Thursday, February 28, 2013

1 Hari Kedua di Pulau Pinang : Jeruk Madu Pak Ali, Georgetown, dan Batu Feringghi - Final Part



Assalamualaikum.....
Sambungan dari entri sebelum ni iaitu jalan2 makan angin di area Georgetown sampai perut kembung...Last entri cite pasal Jeruk Madu Pak Ali...Of course kedai ni punya main seller is jeruk buah2an…ade buah pelam...buah pala…buah betik…buah kedondong…tetapi bukan setakat  jeruk dia jual…ade jual souvenir seperti key chain dan t-shirt..ade jugak minyak panas dan balm…aku beli sikit sebab tak nak bebankan diri dengan berangkut benda alah ni dalam backpack aku…jual dalam rega promosi…3 paket tuk RM10…minyak panas buah pala dalam RM6 dan balm RM4 sebiji*aku beli 2 botol balm dan satu botol minyak panas*…lepas dah puas tengok2/beli dan snap gambo dalamenapak guna kaki di area Georgetown ni…Mari kita tinjau ape yang ade kat dalam kedai Jeruk Madu Pak Alm kedai Jeruk Madu Pak Ali ni…aku decide nak jalan2 ambik gambo kat jalan Penang Road nie…Banyak bangunan2 historical dan nostalgia kat sini…tak hairanlah kalau Pulau Pinang dinobatkan Unesco Heritage World City…
Main police station in Penang Road
Becak @ Trishaw
Brand Kayu Nasi Kandar
Brand Nasi Kandar Line Clear
Old ODEON
SUBWAY
Jeruk Madu Pak Ali
Macam-macam ade!
Aku tercari2 gak Masjid Kapitan Keling tuk revisit tapi ianya bukannya kat Penang Road…kat road ape ntah aku pun tak sure sebab tak masuk dalam plan*aku dah pergi from previous visit*...decide tuk sightseeing kat Penang Road je sebab kaki dah berat semacam je…fikir2 kemudiannya balik ke Batu Feringghi je laaa…menapak lagi ke area Komtar tuk ambik bas 101 balik ke Batu Feringghi…sampai kat Batu Feringhi decide tuk check inn dan berehat jap sebelum aktiviti ronda2 pasar malam…tapi sebelum ke pasar malam aku sempat bercanda di pasiran pantai Batu Feringghi *mencuci mata katanya...*

Almost sunset!
Almost sunset part 2
The other side
Night Market : Art for SALE!
Night Market: clothes and bags!
Aku takde intention barang apa pun nak dicari just walk for fun…*jalan lagiiii…exercise sungguh*…tipikal pasar malam...barang2 tiruan…souvenir mcm t-shirt…key-chain…CD dan DVD cetak rompak pun ade…yg penting: berkenan dan ada fulus*terbeli sebiji fridge magnet*…dalam pukul 9 malam aku dah balik ke hostel dan bila fikir balik jeruk yang dibeli macam tak cukup je…*kena ade revisit balik ke kedai Jeruk Madu Pak Ali*…mungkin pada hari esok selepas balik dari Penang Hill atau known as Bukit Bendera…


Komen : Hari kedua yang banyak berjalan!!



Wednesday, February 27, 2013

2 Kembali!


Assalamualakum..

Lama gak blog ni tak berupdate…tuan blog sangat sibuk…sibuk bercuti…sibuk melarikan diri dari anasir2 yang membuatkan tuan blog stress…*stress laa sangatkan …padahal ko yang create stress tu*…ingatkan bila dah cuti panjang nak berehat bolehlah hilangkan stress…silap hantu 44*pepatah ni tuan blog create sendiri*…bertambah lagi stress adalah selepas cuti ni lepas masuk opis…keje melambak2 menunggu...ciss…tapi masa cuti tu memang tak stress laaa….banyak benda dapat buat as yang aku plan…dapat pegi Festival Layang2 tuk tahun ni sebab tahun lepas dah skip…dan yang paling penting….ok sebelum aku membebel pasal cuti yang lepas nie...baik aku settlekan entri tuk trip Penang ni...kang terbengkalai laa semua cite pasal trip Penang sehingga tahun 2020...korang mampu?? *maklum laaa tuan blog hanya part time blogger *…k bai…!!

Komen : Solat dan doa dapat membantu mengurangkan stress...Insya-Allah!

Tuesday, February 19, 2013

2 Hari Kedua di Pulau Pinang: Plaza Gurney dan Georgetown! - Part 1


Masuk hari kedua …so korang mesti tau hari ape kan ? Sila klik kat Entri Part 1 nie kalau nak tau hari ape?…Malam pertama tu*bukan malam pertama yang tu…* pukul 8 malam je dah siap2 mandi dan melepak2 kat atas katil dengan harapan boleh tidur awal…tapi hampehnya  nak dapat tidur awal..Asyik terjaga macam tidur2 ayam…Dengan bunyi yang bising dari Pasar Malam yang berdepan dengan tempat Inn aku menginap ni serta kereta2 yang lalu lalang di sekitar jalan Batu Feringghi makanya memang susah laaa nak tidur...Pasar Malam Batu Feringghi atau "Night Market" ni memang tiap2 malam ada aktiviti berjual beli walaupun hari berkerja dan khas untuk pelancong2 dan dengan kepenatan hari pertama*bangun awal pagi tu nak ke airport*  ditambahkan lagi dengan aktiviti berjalan kaki di bawah sinar mentari maka lambatlah bangun pada hari kedua nie…dalam pukul 11 pagi baru bangun… qada' memana yang patut dan bersiap sedia tuk hari kedua di Pulau Pinang...bersendirian...*nanges*

Banyak deco Chinese New Year
Nice lantern decoration!

Aktiviti hari kedua adalah sangat sempoi…REVISIT Gurney Plaza dan George Town…Dengan menggunakan perkhidmatan Rapid Penang lagikk….bagi aku bas ni memang efficient and reliable…bas no 101 atau 102…rega dalam RM2 dari Batu Feringghi ke Gurney Drive nie dan RM2 jugak dari Gurney Plaza ni ke Georgetown...so kalau korang dalam bajet trip atau backpackers adalah digalakkan untuk guna servis Rapid Penang nie…Dalam pukul 12 tengahari dah sampai kat Gurney Plaza nie…nothing interesting…same as other Shopping Mall…high street fashion…Topman, Quicksilver, He By Mango, ESPRIT, Coach, dan blaa blaa….cuci mata je….*ye ke?...hehe*

Makan sorang2 je..
Nasi lemak...memang sedap sebab dah lapo..!

Pusing2 kat dalam tu sampai lapo..menyantap nasi lemak kat Old Town White Coffee sebab itu yang aku nampak tak ramai orang...kalau dah lapo semua benda sebat dan sedap..betul tak?  Sambung pusing2 lagi dan aku decide nak pegi ke George Town plak sebab masa masih byk lagi dan aku pun bukan terburu2 sangat...dalam pukul 2:30 petang dah keluar dari Gurney Plaza dan snap gambo2 laut kat depan Gurney Drive plak…cuaca panas tapi cantik dan marvellous…langit pun biru semacam je…Ok tak yah feeling sangat...Bus 101 ke Georgetown please...........*kaki dah rasa penat gila lenguh nie*



Bahagian depan dan luar Gurney Plaza
Banyak restoran yang "OPEN"...got it?
Bahagian Depan Plaza Gurney;;;gambo first kat atas tu bahagian belakang 
Infamous Gurney Drive
Panjang gilaa..
The sky is blue!
Sampai kat Georgetown dalam pukul 3:30 petang…memang awal lagi tapi kaki dah rasa lain macam…kepala pun mcm dah pening2…tapi gigihkan…pusing2 laa kat Komtar dan Prangin Mall tu…takde ape sangat…dengan ini aku declare yang Gurney Plaza is the best overall shopping Mall in Penang*kat pulau laaa….kat Bukit Mertajam tak kira dan Island Plaza yang kat dalam pulau pun tak kira sebab aku tak masuk lagi.*…Jelajah dengan jalan2 kat sekitar Penang Road…cari Pasar Chowrasta sebab nak cari jeruk katanya,….ingatkan dapat beli jeruk yang kat pasar…tapi masa on d way tu nampak satu kedai khas yang jual jeruk...Jeruk Madu Pak Ali...last2 aku decide beli Jeruk Madu Pak Ali…tak jadi nak beli jeruk yang Pasar Chowrasta tu...memang sedap…korang kena cari, rasa, dan beli banyak2…memang aku recommend dan mungkin sebab utama orang Melayu Islam...Ok gambo Jeruk Madu Pak Ali tu nanti aku tepek dalam Part 2 tuh hari kedua kat Pulau Pinang ni...sebab nak siapkan benda lain dan nak kejar dateline...matilaaa...Boley???
Next : Georgetown


