Tuesday, November 19, 2013

2 Melaka Bandaraya Bersejarah : Hotel Equatorial Melaka



Assalamualaikum..

# Entri ni dah lama terpendam untuk dibloggingkan...trip masa nak celebrate birthday yang ke 100 tahun*propa* di Melaka Bandaraya Bersejarah...ingat lagi masa enjin kereta mati kat bangunan Stadhyus tu....nasib baik enjin kereta tu hidup balik...kalau tak memang masuk dalam trip paling diingati sepanjang hayat di kandung badan aku laaa....fuhhh!!






#Memandangkan tajuk tu berkaitan dengan hotel maka kat sini aku nak berkongsi dengan pembaca blog ni*kalau adalahh....*tentang penginapan aku di bandar Melaka iaitu Hotel Equatorial Melaka...

#Terletak di kawasan strategik, Bandar Hilir, di mana lokasi tempat pelancongan semuanya berdekatan....walking distance kata orang putih...kalau orang Melayu kata taklah jauh sangat...jalan pun boleh*macam tu laaa lebih kurang*. A Famosa dekat, Menara Taming Sari dekat, Dataran Pahlawan dekat....Jonker Walk pun dekat...Hard Rock Cafe pun dekat...kiranya semua serba dekat laa...

#Bagi aku dari jauh dan luaran takdelah hotel ni nampak macam baru sangat...tapi disebabkan lokasi hotel ni aku rasa memang so far the best in term closer to tourist attraction seperti yang disebutkan di atas..

#Aku book melalui website ni http://www.booking.com. Website macam AGODA tu aku tak pernah cuba...so tak boleh komen lebih2...Tapi aku rasa dapat good price masa booking tu RM240(exclude tax yang pelbagai dan tak termasuk breakfast...kalau nak breakfast kena tambah dalam RM30 per person...nampak sangat kapitalisme kat situ kan)....lebih baik aku pegi warung boleh dapat breakfast, lunch, dan dinner sekali....



#Condition bilik aku bersih ....aku tak tahu bilik lain mcm mana...lain orang lain dia punya experience.. betul tak? Facility semua ada swimming pool, sauna, steam room, dan jacuzzi...tak pernah2 aku masuk jacuzzi*jakun sekejap...sampai ibu jari kaki termasuk kat dalam tempat yang keluar buih2 tu...orang kampung kan!!...huhu...sauna dah try few times...peluh mencurah2...perut kembung je yang tak kempis2...:( *

#Spa atau nak urut2 memang ada...tapi harga mengikut standard kapitalisme....so aku pass...pergi mengurut kat Indonesia lagi bagus dengan harga kapitalisme tu boleh dapat 3-4 kali tau...

#Internet free tuk speed yang biasa2 je....kalau nak luar biasa bayar extra...FAHAM!!



P/S: Musim cuti sekolah ni mesti ramai yang pegi Melaka!!

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

hepi belated besday yak ke 100 tahun ek

*besh ar dok hotel besooo gedabak

Ana Jingga said...

pernah stay sini sekali mmg best dan selesa..padanlah dgn harganya...nice entri Luddin..

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates