Sempena cuti berganda disebabkan Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad maka dapatlah kita semua rakyat Malaysia untuk bercuti pada hari Isnin tadi ni...aku pun sibuk menyibukkan diri dengan memecut kereta balik ke kampung sejak hari Sabtu lepas lagi...memang takde plan nak berjalan/travel lama2 selain dari balik kampung sebab projek kat tempat kerja pun tengah berjalan...nasib baik...kalau tak confirm mesti ada tiket yang dikorbankan...*Fuhhh...tarik nafas lega*
Tengah merebus telur!!
Oleh kerana mencari rezeki jauh dari mak bapak maka jarang2lah nak merasa makanan mak kan...asyik membeli je dan jauh panggang dari api laaa kalau nak memasak...so aku dah plan before aku balik kampung lagi yang aku nak makan nasi lemak mak aku yang masak...tapi sebelum memasak kenalah cari bahan kan...kalau suruh masak tapi takde bahan *tak faham2 kena pegi beli kat pasar* kang nanti dicap bangang plak tak pun dicop anak derhaka...*Haha* Sempatlah pegi ke pasar sambil bawa bakul ala2 Kak Limah *cite yang ni aku tokok tambah* beli udang besar sekilo, buah timun, dan telur....bahan2 yang lain mak aku cakap dah ada...
Dua batang atau dua biji atau dua buah timun?
So malam tadi sempat laa buat memana yang patut didulukan bagai...cabut ekor udang, kepala kasi tinggal sebab nak kasi sambal udang tu sedap sikit...biar air kat otak udang tu jadi kuah sikit...kalau tak rasa kuah sambal tu kurenggg !! Ye ke?? Agaknya kot... :) Pas tu ngan rebus telur je....Ikan bilis goreng memang dah ada...Timun pun boleh potong masa time nak makan...Santan kelapa semua dah siap...So pagi tadi aku bangun je dah terhidang le nasi lemak...Bahagianya hidup!!!
Dah siap...jom melantak makan dengan bersopan santunnya!!
Komen : Terima kasih emak dan masakan emak adalah yang terbaik di mulut aku :)!!
0 comments:
Post a Comment