir mcm t-shirt…key-chain…CD dan DVD cetak rompak pun ade…yg penting: berkenan dan ada fulus*terbeli sebiji fridge magnet*…dalam pukul 9 malam aku dah balik ke hostel dan bila fikir balik jeruk yang dibeli macam tak cukup je…*kena ade revisit balik ke kedai Jeruk Madu Pak Ali*…mungkin pada hari esok selepas balik dari Penang Hill atau known as Bukit Bendera…


Komen : Hari kedua yang banyak berjalan!!



Tuesday, February 19, 2013

2 Hari Kedua di Pulau Pinang: Plaza Gurney dan Georgetown! - Part 1


Masuk hari kedua …so korang mesti tau hari ape kan ? Sila klik kat Entri Part 1 nie kalau nak tau hari ape?…Malam pertama tu*bukan malam pertama yang tu…* pukul 8 malam je dah siap2 mandi dan melepak2 kat atas katil dengan harapan boleh tidur awal…tapi hampehnya  nak dapat tidur awal..Asyik terjaga macam tidur2 ayam…Dengan bunyi yang bising dari Pasar Malam yang berdepan dengan tempat Inn aku menginap ni serta kereta2 yang lalu lalang di sekitar jalan Batu Feringghi makanya memang susah laaa nak tidur...Pasar Malam Batu Feringghi atau "Night Market" ni memang tiap2 malam ada aktiviti berjual beli walaupun hari berkerja dan khas untuk pelancong2 dan dengan kepenatan hari pertama*bangun awal pagi tu nak ke airport*  ditambahkan lagi dengan aktiviti berjalan kaki di bawah sinar mentari maka lambatlah bangun pada hari kedua nie…dalam pukul 11 pagi baru bangun… qada' memana yang patut dan bersiap sedia tuk hari kedua di Pulau Pinang...bersendirian...*nanges*

Banyak deco Chinese New Year
Nice lantern decoration!

Aktiviti hari kedua adalah sangat sempoi…REVISIT Gurney Plaza dan George Town…Dengan menggunakan perkhidmatan Rapid Penang lagikk….bagi aku bas ni memang efficient and reliable…bas no 101 atau 102…rega dalam RM2 dari Batu Feringghi ke Gurney Drive nie dan RM2 jugak dari Gurney Plaza ni ke Georgetown...so kalau korang dalam bajet trip atau backpackers adalah digalakkan untuk guna servis Rapid Penang nie…Dalam pukul 12 tengahari dah sampai kat Gurney Plaza nie…nothing interesting…same as other Shopping Mall…high street fashion…Topman, Quicksilver, He By Mango, ESPRIT, Coach, dan blaa blaa….cuci mata je….*ye ke?...hehe*

Makan sorang2 je..
Nasi lemak...memang sedap sebab dah lapo..!

Pusing2 kat dalam tu sampai lapo..menyantap nasi lemak kat Old Town White Coffee sebab itu yang aku nampak tak ramai orang...kalau dah lapo semua benda sebat dan sedap..betul tak?  Sambung pusing2 lagi dan aku decide nak pegi ke George Town plak sebab masa masih byk lagi dan aku pun bukan terburu2 sangat...dalam pukul 2:30 petang dah keluar dari Gurney Plaza dan snap gambo2 laut kat depan Gurney Drive plak…cuaca panas tapi cantik dan marvellous…langit pun biru semacam je…Ok tak yah feeling sangat...Bus 101 ke Georgetown please...........*kaki dah rasa penat gila lenguh nie*



Bahagian depan dan luar Gurney Plaza
Banyak restoran yang "OPEN"...got it?
Bahagian Depan Plaza Gurney;;;gambo first kat atas tu bahagian belakang 
Infamous Gurney Drive
Panjang gilaa..
The sky is blue!
Sampai kat Georgetown dalam pukul 3:30 petang…memang awal lagi tapi kaki dah rasa lain macam…kepala pun mcm dah pening2…tapi gigihkan…pusing2 laa kat Komtar dan Prangin Mall tu…takde ape sangat…dengan ini aku declare yang Gurney Plaza is the best overall shopping Mall in Penang*kat pulau laaa….kat Bukit Mertajam tak kira dan Island Plaza yang kat dalam pulau pun tak kira sebab aku tak masuk lagi.*…Jelajah dengan jalan2 kat sekitar Penang Road…cari Pasar Chowrasta sebab nak cari jeruk katanya,….ingatkan dapat beli jeruk yang kat pasar…tapi masa on d way tu nampak satu kedai khas yang jual jeruk...Jeruk Madu Pak Ali...last2 aku decide beli Jeruk Madu Pak Ali…tak jadi nak beli jeruk yang Pasar Chowrasta tu...memang sedap…korang kena cari, rasa, dan beli banyak2…memang aku recommend dan mungkin sebab utama orang Melayu Islam...Ok gambo Jeruk Madu Pak Ali tu nanti aku tepek dalam Part 2 tuh hari kedua kat Pulau Pinang ni...sebab nak siapkan benda lain dan nak kejar dateline...matilaaa...Boley???
Next : Georgetown


Komen : Jeruk Madu Pak Ali memang ada rasa madu...bukan setakat hanya pada nama...makan takde rasa sakit tekak!
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates