Sunday, August 11, 2013

4 Wordless Sunday!!(Tak Berapa Sangat Nak Wordless dan Selamat Hari Raya 1434H)



Assalamualaikum...

# Mood tak berapa nak best sebab esok dah start keje semula..!!(padahal start cuti raya dari Isnin lepas!)

# Mood mem-blogging sebelum raya adalah amat mengecewakan!!!Pendapat aku : sama ada aku malas atau memang malas!(Nampak tak perbezaannya?)

# Ingatkan dapat Minion yang kuning tapi wes entekkk!! Purple pun purple laaa!!...Tak comey bebeno je aku tengok!!

# Buletin Utama semalam : Malaysia menduduki ranking teratas di Asia Tenggara di mana peratusan tertinggi rakyatnya adalah obese.   Pendapat aku : sama ada rakyat Malaysia kuat makan atau malas bersenam!

# Barca a.k.a FC Barcelona beat Harimau Malaya 3-1. Aku setuju dengan pendapat adik aku muka Neymar tu ada iras2 muka Melayu....Brazil kan negara Khatuliswa macam Malaysia jugak!! (Relevan tak??)

# Chong Wei kalah lagi pada Lin Dan sebab menarik diri pada set ketiga setelah mengalami kecederaan di kakinya!(Lin Dan beat Lee Chong Wei 16-21, 21-13, 20-17).

# Selamat Hari Raya ...Maaf Zahir dan Batin dari penulis blog kalau ada tersilap bahasa sepanjang memblogging nie...kalau penulis blog rajin adalah cerita raya...kalau tak abaikan je laaa!! :)

P/S : Kan...tak berapa nak wordless-nya!!


4 comments:

iKhRam said...

selamat hari raya
maaf zahir batin

mana nak dapat ek patung tu..?? smart

luddin said...

cikgu ikhram..

patung tu dapat masa promosi McD Happy Meal...Bad Minion dari filem Despicable Me 2!

Aziela said...

Selamat Hari Raya... Akak langsung x cuti sebab tiap2 hari puin boleh balik kampung. Dekat kan...

luddin said...

Selamat Hari Raya Kak!!..Saya terpaksa ambik cuti sebab cuti ganti...bukan cuti tahun!!

 

Luddin - Life, Travel, Food, Music, etc. Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates