As per in my previous entry aku cakap yang aku pergi Singapore waktu Deepavali hari itu. Aku akan bercerita di entry yang akan datang. Before that let's continue the Bali trip yang tak habis2 ni...hehehe!!
Disebabkan air pasang aku dan angah tak dapat turun ke kawasan bawah kuil. Tak lama kat Tanah Lot.Tour diteruskan ke Kuil Taman Ayun. Nasib baik takde bayaran masuk dikenakan.(Aku terbaca kebanyakkan tempat2 keramat di Indonesia ada penjaga pintu yg meminta bayaran yg tak munasabah). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ketika di Taman Ayun ini satu upacara sembahyang akan bermula.
Pelancong tidak dibenarkan untuk masuk ke ruang utama kuil, tetapi di sekeliling kuil ini ada ruang untuk pejalan kaki.
Selepas menghabiskan masa lebih kurang setengah jam kat Taman Ayun, destinasi berikutnya sawah padi yang ditanam di lereng bukit di Tegalalang yg perjalanannya mengambil masa sejam. What can i say is a spectacular view!!
Menghabiskan masa hanya 15 minit sahaja dikawasan ini disebabkan ia terletak bersebelahan jalan utama dan jalan ini amat sesak kerana byk kenderaan yg berhenti dikiri dan kanan jalan.
Destinasi berikutnya, centre for painting from Bali artists. Lukisannya semua cantik-cantik. Tetapi wangnya
yang tidak cantik. :(
Tamat sudah trip untuk hari kedua. Malam itu melantak lagi....
Next Entry : Bali-Third Day at Kuta Beach and Tanah Lot Againnnn!!!!
0 comments:
Post a Comment