Showing posts with label 2011 - Kota Tinggi. Show all posts
Showing posts with label 2011 - Kota Tinggi. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

2 Trip To Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Tanjung Sedili - Final Part

Desaru
Lepak tak lama kat sini...dlm 30 minit je...cuaca panas...tapi tengok budak2 kecik excited dok main air..lepas tinjau2 mana yang patut...snap2 mana yg berkenan terus kitaorg decide nak ke Desaru pulok...
Panas gilos..
Takde la jauh sangat nak ke Desaru nie...dalam 6 km je dari Tanjung Balau nie..Aku punya second time sampai kat Desaru nie.. 2 kali jugak aku tak pernah mandi kat sini...nak masuk parking dalam area nie kena bayar RM4...lepak2 kat sini dalam 40 minit gak..lepak lama sikit kat sini sebab masih panas lagi...
Ramai gak orang waktu nie..
Not bad jugak la...mcm pantai Kuta pun ada gak..
Ombak kuat....don't play2 arr
Pantai kat Desaru nie boleh dikatakan agak curam...ombak pun kuat...aku jalan kat tepi2 pun bila ombak hempas...basah gak seluar cargo pant Padini aku yang aku beli masa time sale je... :)...pasir pun kasar compare dengan pasir kat Tanjung Balau tu...
Sedili Kecil bukan Tg Sedili..
Sempat snap kucing dua ekor nie..
Selepas Desaru aku bagi hint kat Abang Z nak balik...tapi Abg Z excited nak pegi Tanjung Sedili...aku layankan je...dan aku tak expect Tanjung Sedili tu lebik kurang 40 km dari Desaru tu...sebab tak pernah lalu...lepas je lepak sekejap kat Sedili Kecil kita orang decide nak balik ke Desaru  dan baru aku ngan Abg Z perasan yang indicator minyak kereta tinggal suku...nak patah balik ke Desaru takut tak sampai...so decide nakdrive ke depan sikit...manatau jumpa stesyen minyak....drive punya drive sampai keluar kat Jalan Mawai , Kota tinggi sana......pergh...nasib baik sempat jumpa stesyen minyak Esso..
Memula sampai panas...
Bila dah isi miyak penuh ...kita org decide tak nak balik lalu jalan Tg Sedili...ikut jalan depan yang biasa....yang jumpa Felda2 tu(Felda Pasak, Air Tawar, etc. laaa)pas tu teringat pulak Batu Layar...singgah jap tapi tetiba je hujan lebat.. lalu Abg Z bagi hint nak balik....Aku kata JOMMMMMMMMM!!!

Tetiba je hujan...
Jom balik...

Komen : Highway ni buat perjalanan nak pergi ke Desaru bertambah cepat...cuma aku pelik kenapa dia buat 2 lorong je...kalau time peak boleh sesak highway nie...

Tuesday, July 5, 2011

0 Trip to Tanjung Balau, Desaru, Tanjung Sedili, Batu Layar - Part 2

Sekadar gambar hiasan
Sambung balik entri semalam..Lepas je Plaza Tol Penawar dalam lebih kurang 1 km korang boleh nampak traffic light 4 simpang...tegak je ke Tg Balau...ke kanan Desaru, Sg Rengit, Pengerang semua laaa....ke kiri ke bandar Kota Tinggi...sebab masih pukul 10 pagi lagi...kita orang decide nak pegi Tanjung Balau dulu..sebelum tu singgah kat deretan kedai makan mcm R& R aarrr sebelum Tanjung Balau nie nak having late breakfast...makan nasi lemak ngan teh O panas..rega quite reasonable...
Ramai jugak orang walaupun baru pukul 10:30 pagi..
Kawasan merbahaya..selalu jugak dengar ada orang lemas kat sini..
Kawasan nelayan jugak..ada Muzium Nelayan Tamjung Balau kat sini...
Pantai kat Tg Balau ni landai berbanding Desaru...
Banyak kemudahan disediakan..
Tanjung Balau ni pantai dia landai dan parking pun free nak compare ngan Desaru.(next entry). Cuma kawasan yang berbatu2 tu bahaya gak..sebab selalu dengar jugak pasal orang mati lemas kat Tanjung Balau nie...

Komen : Memang takde plan nak mandi manda...sebab cuma nak cuba lalu highway baru je...lagipun panas ya amattt!!!

Monday, July 4, 2011

2 Trip to Desaru through Expressway E22 Senai-Desaru - Part 1

Jom Desaru
Cerita hari Sabtu lepas pasal trip to Desaru dengan Abg Z..Aku ngan Abang Z nak cuba lalu highway baru E22 Senai-Desaru...Bermula seawal jam 9 pagi walaupun janji Melayunya ialah jam 7 pagi.....biasalahkan dan sesuatu yang normal untuk orang Melayu..Hahaha! Cuaca amat panas dan seperti yang dijangka Highway ni considered shortcut to daerah Kota Tinggi....dalam jangka masa 45 minit dah sampai to the other side....kenapa aku cakap the other side? sebab ada jambatan yang merentasi untuk sampai ke Desaru/Bandar Penawar nie.....Layan gambo..
Highway mana boleh 2 lorong je...Sape la engineer ni?
Feeling2 Jambatan Pulau Pinang laa..
Magnificient view!!
Macam jambatan yang kat Putrajaya gak..
Gedabak tul tiang seri dia...
Dah sampai the other side..daerah Kota Tinggi..
Cuaca baik...pemandangan pun sedap mata memandang.
Untuk maklumat lanjut tentang highway baru ni korang boleh melayari website highway nie kat link  - > .http://www.e22.com.my/About-Us.html dan highway ni secara rasminya dibuka pada 10 June 2011 untuk laluan secara percuma sehingga 9 Julai 2011 sebelum tol dikenakan selepas tarikh tersebut...Aku sempat tanya pada juru tol tentang kadar yang akan dikenakan...jurutol cakap belum ditetapkan...agaknya tengah mencongak laa tu banyak kereta lalu tak...tapi masa aku balik petang tu...boleh tahan laa banyak kereta gak..
                                            TO BE CONTINUED>>

Komen :  Memang dekat la sesangat kalau nak pegi Tanjung Balau ke...Desaru ke....Batu Layar ke ...Pengerang ke ...atau Tg Pengelih...Bagus bagus!!!
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates