Wednesday, February 29, 2012

0 Tahun Lompat!!

Hari ini yang menyebabkan Tahun 2012 ni di kira sebagai tahun lompat..!Sekali dalam tempoh empat tahun! Sebab dalam tahun 2012 ni bulan Februari tu ada 29 hari...lebih sehari dari 28 hari...kenapa bulan February yang kena pilih? tak tahu la plak...bukan bulan December ke yang ditambah satu hari jadi 32 hari?? Sudah pasti ada jawapannya...pegi Google sana...!!


Peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di tahun 2012
1. Pemilihan Baru Presiden Baru United States of America
2. Kalendar Maya akan berakhir
3. Olimpik Musim Panas London
4. Kejohanan Bola Sepak Euro
5. Pilihanraya Malaysia.....undi lah undi..mari mengundi(sudah semestinya)!

Image souce : Google Image Search

Komen : Tinggal lagi 10 bulan!!!

Thursday, February 23, 2012

2 TABBYnya Dah OK Dah!!




Nota Kepala : Awek yang duduk kiri sekali kat customer service tu cun...muka dan cakap macam Melayu...tapi tetiba boleh cakap Cina...dan gambo sikit je sebab pakai Blackberry..masuk kedai Samsung tunjuk Blackberry?? Tak manis...hehehe...Konsep mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dipakai kat sini and last sekali nak bgtau...ini entri sudah lama tertangguh :(

Panik betul bila tak dapat on aku punya TAB. Memula fikir apalah masalah nie...sebelum ni OK je..Takut overcharged battery ke....cuba masukkan charger tapi tak on jugak...hmm... aku cuba plak kat plug lain kat dalam rumah...x boleh gak..hmmm...sebab masih ada waranti lagi maka aku fikirbawak je la balik ke kedai yang aku beli (tapi perasaan kata memang x puas hati laaa sebab belum sampai setahun dah rosak....uaarrrgggghhh*nanges* )

Masa sampai kat kedai Samsung (Authorised Dealer eaa) kat Jusco Tebrau tu...tak ramai orang...tanya kat satu staff nie suruh dia check..aku bawak sekali charger takut benda alah tu pulak yang rosak.aku tengok dia test dengan dia punya charger pun mcm x de response..dia kata something wrong dengan tab tu itself....PERGHHH....dalam hati aku mesti ada something wrong ngan motherboad TAB tu..takpelah.sebab musabab dah tahu kan...so aku tanya masih dalam waranti lagi ke?(aku rasa masih lagi sebab belum sapai setahun)tapi staff nasihatkan aku supaya pergi direct kat Samsung Service Center kat Taman Molek...sudahhhhh!!Bila masa laa pulak nak pergi(masa ni aku tak tak tahu yang Service Centre ni bukak hari Sabtu)Nak di jadikan cerita aku keluar masa office hour hari Isnin tu...gigih ke Customer Service Samsung kat Taman Molek tu..tak susah sangat nak cari tempat nie sebab dah Google Map..Masuk dalam kena ambik nombor,,,,mak aaiii..kena queue lagi..ada 7 orang kat depan sebelum turn aku...bila dah turn...lega sebab masih ada waranti lagi....bagi nama...alamat dan nombor phone....customer service kata kalau dah ok nanti diaorg call...aku dah agak memang data2 dalam TABBY tu mesti CRASH & BURN!!


Alamat Samsung Customer Service JB:

No 91 & 93, Jalan Molek 3/1, 81100 Johor Bahru
(kat belakang Petronas Taman Molek - main road)
Nak senanng pegi jumpa Mr Google Map!


Komen : Make sure bawak parking kupon A sebab dah masuk area MPJB yang parkingnya adalah berkupon..kang x pasal2 kena saman!! Kalau x de ...cari je kat kedai2 area sini...confirm ada!!

Thursday, February 16, 2012

0 QUICK UPDATE : "My Baby" Masuk ICU!!




Komen : Mood --> PANIK!

Wednesday, February 15, 2012

0 Sentosa Boardwalk to Universal Studio Singapore - Final Part

Candylicious-coklat store ni boleh tahan besar...dalam dia macam2 coklat ada...dari Hershey, Reese, dan ntah ape nama2 lagi yang aku tak pernah dengar...memandangkan tak boleh ambik gambo kat dalam nie and aku tak nak ambik risiko bawak coklat cair dalam backpack aku masa on the way balik to JB....makanya aku tak lelama dalam candy shop nie...lepas keluar nampak pulak decoration dragon yang besar gedabak...mesti left over from Chinese New Year lepas.......
Interesting!!
Colorful!!
Ada 2 dragon decoration dalam Resort World nie...standard dua-dua dragon warna merah...satu naga kat depan area globe Universal Studio dan satu lagi naga tergantung kat area Resort Convention Centre...area-area nie memang aku tak pernah explore...memang resort ni happening dan integrated...Hard Rock Hotel dan Hard Rock Cafe pun ada gak...memang good planning diaorang buat this theme park...semua ada dalam satu tempat....last sekali lalu depan Casino...satu lagi casino yang ada kat SIngapore ada kat Marina Bay Sands...next time boleh masuk untuk sesaje sebab nak masuk dalam ni untuk non-Singaporean memang free...kalau kat  Malaysia memang tak leh masuk...anyway dalam pukul 6 petang aku dah sesiap nak gerak balik ke Vivo City...cuaca pun dah mendung semacam je...ambik teksi kat Vivo balik ke Queen Street...kena SGD9.35...boleh tahan duit kluar trip kali nie...memang patut sebab masuk Singapore dah lambat dan tak tahan nak bergayut lelama...till then..ADIOS!!

Dragon deco yang kat area Universal Globe
Dragon deco yang kat convention centre
The head and the ball
Better view!!
Maritime Museum
Teringin nak duduk kat Hard Rock Hotel nie...tapi mahal laaa!
THE CASINO!!!

KOMEN : Universal Studio Singapore...Bila? Bila? Bila?

Tuesday, February 14, 2012

0 Sentosa Boardwalk to Universal Studio Singapore - Part 2

Sambungan dari entri sebelumnya....sampai dalam Vivo City dalam jam 3 petang....masuk dan tinjau memana yang patut..masuk Zara, dan Uniqlo....memandangkan sekarang musim OFF SALE...maka berputih mata je laaa....tapi actually masa kat dalam UNIQLO aku berkenan kat fleece jacket...berkenan sebab masih ada price reduction lagi....lagipun memang nak kena pakai masa next trip nanti ke Paris van Java.....hehehe..:)takpe abaikan dulu part shopping nie...aku singgah Vivomart sbb nak cari Nestle Yogurt drink dengan Snickers...SGD4.35tuk alas perut...Lepas dah beli aku decide kluar kat luar area Vivo..masa ni la nampak Sentosa Boardwalk nie...Jom ngobror tentang Boradwalk nie...aku estimate dalam 600 meter....sebab sepanjang jarak boardwalk ni diberitahu baki jarak tuk sampai Sentosa Island nie...sila tengok gegambo yang ada jarak dalam kiraan meter...sebelum masuk ke main island akan ada booth tuk menjual tiket dengan rega SGD1..sepanjang perjalanan ni kalau korang penat ada "walking escalator" yang boleh tolong korang kurangkan dari banyak berjalan..(itu alasan untuk orang yang bontot2 berat je nak guna benda alah nie...hehehe)
545 meter lagi...siap ada notis bgtau....
415 meter lagikk...
View sepanjang boardwalk nie...
290 meter....walking escalator ada kalau nak lagi cepat..
Vivo City area!
Sentosa Island area..
Dah dekat dah...!
Lepas bayar...korang jalan straight dan boleh nampak main entrance booth...tunjuk tiket yang dibeli pada penjaga booth....voilaaaa...Welcome to Sentosa Island....dan paling aku tak expect distance nak ke Universal Studio taklah jauh sangat menggunakan boardwalk nie...another 400 meter...kalau totalkan semua adalah dalam 1 kilometer nak sampai ke depan rotating globe "Universal Studio"...Aku tak snap banyak gambo kat depan globe tu sebab familiar sangat ngan benda globe....aku nak explore kat area luar globe ni sebab sebelum ni tak explore sangat kalau datang ke sini...tengok ada satu candyshop-kedai jual coklat yang boleh tahan happening gak dia punya decoration...aku tengok mcm meriah je...
Ticket booth...rega SGD1
Almost there...!
Bawah station monorel...
Mana mau pegi??
Sentosa Visitor Centre...ada soalan boleh tanya kat sini!!

Macam mana la rupa candyshop tu kan???

Komen : Tetiba ada gangguan Grammy Awards 2012...siaran tertunda pulak tu.....mangkuk betul.....!!

Monday, February 13, 2012

0 Sentosa Boardwalk to Universal Studio Singapore - Part 1

Assalamualaikum...

Selamat bertemu lagi di hari Isnin yang mood keje siang tadi masih suam2 kuku...tapi memandangkan boss will be off for few days for training starting tomorrow then aku bolehlah bergembira start esok sampai Khamis...OPPS!! Just kidding!.. Second boss is still around...and WATCHING us...huhuhu!!!

Alkisah hari Sabtu lepas...gigih nak melawat Universal Studio memandangkan rata2 orang yang aku kenal dan ramai blogger yang aku baca blog dia dah pun berjimba kat Universal Studio SIngapore(USS) yang terletak kat Sentosa Island nie...aku pernah sampai  ke Sentosa Island nie few times after USS ni dah ada...tapi tak pernah masuk lagi USS ni..tengah menghitung hari bila agaknya nak pergi nie..

Masuk SIngapore memang la dah lambat...dalam kul 12:30 tengahari baru gerak dr rumah...maka gedebak gedebuk kat highway sampai Larkin dalam pukul 1:30 tengahari...sempat tukar duit SGD50 for RM122.50(Rate 2.45)...SJE(Singapore Johor Express) menjadi pilihan sebab malas nak berdiri dan bergayut kat tiang2(dah tuaaa..:()Rega tambang RM3.30 straight ke Queen Street...x de berenti2....Urusan kat Imigresen tak banyak songeh and tak ramai orang....sampai kat Queen Street terus pegi ke Masjid Sultan tuk menunaikan ape2 yang patut2...lepas tu baru aku ambik cab ke Vivo CIty dengan rega SGD8(RM19.60 ~ RM20.00...mcm org kaya je kan!!..:) tapi tak lah penat sangat and save time)

Memandangkan aku lupa nak review balik map MRT macam mana nak interchange station(actually Outram Park...itu pun lepas aku balik baru aku tengok map) dari Bugis ke Harbour Front dan alasan tuk mengelakkan kedua2 kaki aku daripada sengal2 akibat menampung berat badan yang berlebihan ..(OPPSS lagikk.)..maka aku mengambil keputusan mengambil teksi dari Queen Street... dalam masa setengah jam dah boleh sampai ke Vivo CIty..tuk pengetahuan korang Vivo City dimana Harbour Front Station terletak..station yang menghubungkan antara main Singapore Island ke Sentosa Island..

Ok pasal Sentosa Boardwalk nie pulak ..memula aku memang tak perasan kewujudan Sentosa Boardwalk nie last time aku kat Vivo City nie dan aku tak expect pun benda nie ada(mungkin baru je ada)...tapi bila aku keluar dari Vivo City on the ground floor kat luar tu(memula aku ingatkan nak ambik gambo je) baru aku perasan tempat pejalan kaki ni atau dikenali dengan Sentosa Boardwalk nie...Bagi aku ni merupakan satu lagi alternatif/inisiatif pihak tertentu untuk pengunjung memilih cara ke Sentosa Island...1. dengan menaiki kenderaan seperti kereta atau bas   2. MRT dengan bayaran SGD3    3. the latest one menggunakan boardwalk nie...so pengunjung yang masih kuat dan boleh berjalan boleh menggunakan laluan nie tuk sampai ke Sentosa dengan bayaran SGD1 sahaja...discount SGD2 sebab menggunakan boardwalk nie...dan aku rasa ini boleh mengurangkan kesesakan kat monorel SGD3 tuuu...kadang2 queue yang monorel SGD3 tu memang luar biasa kalau waktu puncak...terkehel kaki boleh dibuatnya kalau beratur....cuma persoalannya sekarang sama ada ko nak jalan ke tak??
Masjid Sultan
Bahagian belakang Masjid Sultan...ada souvenir shop!
Non Muslim visitor!
Info on Masjid Sultan
Uncle uncle can drive faster2 aarrr...It's 3 PM ooolediiiiii!

Komen : Bersambung aarrrrrr....macam biasa la kan....lagipun Monday Blues maaaa!!!

Sunday, February 5, 2012

0 Maulidur Rasul 1433 Hijriah


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Sumber : Wikipedia

Komen : Semoga dapat mengamalkan sunnah-sunnahnya. Insya-Allah.

Thursday, February 2, 2012

0 Restoran Hadramawt, Puteri Pacific Johor Bahru

Akhirnya full entry pasal jalan-jalan cari makan kat Restoran Hadramawt ni...biasalah kalau lambat tu...hehehe!!  Nak kata aku minat makanan Arab...tak jugak...tak pernah makan?? pernahlah jugak...tapi dah lama lahh..Kalau makan yang betul2 authentic memang aku tak layan sangat...tapi disebabkan ada orang berbesar hati nak belanja....dua2 tapak tangan aku tadahkan...mahal tu dalam RM153++ tuk dua orang...fuhhhh...boleh dapat stok sebulan ayam penyet tu....huhuhu...

Kat Level B1 The Puteri Pacific Johor Bahru..
Interior deco
Interior deco 2
Protokol..
Macam mana x mahal kan...restoran kat hotel...mau tak mahalnya...rasa makanan Arab ni kalau yang betul2 ARab mari memang gitu2 je rasa...nak kata macam takde rasa pun yeaa...tapi kurang2 rasa pun melantak jugak sampai habis...tak baik membazir lagi pun orang belanja dan sebelum makan kat sini memang aku dah bagi perut kosong...dengan harga lebih kurang RM80++ sorang dapatlah rasa appetizer, main course ngan dessert...sila layan gambo...tak lupa ice lemon tea dia boleh tahan ada rasa...
Sup tomato kot...
Salad yang menyedihkan...mana ranch dressing?? hehehe!
Kat atas tu semua gambo appetizer...yang ini main course...aku ambik nasi beriyani lepastu berlaukkan dengan dambing kambing yang direbus...memang macam authentic makanan Arab betul...tengok macam makanan Arab ni kurang berkuah...
Nasi ala briyani ngan kambing!!
Daging kambing yang mcm direbus..
Teh o limau ais yang not bad..
sos atau kuah tuk nasi dan daging kambing tu...boleyy??
Pencuci mulut...mcm tepung custard je aku rasa...
Dessert termasuk teh ni....best..tak manis..
Additional dessert: pisang yang dilenyek beserta madu...mcm jemput2 pisang yang belum di goreng ...tapi takde tepung...
Tu dia rega...leh tahan mahal...
Nasib baik ada yang sponsor...:)

Komen : Sebab orang belanja aku merasa... :) Terima kasih daun keladi..


 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates