Thursday, January 26, 2012

3 Mr Perkasa Johor 2012(Abang2 Bukak Baju)


Hari dan Tarikh : Ahad, 22 Januari 2011
Lokasi : Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
Masa : Lepas Zuhur..

Memang plan nak balik kampung lambat masa raya Cina lepas ni....so hari Ahad masih melilau lagi kat Pasir Gudang...masa tgh dok surfing dapat lah info ada pertandingan Mr Perkasa Johor 2012 kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang...consider it very the "PUSAT" laaa....walaupun taklah sehavoc mana...hahaha....so disebabkan nak cari bahan/entri tuk blog tercinta nie(hahaha gelak lagi sekali...)...consider Mr Perkasa ni macam pertandingan bina badan tetapi sopan sikit...kalau kebiasaannya pakai seluar dalam je...tapi kali ni sopan sikit dengan hanya memakai jean ...participant kebanyakkannya dari ahli2 gym seluruh negeri Johor...dan aku rasa diaorg tgh off season...sbb tgk body2 macam x de bentuk...gedebe ngan lemak adalah.(termasuk penulis blog jugak....hmmm...hmmm)...2 kategori dipertandingkan...1. Bakat Baru dan 2. Terbuka(aku rasa yang ini tuk otai-otai laaa)..

Gambo tuk Kategori bakat Baru..




Tapi nak tunggu acara ni memang berjanggut laaa....ingatkan datang dalam pukul 12 tengahari terus dah start..tapi ada acara senamrobik(joget goyang2 bontot) oleh akak2...lama gilaaa tunggu benda alah nie nak start...nak dekat pukul 4 petang baru senamrobik habis...kalau aku tahu bantai tidur dulu kat rumah....sebab petangnya plan nak balik kampung...at least dr buang masa aku dengan menunggu lama baik aku berehat kan....lama punya pasal sempat pegi melantak merasa Pizza Hut Fortune yg baru tu...sempena Tahun Baru Cina punya pizza maaa...NOT bad....sedap...

Gambo tuk Kategori Terbuka(Yang Otai-Otai)








Komen : Kalau dok melantak Pizza Hut laaa.....McDonald laaa.....Nasi Lemak laaa....Teh Tarik laaa....macam mana nak dapat body mcm diaorang nie...?

Wednesday, January 25, 2012

0 Hari Ketiga di Tahun Baru Cina!

Gong Xi...Gong Xi...Gong Xi....Kenapa 3 kali? Afdal katanya....kalau orang Cina kata merah itu ada ONG....buah limau ada ONG...dalam agama Islam pun ada gak ....33 kali berzikir...ambik wuduk setiap anggota pun 3 kali...afdal katanya....kelebihan nombor 3 dan fadhilat disebaliknya...Wallahualam...! (Melalut pulak tak pasal2...)
Hari ni dah hari ketiga dalam kalendar Tahun Baru Cina di Tahun Naga...so hari pertama bekerja dalam minggu nie...tinggal 3 hari je tuk bekerja....bekerja setelah 4 hari bercuti memang penuh cabaran...ditambahkan lagi yang ramai bercuti....mood yang suam2 kuku...

Komen : Entri pendek je...sebab MALAS nak men"typo"..Gambo 1 abang2 bukak baju...Gambo 2..Akak2 joget goyang bontot!!! Cerita lebih lanjut...tunggu!!!

Monday, January 23, 2012

0 Gong Xi Fa Cai 2012 - Year Of the Dragon!


Selamat Tahun Baru Cina..cuti panjang wooooo!! 4 hari...moga-moga arrr...banyak onggg ini tahun lehhh!!

Overdose buah limau!!

Komen : Rehat...rehat....dan rehat!!!

Sunday, January 22, 2012

0 Terkaya di DUNIA!!

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.
Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.
Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.
Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.
Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.
Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Sumber berita dari Utusan Online.

KOMEN : Suka aku baca berita nie sambil tersenyum sinis...tengok 2 paragraf terakhir yang aku kaler warna biru dengan purple..dari mana Kamal Ashnawi dapat duit tu....akaun yang dibuat pada tahun 1875....perghhh...inflasi rate ke nie??  Dan asal usul keturunan dia...kat Perak banyak Jawa ekkk??? Hehehehe!!

Thursday, January 19, 2012

0 Australian Open 2012 Kekdahnya..!!


Rega bola 3 biji pun dah naik...dulu dalam RM14 hengget dah boleh dapat kalau JUSCO ada buat discount 10% hmmm...kena fikir 2-3 kali kalau nak beli nie...baru je nak start semula main tenis nie...FAKTOR2 hujan...MALAS...menyebabkan tergendala sejak puasa tahun lepas...

KOMEN : Kurang feeling nak follow Australian Open 2012...

Wednesday, January 18, 2012

0 Rihanna - We Found Love ft. Calvin Harris


Sekarang aku tgh dok melayan lagu Rihanna nie .it's a dance song......sedap gak...boleh hentak2 kaki ngan kepala....link video kat YouTube kat bawah ni telah diliihat sebanyak/anggaran 111,000,000....hebat....hebat...rakyat Malaysia baru je dalam 24 juta...lepas tengok mcm ade relate ngan past love dia ngan Chris Brown...so layan laaa sambik hentak2 memana yang patut...jangan hentak orang sudahhh.....!!
                         


[Rihanna]
Yellow diamonds in the light
And we're standing side by side
As your shadow crosses mine
What it takes to come alive


It's the way I’m feeling I just can't deny
But I've gotta let it go


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place


Shine a light through an open door
Love and life I will divide
Turn away cause I need you more
Feel the heartbeat in my mind


It's the way I'm feeling I just can't deny


But I’ve gotta let it go


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place


Yellow diamonds in the light
And we're standing side by side
As your shadow crosses mine...


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place

Komen :Setiap perhubungan ada "give and take"

Sunday, January 15, 2012

0 Johor Premium Outlet, Kulaijaya, Johor Darul Takzim

Setelah 3 kali pegi Johor Premium Outlet niee....baru lah terlaksana nak post entri nie...penyakit M.A.L.A.S punya pasal(walaupun dah tahun baru..azam masih lama...hahaha!) ....siang Ahad tadi gigih pegi tuk kali ketiga tuk membuang masa kat sini(takde kaitan tuk membuang duit kat sini....*nanges*)..biasa laaa...tempat baru...masih teruja dengan konsep Factory Outlet nie...yang pertama di Asia Tenggara katanya....
Signboard nie dr highway PLUS dah boleh nampak.
dan merupakan satu projek yang termasuk di dalam projek Iskandar....(masuk iklan jap :"bila Legoland nak siap nie...") dan merupakan salah satu projek usahasama antara Genting Group dengan Simon Property Group of USA. Sedikit info pasal company nie dan lokasi dia...Info dalam bahasa Inggeris...sila bukak kamus kalau tak tauu...dan paling penting basic English eaaa.... :)
Cantik je awan tu...
"Premium Outlets® is the outlet division of Simon Property Group and is based in Roseland, New Jersey. The Premium Outlets® portfolio includes 70 Premium Outlet Centers® including 57 in the United States, one in Puerto Rico, eight in Japan, two in Korea, one in Malaysia and one in Mexico as well as additional outlet centers for a total of 82 properties."

"Johor Premium Outlets is located at the intersection of the North-South Expressway and the Second Link Expressway. With the Bandar Indahpura, Kulai-Second Link Expressway Interchange expected to be completed in October 2011, Johor Premium Outlets will be highly accessible to all traffic going to and from Johor and Singapore. Johor Premium Outlets is also a short distance drive from Senai International Airport, about 3 hours' drive from Kuala Lumpur and about an hour's drive from the city of Singapore.
"
Source taken from : Johor Premium Outlet 
Korang boleh check kat link ni tuk worldwide punya store dan dia punya konsep dan rupa bangunan sejibik lebey kurang sama je....http://www.premiumoutlets.com.my/worldwide
Noodle hot plate...Yummy!!
Don't forget the cili padi sauce..heaven!!
Dessert : Marry Yogurt...sedap sikit dari Tutti Frutti!! 3 toppings: aku ambik Kiwi, Strawberry, & Grapes
Tambah lagi waffles...kebulur betull!!
JOM Kopi...semua benda ko nak jom!!
Ambience and deco...not bad..yang penting ber-air-cond...
FOOD COURT...dijamin korang tak kebulur kalau pegi sini...yang penting ada ongkosnya...:)
Ok cukup dengan mukadimah ...jom layan gambo masa aku makan kat food court premium outlet nie dan kedai2 yang ada kat dalam nie...sebelum jalan kena makan dulu sebab sampai kat Premium Outlet nie dalam pukul 2 petang...cuaca boleh tahan panas...:(   harus melantak dulu dan hilangkan dahaga...baru ada tenaga nak masuk keluar kedai...dan harga makanan kat Food Court ni adalah lebih mahal daripada harga makanan kat warung2...kena faham konsep eaaa....beraircond...ambience menarik...sebab tu mahal..lupa nak bgtau yang aku pegi dengan angah(partner in crime)...kitaorg lepak2 dan mentekedarah sampai jam 3 petang baru bergerak nak masuk kedai...bukannya ada benda nak beli sangat...windows shopping kekdahnya...
3rd time pegi baru bukak...Made In Germany
 Made In USA...mana jeans Guess aku eaa?Nak selongkar almari nie..
 Made In USA...Teringat aku commercial dia...tagline "Falling into GAP"
Made in USA...San Franscisco to be exact...
Made In USA gak...
Made in United Kingdom...
Made in USA gak....
Singapore maliiiiiiii....
Made in Australia...
Made in United Kingdom
Made in USA...name of fashion designer
High Street...tingkat atas....Low Street...tingkat bawah..
Johor Premium Outlet
Dalam pukul 6 petang kaki dah mula kematu...semenjak dah masuk tahun baru dan umur pun meningkat memang kaki cepat sakit...(statement merendah diri..hahaha!!) Aku dan angah decide nak balik...Dalam masa lebih kurang 3 jam melilau kat dalam nie dapatlah aku merembat wallet yang boleh isi dalam tu passport dari FOSSIL..rega RM100 bersih....yang itu aku cite besok...
FOSSIL...Made In USA...ni cite esok...lusa...kalau MALAS..tahun depan laa kan
Komen : Beli yang patut dan perlu je...jangan membazir..!!

Saturday, January 14, 2012

0 Jason Mraz - I Won't Give Up



                       

Jason Mraz - I Won't Give Up
when i look into your eyes
it's like watching the night sky
or a beautiful sunrise
well there's so much they hold
and just like them old stars
i see that you've come so far
to be right where you are
how old is your soul?

i won't give up on us
even if the skies get rough
i'm giving you all my love
i'm still looking up

and when you're needing your space
to do some navigating
i'll be here patiently waiting
to see what you find

'cause even the stars they burn
some even fall to the earth
we've got a lot to learn
god knows we're worth it
no, i won't give up

i don't wanna be someone who walks away so easily
i'm here to stay and make the difference that i can make

our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
we got yeah we got a lot at stake
and in the end, you're still my friend at least we didn't tend
for us to work we didn't break, we didn't burn
we had to learn, how to bend without the world caving in
i had to learn what i got, and what i'm not
and who i am

i won't give up on us
even if the skies get rough
i'm giving you all my love
i'm still looking up
i'm still looking up

i won't give up on us
god knows i'm tough, he knows
we got a lot to learn
god knows we're worth it

i won't give up on us
even if the skies get rough
i'm giving you all my love
i'm still looking up


Komen : Penulis blog feeling2 'hopeless romantic' bila mendengar lagu nie...so far best song for 2012 so far....   **mood feeling2 and jiwang2...hehehe**

0 Utusan Online Lagi....!

 Bilik mesyuarat Parlimen Indonesia RM6.6 bilion

JAKARTA 11 Jan. - Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia yang sering dibidas kerana membazir, kini berdepan satu lagi kritikan selepas ia membelanjakan sebanyak 20.4 bilion rupiah (RM6.6 juta) hanya untuk memindahkan satu bilik mesyuarat ke sebuah bangunan lain.
Dimaklumkan, jumlah yang sangat tinggi itu turut merangkumi perbelanjaan beberapa peralatan elektronik termasuk tiga televisyen LCD dan sistem kunci elektronik.
Para wartawan dilarang memasuki bilik mesyuarat tersebut yang sebelum ini digunakan oleh jawatankuasa khas DPR.
Bilik baru di bangunan Nusantara II itu kini digunakan Jawatankuasa Bajet Dewan selepas dipindahkan dari bangunan Nusantara I.
Pelbagai dakwaan rasuah sering timbul berkaitan proses belanjawan DPR termasuk tuduhan ‘bajet mafia’.
Pemindahan bilik mesyuarat itu juga dikritik Forum Bajet Transparensi Indonesia (Fitra), memandangkan bilik asal jawatankuasa tersebut masih berada dalam keadaan baik.
Pertubuhan bukan kerajaan itu juga menggesa rancangan tersebut ditangguhkan kerana ia boleh mendatangkan kritikan orang ramai.
Speaker Dewan, Marzuki Alie bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu terbaru itu. - AGENSI

Sumber berita di atas adalah dari Utusan Online

Komen : Tengok tajuk macam menarik RM6.6 billion...kaya betul kerajaan Indonesia...bila dah baca artikel...salah tulis daaaa.....asyik buat silap je orang Utusan nie...

Monday, January 9, 2012

0 Khao Niaow Ma Muang - Apa Dia??????

Tajuk tak boleh blah...hahaha!!..Akhirnya walaupun dah 4 kali pergi Thailand...rupa2nya kat Malaysia jugak aku dapat makanan nie...dessert atau pencuci mulut bagi orang Siam iatu Mango Sticky Rice atau pulut mangga...tapi macam tak authentic la kannn...mesti tak sama macam orang Siam buat....kat mana aku menjamah benda alah nie....kat restoran Absolute Thai kat JPO(aku belum buat entri lagi pasal Johor Premium Outlet nie...)  TERUJAAA bila lau depan restoran nie masa first time pegi JPO and tengok menu dia orang tampal kat dinding diaa....
Tak banyak mana...sikit je ...mangga separuh pun dah RM9.90 harga...*nangesss..nak rasa punya pasal*

Tapi disebabkan ini first time aku merasa benda alah nie...aku tak tahu laa nak banding2 kan...lebih2 lagi kalau bukan orang Siam yang buat....tak tahu laa kalau tukang masak kat Absolute Thai nie memang orang Siam...tak tahu plak aku kalau mangga tu memang Mangga SIam...hehehe!!...Tapi kalau nak buat pencuci mulut nie memang kena menggunakan mangga yang manis....ditambah lagi dengan lemak pulut dan lemak santan...maka akan berlemak2 lah ia....dan confirm semua orang suka benda2 berlemak2 nie...aku pun dok google ada ke resepi tuk benda lah nie...sebab tengok macam senang je aku tengok nak buat...bukan aku laaa...aku suruh orang lain buat laa....

Absolute Thai, Johor Premium Outlet
Aku pun tanya Mr Google macam mana nak buat dessert nie....Resepi korang boleh ambik dan cuba dan praktikkan kat link nie...

Komen : Bila la nak musim mangga nie....sekarang asyik nampak Raja Buah je conquerr!! Hmmm..Serawa Durian pun sedap gak...

Sunday, January 8, 2012

2 AKhirnya....Pengidaman Berakhir...!!



Komen : Akhirnya pencarian/pengidaman telah berakhir...berbelah bagi aku nak berkata-kata...sebab ini kali pertama menikmatinya......tiada perbandingan untuk dibicarakan..Hmmm...!!!

Monday, January 2, 2012

0 01/01/2012 di Marina Bay Singapore

Tahun 2012 dah pun tiba...walaupun ramai orang tengah bercuti lagi hari nie sebab lajak cuti Tahun Baru yang jatuh pada hari semalam(Ahad)...lagi pun banyak company yang ambik cuti Tahun Baru....sayang seribu kali sayang company aku tak ambik cuti tahun baru  maka pergi keje je laaa macam biasa(uarghhhhhhhhhhhhhh.....meraung!!!)...



Tapi aku nak cite pasal semalam ...Hari Pertama 2012.....gigih melangkahkan kaki ke Singapore lagi..sepasang kaki aku yang belum hilang penatnya lagi dan masih sengal2....tapi disebabkan gigih nak dapatkan cop 1 Januari 2012 kat dalam passport punya pasal....gila punya keje...semangat tahun baru laa katakan...hahaha...kira ok lahhh...ada orang lagilah nak bungy jumping lahhh....nak bunuh dirilah sempena Tahun Baru...tu lagi haru kann??



Mesti korang bosan punya kalau aku cite pasal Orchard Road lagi walaupun aku memang ke sana...tapi sekejap je...lepas tu beralih ke Marina Bay...so aku banyakkan kan gambo Marina Bay....iyalah selepas malam tadi diaorg celebrate New Year kat sinie....nak tengok ape benda yang diaorg buat kat sini malam tadi...ada sampah berlonggok2 ke....sungai penuh dengan plastik2 makanan ke macam Sungai Gombak ke? OPPSSS!!
Tapi oklahh....nampak macam beradab....takde sampah sarap yang obvious  yang menyakitkan mata kasar aku....tapi betul2 mencabar laaa....berjalan kaki selama 2 hari berturut2...dah tua kot!! *mode insaf jap* ....:)

Komen : Selamat Tahun Baru dan Semoga Tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...INSYA-ALLAH!!

Sunday, January 1, 2012

0 ~~Happy New Year 2012~~


Aku just nak quick update and wish semua pengunjung blog yang tak beberapa nak popular nie..."Happy New Year 2012".


Komen : Banyak benda nak update...tapi kepala pening dan kaki sakit...gara-gara menapak berkilo2 meter kat Singapore...lepas tu esok keje plak...company tak ambik cuti New Year...ntah ape2..
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates