Kisah Semalam Hari Isnin - 13 Zulhijah 29 Oktober 2012
Pagi macam biasa ....masuk opis...pegi pantry....buat air dan ape2 yang patut...balik kat tempat duduk...Tengok akak sebelah meja(title hajah) khusyuk tengah buat kerja...Warghh pepagi lagi dah buat keje...excellent la tahun nie... :) Tengok atas meja akak tu takde benda makanan pun....Takkanlah akak ni puasa kot? Takpe mungkin awal lagi dan akak ni pun belum lapar lagi...Buat ape nak campur urusan orang lain kan...Sibukkan perut sendiri boleh tak?
Nak dipendekkan cerita....Dan nak naik kematu bontot dibuatnya menghadap komputer sampailah waktu lunch pukul 1 petang dan habis waktu lunch pukul 2 ...akak sebelah nampak macam tak mengunyah ape2 dan minum...Disebabkan curious dan ilmu yang ada di dada aku pun tanya kat akak tu sama ada dia puasa ke arini? Akak tu jawab puasa...tapi aku cakap hari ni hari Tasyrik...akak adalah diharamkan berpuasa....Akak jawab Aaah lahh!!Ape itu hari Tasyrik? Jom tanya Mr Wikipedia..!!
Sumber Daripada Wikipedia:
Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepad syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.
Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir.

Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud "Hari Makan Minum".
Hadis Rasulullah yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Komen : Diharamkan berpuasa pada Hari Tasyrik(10,11,12, dan 13 Zulhijjah)...Berkongsi ilmu!! Puasa hari Arafah pula iaitu pada 9 Zulhijah adalah sunat!