Hari Pertama 2013…Aku kena
kerja sebab banyak company kat Johor ni memang tak ambik New Year as public
holiday*nanges* Lepas tu rasa bosan je kat opis ni sebab ramai orang cuti
sibuk uruskan persekolahan anak masing-masing…so nak cite lebey2 pasal celebrate New Year memang takde
laa…Cuma focus tuk tahun 2013 nie kena WORK HARDER and PLAY MORE!!!
WORK HARDER…tu supaya kerja lebih tekun, jujur, dan ikhlas…*sambil
biji mata menjeling ke atas…boleh buat ke ni??*
PLAY MORE…tu
supaya bila dah work harder kena hilangkan stress dengan bersukan *keluarkan
peluh*…biar toksik2 tu semua keluar dan lemak2 kena kasi bakar…*sambil
terbayang2 Burger King, McDonald, JCO, KFC, Pizza Hut….pergghhh*
Halal dan Organik
Sempena baru satu hari di tahun baru …semangat nak buat
benda dan azam memang membuak2 laaa…minumlah teh herba ni kekononnya nak detox
benda alah yang tak sepatutnya kat usus dalam perut peninggalan tahun 2012 punya…Teh ni minum dia bukan
dengan gula atau susu cap teko atau susu F&N eaaa…letak dalam air panas dan lepas tu minum macam tu je...rasa pahit dan payau....lepas tu tunggu sama ada efeknya cepat atau lambat...
Hasilnya 4 kali pegi tandas dan 4 kali mencangkung dalam satu hari…efektif
agaknya kot..kalau korang nak cuba boleh cari benda alah ni kat Watson atau Guardian...Pesanan khidmat masyarakat ni adalah free...!!
Komen : Penat tau mencebok…Hehe!!