Saturday, January 14, 2012

0 Utusan Online Lagi....!

 Bilik mesyuarat Parlimen Indonesia RM6.6 bilion

JAKARTA 11 Jan. - Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia yang sering dibidas kerana membazir, kini berdepan satu lagi kritikan selepas ia membelanjakan sebanyak 20.4 bilion rupiah (RM6.6 juta) hanya untuk memindahkan satu bilik mesyuarat ke sebuah bangunan lain.
Dimaklumkan, jumlah yang sangat tinggi itu turut merangkumi perbelanjaan beberapa peralatan elektronik termasuk tiga televisyen LCD dan sistem kunci elektronik.
Para wartawan dilarang memasuki bilik mesyuarat tersebut yang sebelum ini digunakan oleh jawatankuasa khas DPR.
Bilik baru di bangunan Nusantara II itu kini digunakan Jawatankuasa Bajet Dewan selepas dipindahkan dari bangunan Nusantara I.
Pelbagai dakwaan rasuah sering timbul berkaitan proses belanjawan DPR termasuk tuduhan ‘bajet mafia’.
Pemindahan bilik mesyuarat itu juga dikritik Forum Bajet Transparensi Indonesia (Fitra), memandangkan bilik asal jawatankuasa tersebut masih berada dalam keadaan baik.
Pertubuhan bukan kerajaan itu juga menggesa rancangan tersebut ditangguhkan kerana ia boleh mendatangkan kritikan orang ramai.
Speaker Dewan, Marzuki Alie bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu terbaru itu. - AGENSI

Sumber berita di atas adalah dari Utusan Online

Komen : Tengok tajuk macam menarik RM6.6 billion...kaya betul kerajaan Indonesia...bila dah baca artikel...salah tulis daaaa.....asyik buat silap je orang Utusan nie...

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates