Thursday, February 26, 2015

0 Preview : Festival Layang-Layang Pasir Gudang 2015, 25 Feb - 1 Mac 2015




Tarikh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015. Sekali lagi JOHOR menjadi perhatian pelancong apabila Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015 sedang berlangsung di Bukit Layang-Layang dan Padang Perbandaran, Pasir Gudang mulai 25 Februari hingga 1 Mac 2015. Festival akan dirasmikan oleh DYAM Sultan Johor pada malam 27 Feb 2015.
 

Sebanyak 250 peserta luar negara dari 50 negara termasuk penyertaan baharu dari Poland, Romania, Slovakia dan Sri Lanka.menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-20. Festival yang disenaraikan dalam kalendar pelancongan Malaysia sempena Malaysia Year Of Festivals 2015 (MyFest 2015) itu akan turut disertai 169 peserta tempatan, 300 pelajar sekolah dan badan-badan korporat. 

0 comments:

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates