Monday, April 22, 2013

0 Langkah Ceria April 2013






Masa yang telah ditunggu telah tiba…pukul 6:30 pagi dah bangun .bersiap2 ape yg patut…dalam pukul 7 pagi dah bergerak ke bangunan Perbadanan Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman…tak ramai orang sangat waktu nie…banyak kaunter pendaftaran telah dibuka untuk pemberian baju yang disponsor oleh Maybank serta pembahagian breakfast sebelum larian…yang penting dalam acara Langkah Ceria nie sediakan kaki korang je untuk melangkah...tetamu terhormat kali nie Datuk Seri Wahid Omar, CEO Maybank(dah sponsor baju kan) dan Tengku Adnan Tengku Mansor…calon Parlimen tuk area Putrajaya(nak pilihanraya kan…)…acara bermula lebih kurang pukul 8:00 pagi…dengan ucapan drpd Datuk Seri Wahid Omar atau Tengku Nan(nama manja)...aku tak sure mana satu yang memberi ucapan...rasanya Tengku Nan lahh...maklumlah dah tua...cepat lupa...eerrkk!

Anak ikan nak langkah ceria jugak..
Cuaca OK
Istana Kehakiman

Langkah ceria ni biasanya akan diadakan pada hari Ahad ketiga setiap bulan...ade 2 jarak langkah ceria...3 KM ataupun 5 KM...tengok pada mana korang larat ke tak...aku ambik yang 3 KM je...maklumlah dah tua...takut kang tak pasal2 pengsan plak...Bagi aku satu langkah yang bagus dari pihak kerajaan tentang kesedaran amalan penjagaan kesihatan...kalau tak boleh berlari...berjalan pun sudah ok...:) JOM layan gambo...kalau ada masa lagi Insya-Allah bulan depan boleh meLANGKAH lagii....


Tempat Permulaan
Siap sedia..
Jalan je...Tak payah nak lari..
Tengku Nan enter frame
Akak steady!
Pakai Jean pun boleh!!
Tengah tunggu pengumuman cabutan bertuah!

P/S: Lepas korang habis melangkah ada acara cabutan bertuah…no diberikan semasa mendaftar!!

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates