Assalamualaikum...
Selamat bertemu lagi di hari Isnin yang mood keje siang tadi masih suam2 kuku...tapi memandangkan boss will be off for few days for training starting tomorrow then aku bolehlah bergembira start esok sampai Khamis...OPPS!! Just kidding!.. Second boss is still around...and WATCHING us...huhuhu!!!
Alkisah hari Sabtu lepas...gigih nak melawat Universal Studio memandangkan rata2 orang yang aku kenal dan ramai blogger yang aku baca blog dia dah pun berjimba kat Universal Studio SIngapore(USS) yang terletak kat Sentosa Island nie...aku pernah sampai ke Sentosa Island nie few times after USS ni dah ada...tapi tak pernah masuk lagi USS ni..tengah menghitung hari bila agaknya nak pergi nie..
Masuk SIngapore memang la dah lambat...dalam kul 12:30 tengahari baru gerak dr rumah...maka gedebak gedebuk kat highway sampai Larkin dalam pukul 1:30 tengahari...sempat tukar duit SGD50 for RM122.50(Rate 2.45)...SJE(Singapore Johor Express) menjadi pilihan sebab malas nak berdiri dan bergayut kat tiang2(dah tuaaa..:()Rega tambang RM3.30 straight ke Queen Street...x de berenti2....Urusan kat Imigresen tak banyak songeh and tak ramai orang....sampai kat Queen Street terus pegi ke Masjid Sultan tuk menunaikan ape2 yang patut2...lepas tu baru aku ambik cab ke Vivo CIty dengan rega SGD8(RM19.60 ~ RM20.00...mcm org kaya je kan!!..:) tapi tak lah penat sangat and save time)
Memandangkan aku lupa nak review balik map MRT macam mana nak interchange station(actually Outram Park...itu pun lepas aku balik baru aku tengok map) dari Bugis ke Harbour Front dan alasan tuk mengelakkan kedua2 kaki aku daripada sengal2 akibat menampung berat badan yang berlebihan ..(OPPSS lagikk.)..maka aku mengambil keputusan mengambil teksi dari Queen Street... dalam masa setengah jam dah boleh sampai ke Vivo CIty..tuk pengetahuan korang Vivo City dimana Harbour Front Station terletak..station yang menghubungkan antara main Singapore Island ke Sentosa Island..
Ok pasal Sentosa Boardwalk nie pulak ..memula aku memang tak perasan kewujudan Sentosa Boardwalk nie last time aku kat Vivo City nie dan aku tak expect pun benda nie ada(mungkin baru je ada)...tapi bila aku keluar dari Vivo City on the ground floor kat luar tu(memula aku ingatkan nak ambik gambo je) baru aku perasan tempat pejalan kaki ni atau dikenali dengan Sentosa Boardwalk nie...Bagi aku ni merupakan satu lagi alternatif/inisiatif pihak tertentu untuk pengunjung memilih cara ke Sentosa Island...1. dengan menaiki kenderaan seperti kereta atau bas 2. MRT dengan bayaran SGD3 3. the latest one menggunakan boardwalk nie...so pengunjung yang masih kuat dan boleh berjalan boleh menggunakan laluan nie tuk sampai ke Sentosa dengan bayaran SGD1 sahaja...discount SGD2 sebab menggunakan boardwalk nie...dan aku rasa ini boleh mengurangkan kesesakan kat monorel SGD3 tuuu...kadang2 queue yang monorel SGD3 tu memang luar biasa kalau waktu puncak...terkehel kaki boleh dibuatnya kalau beratur....cuma persoalannya sekarang sama ada ko nak jalan ke tak??
Masjid Sultan
Bahagian belakang Masjid Sultan...ada souvenir shop!
Non Muslim visitor!
Info on Masjid Sultan
Uncle uncle can drive faster2 aarrr...It's 3 PM ooolediiiiii!
Komen : Bersambung aarrrrrr....macam biasa la kan....lagipun Monday Blues maaaa!!!
0 comments:
Post a Comment