Komen : Jeruk Madu Pak Ali memang ada rasa madu...bukan setakat hanya pada nama...makan takde rasa sakit tekak!

Monday, February 18, 2013

3 Hari Pertama di Pulau Pinang : Queensbay Mall dan Hard Rock Cafe!!



Biasanya time travel bermula dengan hari Sabtu Ahad Isnin Selasa…4 hari je paling lama boleh pegi…lebih2 cuti kang nanti ade je yang mencari…call bagai tanya kat mana*ciss...tak boleh tengok orang senang*…Dalam pukul 5:30 pagi dah bangun…siap2 tuk ke airport…first time travel alone…itulah kadang2 kita rasa semuanya dah sempurna tapi ada jugak yang boleh tertinggal…nanti ape aku cite yang tertinggal…dalam pukul 7:20 pagi*flight departs dlm pukul 8:20 pagi* dah check in kat kaunter dan takde hassle sangat sebab takde baggage tuk di check-in…semuanya dibackpack saja*bag Adidas berwarna coklat yang nak berusia dekat 5 tahun dah*…tak breakfast pun sebab mmg tak byk kedai makan yg tak bukak lagi kat Senai Airport tu dan masa pun singkat…dan yang paling penting aku tak nak ada rasa nak membuang air besar kat dalam flight….hehe! 

Ada 2 tempat yang aku nak pergi/jajahi/takluki  waktu Penang trip kali nie..

          - Queensbay Mall kat Bayan Lepas
          - Bukit Bendera atau Penang Hill
  
Tu dia…2 tempat je…korang mampu??






Sampai kat airport Bayan Lepas dalam pukul  9:15 pagi…so far takde halangan yang betul2 mencabar…semuanya goes smooth as it’s plan…plan on the first day memang nak ke Queensbay Mall(QBM) ni sebab masih kat area Bayan Lepas dan backpack aku pun masih belum penuh lagi dengan barang...so kalau nak mengangkut dan berjalan masih mampu lagi…tanya kat information kaunter kat bahagian bawah airport pasal nombor bas RAPID PENANG ke QBM…nombor 401E atau 306…tapi walaupun ade tulis senarai tempat kat bas tu tapi better tanya kat bius driver for confirmation…dan make sure korang ade exact change…baki wang tidak akan dipulangkan…SERIOUSLY TAKE NOTE!*jangan memandai2 nak bargain…silap haribulan bus driver akan suruh korang turun dari bus*

Boleh dapat more info kat RAPID website :  http://www.rapidpg.com.my







Harga tiket RM2*yeahh…murah*tak jauh pun QBM dari airport Bayan Lepas nie …dalam pukul 11 pagi dah tercongok sampai kat QBM…besor shopping mall nie…round2 kat dalam tu…banyak kedai tak bukak lg..standard shop yang ada kat dlm tu…ade Jusco AEON dalam tu..cuma ada 3 tingkat je kat dalam tu…shop2 daripada yang high branded(Lacoste, Quicksilver, Roxy) hingga ke low price(whatever the brand name)…ok settle sudah dapat pegi Mall paling besar kat Penang…mission accomplished!!

Dalam pukul 1 petang aku dah gerak ke Komtar dengan menaiki no bas yang sama sebab tu je bas yang aku nampak lalu kat area QBM ni*rega tiket ke Komtar RM2 dan dari Komtar ke Batu Feringghi RM3.40...bajet gila*…ade bas yang direct ke Batu Feringghi tapi aku tak nak tunggu takut lambat sebab aku expected to check in pukul 1 petang kat Padua Inn, Batu Feringghi*lokasi Padua Inn ni depan Parkroyal Penang dan bersebelahan Pejabat Pos Batu Feringghi*



Sampai kat Batu Feringghi dalam pukul 2:30 petang..hmm…check in kat Padua Inn*rate RM70 semalam*…last minute booking punya pasal*aku punya first choice nak stay kat Ali Guest House tapi takde bilik available* …lepas bersalin bagai …siap nak ke Hard Rock Café sebab nak membeli kiriman orang dan aku punya very first own Penang shot glass..*yeeahhhaaa*…yang part ni memang aku berjalan2 macam Mat Saleh2 semua tu…peluh yang merembes tu jangan citelah…tambah panas lagi kat area Batu Feringghi tu…Melepak jap di Pantai Batu Feringghi sorang2 dan sebelum Maghrib lagi aku dah balik melepak dalam bilik…sebab penat satu hari belum hilang lagi…tengok pasar malam dari balkoni bilik aku je..!! 




Komen : Jangan expect ada gambo  makanan macam Char Kuey Tiow ke…cendol ke…pasembor ke dalam entri nie…ini bukan trip jalan-jalan cari makan!!

Sunday, February 17, 2013

0 Wordless Sunday!!


Saturday, February 16, 2013

2 Review : Hantu Kak Limah 2 Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit



Lama tak mengupdate nie...dengan beberapa minggu ni asyik hujan dan mendung silih berganti…mood memang berubah2 laa…kalau ikutkan memang nak terbongkang je kat atas katil tu…tak sure lah sama ada  hormone estrogen  tak stabil atau memang mid life crisis *tapi aku rasa jiwa aku masih muda remaja…:)* …Disebabkan nak hilangkan mood yang tak beberapa best beberapa minggu lepas ni maka masa hari Jumaat lepas balik kerja…dengan ditemani 2 awek sibuklah membooking cite Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit *tajuk panjang gila…strategi marketing tu*

Cite2 Mamat Khalid bagi aku amat mengarut…aku memang tak pernah layan cite2 dia sebelum ni macam Rock, Zombie Kampung Pisang, Di Kala Malam Bulan Mengambang...etc..tapi exception bagi Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab bagi aku lawak dia fresh...*bagi aku laaaa...orang lain aku tak tahu...rambut sama hitam hati lain2 kan?*


Ulasan Pengkritik Filem Yang Tak Bertauliah:

1. Johan(Abi) takde dalam cite nie…kahwin lari dengan minah Indon kabarnya..so sangatlahh kurengg lawak kat dalam cite dan aku rasa mood the whole movie tu macam dah lain…

2. Si Usop pun dah kurang lawaknya…*anak ikan ke yang dia bawa tu?...bukannya anak ikan tu yang sepatut bawa dia *…kalau dalam movie yang Hantu Kak Limah Balik Rumah tu si Usop tu memang menonjol…

3. Lawak yang recycle…dah tak fresh…especially yang mamat cakap “sabo ajellah*…berapa banyak kali daaa….

4. Tapi part yang aku paling ketawa macam nak pecah perut bila masa Pak Jabit bercakap tentang halusinasi atau pun pemikiran ketika mencari Husin…

5. Aku suka lagu duet Ezlyn dan Awie tuk Lamunan Terhenti...not bad laa..dengan serak2 basah suara Ezlyn..*lagu asal Aris Ariwatan!*


Komen : Boleh layan tapi lawak tak sama macam yang sebelum nie..

Sunday, February 10, 2013

0 Wordless Sunday!!


Thursday, February 7, 2013

2 TEASER : PENANG 2013



Asyik teaser je kan.. :)...Dalam tahun 2009 sekali dan tahun 2010 sebanyak 2 kali...back to back year aku pegi Penang...kedua-dua tahun tu aku pegi naik bas...dalam tahun 2009...fokus aku ke Penang adalah jalan-jalan cari makan...street food katanya...nasi kandar Line Clear laa....nasi kandar Beratur laaa...kemudian Tropical Spice Garden(Taman Herba)...kemudian pada tahun 2010 trip yang pertama...fokus to the infamous Botanical Garden dan makan2 jugak*matilaa...orang Malaysia suka makan....kalau sakit kerana makan pun takpe*

2009...First trip ever to Penang

2010 Second trip to Penang...Botanical Garden

Kemudian pada trip kali kedua fokus utama adalah Penang Butterfly Farm...Port Cornwalis aka Padang Kota...dan makan2 jugak...*see...makan tu penting*...Gurney Drive dalam kesemua trip tu memang aku pergi...dan kesemua trip tu semuanya bertiga dan aku menaiki bas semasa perjalanan pergi dan balik dan ada sekali aku pulang menaiki flight dari Penang ke JB...dan untuk trip 2013 nie aku travel sorang2 ala solo backpacker dan pergi balik Penang aku naik flight...

3rd Trip to Penang...Penang Butterfly Farm
3rd Trip to Penang...Fort Cornwalis aka Padang Kota

So trip kali ke 4 nie*macam tak percaya plak dah banyak nie* aku travel solo....nak kata tempat ni asing taklah jugak sebab dalam negara sendiri...3 kali pegi pulak tu...cuma aku rasa yang berbeza sikit sebab aku travel SOLO dan ala2 backpacker...takde beg troli2 nie...aku rasa travel sorang2 nie yg menyebabkan trip kali ni berbeza sikit...ok so ape fokus aku kali ni untuk trip 2013????

Komen : Tunggu eaaa...haha! dan sebenarnya ini trip kali ke 5...tapi trip zaman budak2 sekolah tak payahlah kira kan....



Monday, February 4, 2013

0 Maroon 5 - Daylight


Hari Isnin ni feel nak mengupdate blog memang la kurenng..lebey kurang tahap macam malas nak mandi pagi bila duduk musim sejuk kat USA atau pun London...tapi nak buat jugak lak*tahun baru 2013 kan...takkan takde improvement kan?* just nak share new song/single by Maroon 5 ...video klip ni totally different in my opinion*campur bahasa omputih sikit...lagu omputih kan?*...not a typical music video...biasanya music video  korang akan dengo full song tapi video nie memaparkan mesej/pendapat2 dari remaja plus org dewasa yang ade konflik dengan diri mereka atau meluahkan pendapat mereka melalui video2 pendek...Maroon 5 yang meminta peminat2 mereka menghantar video2 yang dilihat dalam video muzik nie...Layan...My fav current song!






     LYRICS:
Here I am waiting, I'll have to leave soon 
Why am I, holding on? 
We knew this day would come, we knew it all along 
How did it, come so fast? 
This is our last night but it's late 
And I'm trying not to sleep 
Cause I know, when I wake, I will have to slip away 

And when the daylight comes I'll have to go 
But tonight I'm gonna hold you so close 
Cause in the daylight we'll be on our own 
But tonight I need to hold you so close 
Oh-woah, oh-woah, oh-woah 
Oh-woah, oh-woah, oh-woah 

Here I am staring at your perfection 
In my arms, so beautiful 
The sky is getting back the stars are burning out 
Somebody slow it down 
This is way too hard, cause I know 
When the sun comes up, I will leave 
This is my last glance that will soon be memory 

And when the daylight comes I'll have to go 
But tonight I'm gonna hold you so close 
Cause in the daylight we'll be on our own 
But tonight I need to hold you so close 
Oh-woah, oh-woah, oh-woah 
Oh-woah, oh-woah, oh-woah 

I never wanted to stop because I don't wanna start all over, start all over 
I was afraid of the dark but now it's all that I want, all that I want, all that I want 

And when the daylight comes I'll have to go 
But tonight I'm gonna hold you so close 
Cause in the daylight we'll be on our own 
But tonight I need to hold you so close 

And when the daylight comes I'll have to go 
But tonight I'm gonna hold you so close 
Cause in the daylight we'll be on our own 
But tonight I need to hold you so close 
Oh-woah, oh-woah, oh-woah 
Oh-woah, oh-woah, oh-woah 
Oh-woah (yeah), oh-woah (yeah), oh-woah (yeah) 
    Oh-woah (yeah), oh-woah (yeah), oh-woah!.

Disclaimer : All sources are taken from the Net

Komen : Video manusia2 bercakap tu memang mengganggu telinga aku nak mendengar lagu...mungkin korang boleh membeli CD Marron atau mengtorrentnya... :)

Sunday, February 3, 2013

4 Wordless Sunday!!


 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates