Showing posts with label Festival. Show all posts
Showing posts with label Festival. Show all posts

Friday, October 26, 2012

0 Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012

 
 
 
Assalamualaikum....
 
Penulis blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433 Hijrah. Walaupun erti pengorbanan itu berbeza untuk setiap individu, semoga ia dapat dijadikan pemangkin untuk kita untuk beribadat dan bersyukur kepada Allah dan diibaratkan pengorbanan itu sebagai ujian oleh Allah kepada hamba-NYA.
 
Sumber Dari Wikipedia.
 

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Komen : Ketupat dan segalanya semua ada...Alhamdulillah!!

Sunday, September 16, 2012

0 Hari Malaysia dan Selamat Pengantin Baru!



Sempena Hari Malaysia dimana ia merupakan cuti am bagi negara Malaysia maka ramailah yang mengambil kesempatan...kesempatan untuk berkahwin...kesempatan makan angin kat dalam Malaysia...pegi Legoland ke...tak pun melancong ke luar negeri...terpulanglah pada agenda masing2...memandangkan tuan tanah punya blog ada projek tengah berjalan di tempat kerja maka tak dapatlah tuan nak berjimba sakan*nanges....cuma boleh memendam rasa dan perasaan je...hehehe!*.
 
Nak dijadikan cerita maka tuan tanah pun balik kampung sajokk...tapi pulang bukan sebarang pulang...pulang sebab nak menghadiri perkahwinan member kat company lama...boleh tahan rapat jugak laa...disebabkan cuti dan rumah pengantin perempuan memang senang nak cari maka tertunailah hajat tuan tanah untuk mengahadiri majlis perkahwinan tu...cuaca boleh tahan panas tapi redah je laaa...
 



Informasi pasal hari Malaysia yang disambut hari ini.
Sumber informasi dari Wikipedia:

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]
 
 
Komen : Selamat Hari Malaysia dan Selamat Pengantin Baru!!
 

Friday, August 31, 2012

0 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55



Tuan punya blog ni tidaklah arif untuk bercakap tentang kemerdekaan Malaysia dengan lebih terperinci seperti pakar sejarah...bagi tuan punya blog merdeka adalah hanya satu peringatan/ulang tahun di mana Malaysia bebas daripada dijajah Inggeris(koloni terakhir selepas Jepun, Belanda, dan Portugis)...dah 55 tahun kita merdeka...bagi perwira-perwira yang bertungkus lumus semasa era sebelum kemerdekaan tuan punya blog nak ucapkan terima kasih atas pengorbanan anda atas keamanan dan kemakmuran yang kini kita perolehi dan kecapi... tapi budak2 zaman sekarang atau pasca kemerdekaan pun bukan tahu menilai erti kemerdekaan(tak semua)...setakat sebut Merdeka 3 kali je dan pergi countdown tu kat Bukit Bintang ke, KLCC ke kira dah merdeka la tu kot...lepas tu kena tangkap kat hotel2 sebab berkhalwat...itu makna merdeka bagi remaja masa kini...
 
Merdekakah kita...?

1. Dari kejahilan ilmu...tidak kira ilmu agama atau ilmu dunia untuk sampai ke tempat yang abadi di sana?
2. Dari pemikiran minda yang cetek...fitnah yang boleh mencetuskan huru-hara, beradu domba antara satu sama lain disebabkan pemikiran yang berbeza serta minda yang dijajah oleh anasir-anasir luar?*ayat skema betul sempena merdeka nie*

Komen : Nak merdeka dari hutang piutang! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 29, 2012

0 Hari Raya Kelapan di Singapura - Maaf Lahir Dan Batin!


Tajuk tak boleh blah...hehe!! Masa orang ramai tengah sibuk balik dari cuti raya yang lama pada hari Ahad lepas aku pulak  sibuk pegi ke Singapura...Kekononnya nak tengok decoration Hari Raya kat Arab Street tu...mana tau ada kan dan lain daripada yang lain compare kat Malaysia nie...memang ada tujuan tapi disebabkan hujan dalam masa perjalanan aku fikir2 terpaksa cancel plan, mungkin hari lain kot...Bertolak lambat dari rumah ke Larkin dalam pukul 11 pagi...Clearance kat Tanjung Puteri checkpoint kastam takde masalah sangat sebab orang tak ramai...Mungkin sebab orang ramai masih dalam mood raya tu yang malas nak keluar...so line memang clear la masa pegi bertolak dari Larkin dalam pukul 12 dan dalam 1:30 petang dah sampai ke Queen Street...
ISETAN Orchard
Roadshow KOPIKO
Masa dalam perjalanan hujan pun turun so aku decide nak tukar plan...pegi ke Orchard Road dulu melilau memana yang patut kat situ....tapi takde yang menarik...:( *selamat duti tak keluar*...Dalam pukul 3 petang dah balik ke Bugis...sempat solat di Masjid Sultan dan melilau kat area tu...takde decoration yang aku boleh kata adanya suasana Hari Raya...cuma ada banner yang tertulis "Selamat Hari Raya Idilfitri Maaf Lahir Dan Batin"...cuma aku notice ada monumen baru sebelum masuk kat area masjid Sultan nie...macam ada tugu-tugu dengan lukisan di depannya...
 
Selamat Datang Ke Masjid Sultan 
Ruang dalam masjid
Jalan baru/Pintu gerbang ke Masjid Sultan
Monumen sebelah kiri/kanan
Monumen sebelah kanan\kiri
Tu dia...ada bendera Singapura kat masjid..baru lepas hari Kemerdekaan Singapura
 
Masa dah melilau dekat area-area masjid sultan ni aku sempat la beli key-chain murah dalam SGD2 tuk lima key-chain. Disebabkan dah berjalan agak jauh ditambahkan cuaca yang mendung selepas hujan tadi dan dijadikan cerita  aku tak breakfast sebelum pegi maka aku decide nak makan nasi beriyani yang famous kat Restoran Zam Zam...nasi beriyani ayam aku pilih ngan limau ais tuk kasi kenyang perut...lepas makan dengan pelahapnya sopannya perjalanan balik dimulakan sebab takut ada masalah orang ramai plak...tapi sangkaan aku meleset, memang tak ramai orang...mungkin semua orang dalam mood perayaan dan mood bercuti lagi kot...
 
Mana ayamnya??
Tu dia...kena timbus dengan nasi!!
Alhamdulillah...lapo punya pasal!
 
 
Komen : Tujuan asal nak tukat bateri jam...tapi takpelah lain kali je!! 
 
 
 
 
 

Sunday, August 19, 2012

2 Makan-Makan di Hari Raya Pertama!!



Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidilfitri...Tengah makan ape tu?? Tgh dok membantai ketupat 5 biji dan rendang di dapur ke? Walau macam mana pun nafsu makan korang di pagi raya make sure makan secara berhemah...ada sebulan lagi nak menghadap makanan2 ni semua...maklumlah selepas ni plak open house plak nak kena terjah *kalau ada jemputan laa* Kadang-kadang tradisi ni yang menyumbang ke arah peratusan penghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis,...Tapi nak buat macam mana kan, dah menjadi satu tradisi kat Malaysia nie kan...Karang kalau tak dilayankan orang mengata plak*adatlah tuu*...
Lepat pulut...korang ade?? Jarang-jarang dah orang buat nie..
 
Sayur lodeh kot..hehe...sorry tak tahu nama!

Ayam masak merah!!

Kuah kacang!

Daging masak kicap...THE BEST !!Terima kasih emak!!

Ape2 pun layan laa gambo2 makanan di rumah mak bapak aku sempena hari raya pertama...hari raya kedua ketupat masih ada lagi cuma tak layan sangat mungkin sebab masa berbuka bulan puasa lepas yang ditaja oleh syarikat-syarikat keparat korporat banyak makan lauk berasaskan daging, sebab tu kot macam tak lalu sangat nak makan...Tak lupa gak ada satu menu khas yang dimasak oleh kakak ipar...nasi hujan panas...nama tak boleh blahh!!!...Ape2 pun kenyang dan Alhamdulillah!!

Kaler2 nasinya

Acarnya!!

Ayam untuk lawannya!!

Kari untuk kuahnya!!

Komen ; Tak sempat makan lepat tu laa!! Ape2 pun terima kasih kepada emak aku dan mereka2 yang terlibat dalam penyediaan makanan2 diatas...Ikhlas dari aku yang tau makan je...:)

0 Berita Sedih!

Semalam masa tengah menonton Buletin Utama TV3 malam tadi ade cerita pasal berita kat bawah nie...cuma tak expect yang suami kepada si mati adalah kenalan aku di tempat kerja...Bagi aku kehilangan seseorang di waktu nak menyambut perayaan ni memang menguji kesabaran dan keimanan seseorang...Semoga tabah menghadapi ujian daripada-Nya.

‘Nak isteri saya balik’

Oleh MUHAMAAD RAZIS ISMAIL
razis@hmetro.com.my
E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel
REMUK... bahagian depan kereta mangsa hancur selepas bertembung dengan lori ais. Gambar kecil Maisarah.
REMUK... bahagian depan kereta mangsa hancur selepas bertembung dengan lori ais. Gambar kecil Maisarah.
PILU... Uda tidak dapat menahan kesedihan.
PILU... Uda tidak dapat menahan kesedihan.
KOTA BHARU: “Saya nak isteri saya balik,” kata Uda Sarimin, 31, suami Maisarah Mohd Ali, 34, yang maut bersama dua anaknya berusia empat dan tujuh tahun dalam nahas ngeri di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Melor, di sini, semalam.
Kesedihan Uda tidak boleh dibendung lagi kerana beberapa jam sebelum kejadian, ketiga-tiga insan tersayang menghantarnya ke lapangan terbang, malah nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Maisarah yang memandu Perodua Viva dikatakan gagal memotong kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan sebuah lori ais yang datang dari arah bertentangan.
Kemalangan itu mengakibatkan mangsa bersama anaknya, Zakiah Hanim Uda, 4, mati di tempat kejadian manakala anak bongsunya, Rasyidah, 2, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah di kepala.
Anak saudaranya, Aisyah Shakilah Mohd Zukri, 7, cedera parah di kepala serta patah kedua-dua kaki dan menerima rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Pemandu lori, Adnan Jusoh, 38, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Selinsing, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di depannya tanpa menyedari sebuah lori datang dari arah bertentangan.
“Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh lori,” katanya.
Katanya, mangsa dan anaknya berusia tujuh tahun maut di tempat kejadian selepas tersepit di kerusi depan, manakala anaknya berusia dua tahun meninggal dunia di hospital dan anak saudaranya cedera parah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, suami mangsa pulang dari Putrajaya ke Kelantan bersama isteri dan dua anaknya untuk menghantar keluarganya berhari raya dengan kereta sebelum terpaksa pergi ke Johor atas urusan kerja pada hari sama dengan kapal terbang.
“Mereka tiba di kampung jam 2.30 pagi dan tidak tidur sementara menunggu sahur.
“Mangsa bersama dua anak dan seorang anak saudaranya menghantar suami ke lapangan terbang sebelum kemalangan berlaku dalam perjalanan pulang,” katanya.
Dalam pada itu, suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat HUSM apabila ahli keluarga terdekat, termasuk Uda, datang menuntut mayat isteri dan dua anaknya pada jam 1 tengah hari.
Uda yang kelihatan lemah dan menangis teresak-esak terpaksa diusung dengan kerusi roda sebelum dipapah dan ditenangkan oleh ahli keluarga.
Usaha media mendapatkan komen Uda gagal selepas dia kelihatan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarganya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Azmi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.02 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dengan sebuah jentera dan lima anggota dengan bantuan Bomba Ketereh dan Pasir Puteh.

0 Eid Mubarak & Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin


Setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan , maka confirmlah hari Ahad, jatuh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2012 nie...semoga hari raya kali ini membawa erti kepada kita umat Islam..Ade sedara Muslim kat Syria tu sibuk berperang jadi bersyukurlah kita dapat meraikan hari raya ini dengan keadaan aman...Aminn!!

1. Selamat pulang ke kampung *sape yg ade kampung laa*...berhati-hati di jalan raya...jangan jadi penyumbang statistik kemalangan
2. Makan secara berhemah...jangan terlalu mengikut nafsu * dapat kekang nafsu ke? ketupat, rendang, tart nenas, blueberry cheese tart, kek lapis, bahulu, dan lain2...mati laaa...sia2 je pose sebulan...haha!*
3. Menghayati erti Syawal sebaik2nya...Insya-Allah!!

Kisah Menjelang Raya
Aku tak menganyam benda nie..
Tahun ni aku TAK ambil kontrak menganyam ketupat...macam malas je tahun nie...abah ngan adik aku je yang menganyam...Hari terakhir ni takde keluar ke mana2 pun cuma pegi cari kuih last minute kat Azhar Food...bukan beli banyak pun setakat kuih makmur saja...selebihnya melepak kat rumah...tapi cuma ditakuti hujan akan menyebabkan mood raya kali nie'basah"...dan cari kasut raya tuk mak dan abah aku..
Proses memasukkan beras..bukan aku jugak..
Aku takde benda nak dibelinya...rasa dah cukup kot..cukup2lah tu...beli yang perlu je...lepas ni nak tukar bateri jam tangan lagi...rasanya nak kena pakai duit lebih sikit..



Bata kat Jalan Kluang...
Besar kedai nie...Banyak pilihan gak..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir dan Batin!

Komen : Ramadan berlalu pergi meninggalkan kita...Syawal kini menjelma!!!

Sunday, June 17, 2012

1 Selamat Hari Bapa 2012




Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

~Usman Awang

Komen : Teringat lagu "Ayah Dan Ibu" oleh Allahyarham Sudirman!!

Wednesday, May 16, 2012

0 Selamat Hari Guru 2012



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Komen : Jasamu dikenang!!! 

Sunday, May 13, 2012

0 Selamat Hari Ibu a.k.a Happy Mother's Day


Hari ini hari khas untuk meraikan ibu-ibu di seluruh dunia walaupun sebenarnya pengorbanan dan jasa ibu lebih daripada sehari untuk diingati. Selagi hayat dikandung badan. Walau bagaimanapun sudi-sudi dengarkanlah lagu daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee daripada filem IBU dan lagu dengan judul yang sama kat bawah nie. Selamat Hari Ibu!


Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih tiap waktu


Betapa tidak kerna engkaulah
Yang menyinarkan hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku

Kau tak dapat ku lupakan
Wahai ibu

Komen : Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu!!

Tuesday, May 1, 2012

0 Selamat Hari Pekerja a.k.a Labor Day!

Image source : Google!

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang ada kerja...Pada yang menganggur secara sukarela tu ubah2 lah selera pegi cari kerja...yang tak dapat kerja2 lagi tu lebihkan usaha dan jangan sangat memilih kerja!! Walaupun public holiday hari ni...memang sangat malas laa nak buat kerja...tambah2 lagi paginya panas tapi start pukul 3 petang tadi sampai pukul 7 malam hujan mencurah2 turun...Kebanyakkan negara kat dunia celebrate 1 May sebagai hari pekerja tapi Amerika menyambutnya di hari yang berbeza! Disambut pada hari Isnin yang pertama pada bulan September setiap tahun...

In the United States, Labor Day is a federal holiday observed on the first Monday of September.[5] It is customarily viewed as the end of the summer vacation season.[6] Many schools open for the year on the day after Labor Day .[7]   Source : Wikipedia
Komen : Cuba nak jadi pekerja yang produktif!

Sunday, February 5, 2012

0 Maulidur Rasul 1433 Hijriah


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Sumber : Wikipedia

Komen : Semoga dapat mengamalkan sunnah-sunnahnya. Insya-Allah.

Monday, January 23, 2012

0 Gong Xi Fa Cai 2012 - Year Of the Dragon!


Selamat Tahun Baru Cina..cuti panjang wooooo!! 4 hari...moga-moga arrr...banyak onggg ini tahun lehhh!!

Overdose buah limau!!

Komen : Rehat...rehat....dan rehat!!!

Sunday, January 1, 2012

0 ~~Happy New Year 2012~~


Aku just nak quick update and wish semua pengunjung blog yang tak beberapa nak popular nie..."Happy New Year 2012".


Komen : Banyak benda nak update...tapi kepala pening dan kaki sakit...gara-gara menapak berkilo2 meter kat Singapore...lepas tu esok keje plak...company tak ambik cuti New Year...ntah ape2..

Sunday, December 25, 2011

0 Merry Christmas 2011



Wishing Merry Christmas to all Christians all over the world.!!

Hujung minggu yang panjang....aku memang takde plan ke mana2 pun cuti ni...just nak balik to my kampung...dah lama gak tak balik...aku tahu dalam time2 holiday camni...pegi memana memang ramai orang...budak2 pun ramai sebab cuti sekolah....ditambah lagi dengan musim hujan...dalam minggu2 terakhir bulan December nie mesti ramai mak bapak bawak anak2 diaorg pegi jenjalan...pegi shopping baju sekolah...tengok wayang dan ape2 sajalah yang boleh sebelum sekolah naik....so aku kasi can(yang bermaksud peluang bukan"can" = boleh) kat diaorag...

Komen : Ingat nak singgah JPO(Johor Premium Outlet) dulu sebelum sampai kampung!!! Maklumlah "bulan terang" kann!!!

Sunday, November 27, 2011

0 Salam Maal Hijrah 1433



Assalamualaikum
Aku nak mengucapkan Salam Maal Hijrah/ Tahun Baru Islam 1433 Hijrah....Semoga tahun baru akan membawa keberkatan dalam hidup semua. Insya-Allah!! Penghijrahan itu satu
pengorbanan,

Komen : Bukak buku baru dan Al-Fatihah kepada Allahyarham Zul yang meninggal dunia semalam 30 Zulhijjah 1432 Hijrah kerana penyakit leukemia.. Amin!
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates