Tuesday, January 31, 2012

0 Ana Pilih Arab Arab!


So sekarang korang dah tahu aku pilih yang mana...tapi memandangkan byk keje kat opis dan tak sempat tuk memerah otak tuk menulis entri...so harap bersabor la eaaaa....nanti aku buat full entri nie pasal restoran Hadramawt nie...harap2 jangan tahun depan sudah....... :)  bukan M.A.L.A.S tauuu...cuma masa tak mengizinkan je...

Komen : Tak sabo tunggu cuti minggu depan nie....!!

1 Yang Mana Satu : Ya Habibi atau Lai Lai Lai!


Komen : Tunggu aku update...teka le memana yang patut..!

Sunday, January 29, 2012

2 Mencari "Naga" di Orchard Road


Semalam hari Sabtu kisahnya nak pegi Chinatown, Singapore sebab belum pernah sampai ke sana dan tujuannya nak snap gambo decoration Chinese New Year yang aku x sure ada lagi ke tak ataupun diaorang dah cabut benda2 deco tu.....tapi apa yang diplan memang tak jadi.....tapi biasalakan manusia mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan....





BUKANN!!!....bukan tak jadi langsung ....JADI.....tapi plan berubah...last minute decision tak jadi ke Chinatown tapi ke Orchard LAGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.....tak abis2!!huhuhu!!...sebab masuk Singapore lambat dan dalam pukul 2:30 petang baru sampai kat  Queen Street...gedebak gedebuk ambil MRT semua sampai laaa kat Orchard dalam pukul 3 petang...



Tapi aku dah set kan time cuma 2 jam kat sini lepas tu dalam pukul 5 petang dah kena bertolak balik ke JB....ada orang mampu ke pergi oversea 2 jam?? hahaha!!...kalau nak pegi Chinatown aku rasa lagi jauh dari Orchard dan 2 kali tukar MRT....fikir2 tak leh sebab dah tua...last2 sekali cuma dapat 2 ekor NAGA je...jadi laaa.....bukan setakat tu je...kaki pun sengal2 gak...huhuhu!!

Komen : Gong Xi Gong Xi...Dragon ROARRRRRRRSS!!

1 Senamrobik (Akak2 Goyang Bontot)



Hari dan Tarikh : Ahad, 22 January 2012
Lokasi : Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
Masa : Sebelum Mr Perkasa 2012





Gegambo ni diambik sebelum acara pertandingan Mr Perkasa 2012 dijalankan...akak2 ni memang betul2 into the senamrobik thing....semangat aku tengok(ada akak yang pakai tudung merah...badan chubyy2..perghh...semangat dia goyang2..hehehe!!)......aku rasa pertandingan senamrobik tuk peringkat negeri Johor...so layan laa gambo2 yang aku tepek nie.
Komen : Ke arah hidup yang lebih sihat....goyang jangan tak goyang!!

Thursday, January 26, 2012

3 Mr Perkasa Johor 2012(Abang2 Bukak Baju)


Hari dan Tarikh : Ahad, 22 Januari 2011
Lokasi : Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
Masa : Lepas Zuhur..

Memang plan nak balik kampung lambat masa raya Cina lepas ni....so hari Ahad masih melilau lagi kat Pasir Gudang...masa tgh dok surfing dapat lah info ada pertandingan Mr Perkasa Johor 2012 kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang...consider it very the "PUSAT" laaa....walaupun taklah sehavoc mana...hahaha....so disebabkan nak cari bahan/entri tuk blog tercinta nie(hahaha gelak lagi sekali...)...consider Mr Perkasa ni macam pertandingan bina badan tetapi sopan sikit...kalau kebiasaannya pakai seluar dalam je...tapi kali ni sopan sikit dengan hanya memakai jean ...participant kebanyakkannya dari ahli2 gym seluruh negeri Johor...dan aku rasa diaorg tgh off season...sbb tgk body2 macam x de bentuk...gedebe ngan lemak adalah.(termasuk penulis blog jugak....hmmm...hmmm)...2 kategori dipertandingkan...1. Bakat Baru dan 2. Terbuka(aku rasa yang ini tuk otai-otai laaa)..

Gambo tuk Kategori bakat Baru..




Tapi nak tunggu acara ni memang berjanggut laaa....ingatkan datang dalam pukul 12 tengahari terus dah start..tapi ada acara senamrobik(joget goyang2 bontot) oleh akak2...lama gilaaa tunggu benda alah nie nak start...nak dekat pukul 4 petang baru senamrobik habis...kalau aku tahu bantai tidur dulu kat rumah....sebab petangnya plan nak balik kampung...at least dr buang masa aku dengan menunggu lama baik aku berehat kan....lama punya pasal sempat pegi melantak merasa Pizza Hut Fortune yg baru tu...sempena Tahun Baru Cina punya pizza maaa...NOT bad....sedap...

Gambo tuk Kategori Terbuka(Yang Otai-Otai)








Komen : Kalau dok melantak Pizza Hut laaa.....McDonald laaa.....Nasi Lemak laaa....Teh Tarik laaa....macam mana nak dapat body mcm diaorang nie...?

Wednesday, January 25, 2012

0 Hari Ketiga di Tahun Baru Cina!

Gong Xi...Gong Xi...Gong Xi....Kenapa 3 kali? Afdal katanya....kalau orang Cina kata merah itu ada ONG....buah limau ada ONG...dalam agama Islam pun ada gak ....33 kali berzikir...ambik wuduk setiap anggota pun 3 kali...afdal katanya....kelebihan nombor 3 dan fadhilat disebaliknya...Wallahualam...! (Melalut pulak tak pasal2...)
Hari ni dah hari ketiga dalam kalendar Tahun Baru Cina di Tahun Naga...so hari pertama bekerja dalam minggu nie...tinggal 3 hari je tuk bekerja....bekerja setelah 4 hari bercuti memang penuh cabaran...ditambahkan lagi yang ramai bercuti....mood yang suam2 kuku...

Komen : Entri pendek je...sebab MALAS nak men"typo"..Gambo 1 abang2 bukak baju...Gambo 2..Akak2 joget goyang bontot!!! Cerita lebih lanjut...tunggu!!!

Monday, January 23, 2012

0 Gong Xi Fa Cai 2012 - Year Of the Dragon!


Selamat Tahun Baru Cina..cuti panjang wooooo!! 4 hari...moga-moga arrr...banyak onggg ini tahun lehhh!!

Overdose buah limau!!

Komen : Rehat...rehat....dan rehat!!!

Sunday, January 22, 2012

0 Terkaya di DUNIA!!

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.
Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.
Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.
Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.
Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.
Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Sumber berita dari Utusan Online.

KOMEN : Suka aku baca berita nie sambil tersenyum sinis...tengok 2 paragraf terakhir yang aku kaler warna biru dengan purple..dari mana Kamal Ashnawi dapat duit tu....akaun yang dibuat pada tahun 1875....perghhh...inflasi rate ke nie??  Dan asal usul keturunan dia...kat Perak banyak Jawa ekkk??? Hehehehe!!

Thursday, January 19, 2012

0 Australian Open 2012 Kekdahnya..!!


Rega bola 3 biji pun dah naik...dulu dalam RM14 hengget dah boleh dapat kalau JUSCO ada buat discount 10% hmmm...kena fikir 2-3 kali kalau nak beli nie...baru je nak start semula main tenis nie...FAKTOR2 hujan...MALAS...menyebabkan tergendala sejak puasa tahun lepas...

KOMEN : Kurang feeling nak follow Australian Open 2012...

Wednesday, January 18, 2012

0 Rihanna - We Found Love ft. Calvin Harris


Sekarang aku tgh dok melayan lagu Rihanna nie .it's a dance song......sedap gak...boleh hentak2 kaki ngan kepala....link video kat YouTube kat bawah ni telah diliihat sebanyak/anggaran 111,000,000....hebat....hebat...rakyat Malaysia baru je dalam 24 juta...lepas tengok mcm ade relate ngan past love dia ngan Chris Brown...so layan laaa sambik hentak2 memana yang patut...jangan hentak orang sudahhh.....!!
                         


[Rihanna]
Yellow diamonds in the light
And we're standing side by side
As your shadow crosses mine
What it takes to come alive


It's the way I’m feeling I just can't deny
But I've gotta let it go


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place


Shine a light through an open door
Love and life I will divide
Turn away cause I need you more
Feel the heartbeat in my mind


It's the way I'm feeling I just can't deny


But I’ve gotta let it go


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place


Yellow diamonds in the light
And we're standing side by side
As your shadow crosses mine...


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place


We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place

Komen :Setiap perhubungan ada "give and take"

Sunday, January 15, 2012

0 Johor Premium Outlet, Kulaijaya, Johor Darul Takzim

Setelah 3 kali pegi Johor Premium Outlet niee....baru lah terlaksana nak post entri nie...penyakit M.A.L.A.S punya pasal(walaupun dah tahun baru..azam masih lama...hahaha!) ....siang Ahad tadi gigih pegi tuk kali ketiga tuk membuang masa kat sini(takde kaitan tuk membuang duit kat sini....*nanges*)..biasa laaa...tempat baru...masih teruja dengan konsep Factory Outlet nie...yang pertama di Asia Tenggara katanya....
Signboard nie dr highway PLUS dah boleh nampak.
dan merupakan satu projek yang termasuk di dalam projek Iskandar....(masuk iklan jap :"bila Legoland nak siap nie...") dan merupakan salah satu projek usahasama antara Genting Group dengan Simon Property Group of USA. Sedikit info pasal company nie dan lokasi dia...Info dalam bahasa Inggeris...sila bukak kamus kalau tak tauu...dan paling penting basic English eaaa.... :)
Cantik je awan tu...
"Premium Outlets® is the outlet division of Simon Property Group and is based in Roseland, New Jersey. The Premium Outlets® portfolio includes 70 Premium Outlet Centers® including 57 in the United States, one in Puerto Rico, eight in Japan, two in Korea, one in Malaysia and one in Mexico as well as additional outlet centers for a total of 82 properties."

"Johor Premium Outlets is located at the intersection of the North-South Expressway and the Second Link Expressway. With the Bandar Indahpura, Kulai-Second Link Expressway Interchange expected to be completed in October 2011, Johor Premium Outlets will be highly accessible to all traffic going to and from Johor and Singapore. Johor Premium Outlets is also a short distance drive from Senai International Airport, about 3 hours' drive from Kuala Lumpur and about an hour's drive from the city of Singapore.
"
Source taken from : Johor Premium Outlet 
Korang boleh check kat link ni tuk worldwide punya store dan dia punya konsep dan rupa bangunan sejibik lebey kurang sama je....http://www.premiumoutlets.com.my/worldwide
Noodle hot plate...Yummy!!
Don't forget the cili padi sauce..heaven!!
Dessert : Marry Yogurt...sedap sikit dari Tutti Frutti!! 3 toppings: aku ambik Kiwi, Strawberry, & Grapes
Tambah lagi waffles...kebulur betull!!
JOM Kopi...semua benda ko nak jom!!
Ambience and deco...not bad..yang penting ber-air-cond...
FOOD COURT...dijamin korang tak kebulur kalau pegi sini...yang penting ada ongkosnya...:)
Ok cukup dengan mukadimah ...jom layan gambo masa aku makan kat food court premium outlet nie dan kedai2 yang ada kat dalam nie...sebelum jalan kena makan dulu sebab sampai kat Premium Outlet nie dalam pukul 2 petang...cuaca boleh tahan panas...:(   harus melantak dulu dan hilangkan dahaga...baru ada tenaga nak masuk keluar kedai...dan harga makanan kat Food Court ni adalah lebih mahal daripada harga makanan kat warung2...kena faham konsep eaaa....beraircond...ambience menarik...sebab tu mahal..lupa nak bgtau yang aku pegi dengan angah(partner in crime)...kitaorg lepak2 dan mentekedarah sampai jam 3 petang baru bergerak nak masuk kedai...bukannya ada benda nak beli sangat...windows shopping kekdahnya...
3rd time pegi baru bukak...Made In Germany
 Made In USA...mana jeans Guess aku eaa?Nak selongkar almari nie..
 Made In USA...Teringat aku commercial dia...tagline "Falling into GAP"
Made in USA...San Franscisco to be exact...
Made In USA gak...
Made in United Kingdom...
Made in USA gak....
Singapore maliiiiiiii....
Made in Australia...
Made in United Kingdom
Made in USA...name of fashion designer
High Street...tingkat atas....Low Street...tingkat bawah..
Johor Premium Outlet
Dalam pukul 6 petang kaki dah mula kematu...semenjak dah masuk tahun baru dan umur pun meningkat memang kaki cepat sakit...(statement merendah diri..hahaha!!) Aku dan angah decide nak balik...Dalam masa lebih kurang 3 jam melilau kat dalam nie dapatlah aku merembat wallet yang boleh isi dalam tu passport dari FOSSIL..rega RM100 bersih....yang itu aku cite besok...
FOSSIL...Made In USA...ni cite esok...lusa...kalau MALAS..tahun depan laa kan
Komen : Beli yang patut dan perlu je...jangan membazir..!!
 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates