Thursday, December 27, 2012

0 Hari Kedua di Putrajaya dan Terakhir : Pokok Krismas dan Taman Botani



Date : Ahad, 2 December 2012...Sambungan dari entri sebelumnya
Waktu : Selepas pukul 3 petang...

Selepas makan nasi minyak kat majlis kahwin agenda seterusnya ke Alamanda sebab nak snap Krismas tree kat Alamanda tapi takdelah lama kat sini...kang tak pasal2 duit terbang lagi kat makanan yang sedap2...Selepas point dan shoot snap beberapa gambo pokok Krismas dan Bamboo Walk kat dalam Alamanda...aku dan adik aku terus gerak ke Taman Botani...memula memang Taman Botani ni tak termasuk dalam plan tapi disebabkan on the way nak ke Laman Perdana akan jumpa Taman Botani ni dulu maka singgah lah jap..
Pokok Krismas yang blink blink!!
Alamanda Centre, Putrajaya
Bamboo Walk, Alamanda!
 
Jom tengok ape yang ada dalam dalam taman nie...ade kelompok bangunan yang dibina yang bercirikan konsep bangunan Morocco kalau tak salah aku diberi nama Laman Morocco dan terdapat jugak satu-satunya restaurant diberi nama Putrajaya Seafood...aku assume restaurant ini bertaraf eksklusif dan reganya pun boleh tahan mahal kot laaa...Taman ni boleh tahan luas dan besar tapi disebabkan taman ni hanya satu persinggahan je sebelum ke Laman Perdana makanya sekejap saja aku dan adik aku kat sini...konsep taman yang menarik..ada trek pejalan kaki , basikal, dan motorsikal*sebab masa aku jalan kat trek ada motor lalu...kereta tinggal kat parking je...jangan malas nak berjalan* Parking space kat taman ni unik...menggunakan batu kerikil*sila rujuk gambo untuk pemahaman visual yang lebih*

Laman Morroco
Seni Khat
Why Morrocco concept? Me don't know..!
Aku rasa pokok kurma kot atau palma yang tak berbuah!

Morrocco Architecture
Morrocco Garden!

Putrajaya Seafood from far far away!!

Putrajaya Seafood

Ada jeti..cuma tak nampak bot je
 
Parking space...kat atas batu kerikil tu bukan yang kotak2 tu!
 
Selepas berpeluh2 disebabkan lemak-lemak yang sedang terbakar disebabkan berjalan2 dan mengambil gambo kat taman nie maka penambahan atau penggantian lemak pun akan berlaku lagi...jadi kenalah mendapatkan lemak-lemak tersebut balik...so next pit stop kenalah makan di Laman Perdana...makan ape? makan SATE...last destination in the trip...Sila rujuk entri Sate Laman Perdana K8 di SINI !!!


Komen : Tamat sudah entri Putrajaya 2012...jumpa lagi di tahun 2013...Insya-Allah!!

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates